Tuesday 12 July 2011

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa... setelah hampir dua bulan membuka blog, baru ada kesempatan untuk saya menulis atau mencatat sesuatu yang mungkin kita boleh kongsikan bersama-sama. Biasalah, bila tengok kawan-kawan ada blog sendiri, kita pun terikut2 nak ada blog, tapi tak pernah menulis apa2 pun sehinggalah hari ni ada sedikit masa, terasa nak berkongsi pengalaman yang bukanlah hebat dan bagus sangat pun. Tapi, hanya catatan biasa2 saja. Pengalaman dalam kerjaya harian, menguruskan rumah tangga, kekeluargaan dan persahabatan. Semua pengalaman ini saya amat merasakan memberikan perubahan yang besar dalam hidup saya dan saya amat bersyukur kerana dikelilingi insan-insan tersayang dan amat memahami diri saya yang sebenarnya masih jauh mencari erti sebuah kehidupan yang benar2 berada dalam rahmat Allah SWT. Subhanallah!

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...