Monday 18 June 2012

Israk Mikraj

Isra’ Mikraj, Baitul Maqdis dan Perjuangan Islam


Tahun Kesedihan

Peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku pada tahun ke-10 kenabian. Tahun tersebut dikenali sebagai tahun kesedihan ekoran kewafatan bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib dan juga kewafatan isteri baginda SAW yang kedua-duanya banyak memberikan bantuan serta pertolongan kepada Nabi SAW dalam menyebarkan dakwah Islam dan memperjuangkan Islam.

Tidak hanya dengan kesedihan kewafatan 2 tonggak besar dalam perjuangan baginda SAW, sebelum berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi SAW disakiti apabila baginda SAW pergi ke Thaif untuk menyebarkan Islam dan dalam usaha mencari markas baru di luar Mekah. Namun kedatangan baginda SAW ke Thaif disambut dengan batu yang dilontarkan oleh penduduk Thaif.

Ekoran cabaran yang begitu hebat diterima, satu demi satu cabaran yang menimpa baginda SAW ditambah lagi dengan halangan yang diterima di Thaif, maka ketika perjalanan pulang dari Thaif, Nabi SAW mengadu kepada Allah SWT dengan satu doa yang begitu pilu :



“Ya Allah kepada-Mu jua aku mengadukan kelemahanku, kekuarangan penilaianku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkau-lah tuhan (tempat pergantungan) bagi orang yang lemah, Engkau tuhanku, kepada siapa hendak Engkau serahkan akan diriku? Kepada orang jauh yang bermuka masam denganku atau adakah musuh yang akan menguasai urusanku? Aku tidak kisah asalkan Engkau tidak murka kepadaku, sebab sungguh teramat luas pengampunan-Mu kepadaku. Aku berlindung dengan cahaya-Mu yang menyinari segala kegelapan dan yang kerananya urusan dunia dan akhirat menjadi baik, agar Engkau tidak menurunkan kemarahan-Mu kepadaku atau murka kepadaku. Engkau-lah yang berhak menegurku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan kekuatan selain dengan-Mu.”



Justeru, tahun berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj bukan sekadar tahun kesedihan atas kewafatan bapa saudara dan isteri baginda SAW, bahkan ditambah lagi dengan keperitan dalam perjuangan iaitu penolakan kaum Thaif dakwah yang dibawa oleh Nabi SAW, dengan cara menyakiti Nabi SAW.

Peristiwa Isra’ Dan Mikraj

Isra’ Mikraj merupakan mukjizat agung yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW. Peristiwa ini berlaku dalam tempoh satu malam sahaja dan ditemani oleh Jibrail AS. Allah SWT menjalankan Nabi SAW dari tempat tidur baginda SAW iaitu di Mekah sehingga ke Baitul Maqdis dengan menaiki buraq, kemudian bertemu dengan para nabi yang terdahulu dan baginda mengimami solat secara berjemaah. Selepas itu Nabi SAW diangkat ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT.

Peristiwa ini berlaku dalam keadaan sedar dan Nabi SAW dibawa jalan sehingga naik ke Sidratul Muntaha dalam keadaan berjasad dan roh, bukan hanya roh sahaja. Ini merupakan pendapat majoriti ulama berkenaan mukjizat mengenai peristiwa Isra’ Mikraj.[1]

Peristiwa ini disebutkan di dalam Al-Quran pada 2 tempat iaitu :

1- Dalam Surah Al-Isra’ pada ayat yang pertama, firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan keadaanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.”

2- Dalam Surah An-Najm pada ayat ke-18, firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (kebesaran dan keagungan) Tuhannya.”

Tanda-tanda yang besar di sini ialah ketika peristiwa Isra’ Mikraj. Nabi SAW telah diperlihatkan mengenai keadaan ahli-ahli syurga dan neraka. Dan Nabi SAW telah bertemu dengan Allah SWT.

Antara seksaan yang perlihatkan kepada baginda SAW yang menimpa ke atas ahli-ahli neraka ialah :

1- Balasan mengumpat. Nabi SAW melihat mereka yang melakukan dosa mengumpat di dalam neraka memakan bangkai-bangkai.[2]

2- Balasan memakan harta anak yatim secara zalim dan batil. Mereka dikenakan seksaan dengan memakan bara-bara api sehinggalah terkeluar semula bara api tersebut dari dubur mereka, dan mereka akan mengulanginya semula, sehinggalah tamat tempoh seksaan mereka atas dosa memakan harta anak yatim secara zalim.[3]

3- Dosa orang yang memakan riba’. Perut mereka dipenuhi dengan ular-ular yang hidup yang keluar masuk dari perut mereka.[4]

Dan juga dosa-dosa lain seperti zina, orang yang tidak mahu menunaikan zakat, orang yang melakukan fitnah dan tidak melaksanakan amanah dengan baik. Selain itu Nabi SAW juga diperlihatkan dengan ganjaran bagi mereka yang berjihad di jalan Allah iaitu baginda SAW melihat sekumpulan manusia yang menanam tanaman kemudian menuai dan mendapatkan hasil pada kemudian hari. Jibrail berkata :

“Mereka itulah orang yang berjihad di jalan Allah, digandakan bagi mereka pahala sebanyak 700 kali ganda.”[5]

Baitul Maqdis Diberkati

Keterikan Isra’ Mikraj dengan Baitul Maqdis menunjukkan bahawa petanda bagi kepentingan Baitul Maqdis ke atas umat Islam. Bahkan dalam Surah Al-Isra’ pada ayat yang pertama Allah SWT menyebut bahawa Baitul Maqdis merupakan tempat yang diberkati oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan keadaanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.”

Bahkan Baitul Maqdis menjadi tempat perhimpunan bagi para nabi di malam hari dan menyaksikan bahawa pengiktirafan ke atas Nabi SAW sebagai penghulu segala nabi dengan menjadi imam solat bagi para nabi. Justeru, ia memang tempat yang diberkati dengan mukjizat Isra’ Mikraj apabila tempat perhentian Nabi SAW sebelum dinaikkan ke langit dan juga tempat perhimpunan para nabi sejak terdahulu.

Justeru, situasi pada hari ini juga menunjukkan bahawa betapa penting dan bernilainya Baitul Maqdis dan Saidina Umar di zaman pemerintahannya menjadi orang yang pertama membebaskan Baitul Maqdis daripada jajahan Rom. Kemudian apabila Baitul Maqdis dijajah kembali oleh pihak Salib, maka Panglima Solahuddin Al-Ayubi menjadi orang yang kedua yang membebaskan Baitul Maqdis. Dan konflik pada hari ini dan tekanan yang diterima oleh rakyat Palestin yang ditindas, siapakah yang akan menjadi panglima dalam membebaskannya untuk kali yang ke-3? Maka inilah antara keberkatan yang diberikan oleh Allah iaitu dengan sentiasa mengalirnya darah syuhada di Palestin dalam jihad membebaskan Baitul Maqdis dari tangan penjajah. Benar sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Akan ada sentiasa satu kelompok daripada umatku yang akan memperjuangkan kebenaran, mereka tidak akan mampu disekat atau dihalang oleh orang yang membenci mereka dan kelompok tadi akan terus berjuang sehinggalah Allah menurunkan urusan-Nya.”[6]

Di dalam satu riawayat yang lain : “Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”[7]

Nilai Baitul Maqdis Terhadap Umat Islam

Dr Yusuf Al-Qardhawi menyenaraikan 5 nilai Baitul Maqdis terhadap umat Islam, iaitu :

1- Kiblat yang pertama sebelum ditukarkan kepada Kaabah menjadi kiblat bagi umat Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah pada ayat ke-150.

2- Tempat berlaku peristiwa Isra’ Mikraj, serta dinyatakan bahawa Allah memberkati Baitul Maqdis dan di sekelilingnya, berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ pada ayat pertama.

3- Antara 3 masjid yang mempunyai kelebihan yang besar. Nabi SAW menyebutkan di dalam hadis yang bermaksud :

“Janganlah kamu selalu pergi melancong melainkan pada 3 tempat untuk kamu ziarah iaitu Masjidil Haram, Masjid Al-Aqsa dan masjidku ini (Masjid An-Nabawi)”[8]

4- Tanah bagi para nabi. Kisah para Nabi yang pergi ke Palestin (Baitul Maqdis di dalam Palestin), seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan pengikutnya apabila diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya, dan Nabi Sulaiman. Kesemua kisah yang dipaparkan dalam Al-Quran menyebut mengenai tanah yang diberkati yang merujuk kepada Palestin. Rujuk Surah Al-Anbiya’ pada ayat ke-71dan 81, Surah Al-A’raf pada ayat ke-137 dan Surah Saba’ pada ayat ke-18.

5- Tanah jihad. Hal ini berdasarkan kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Akan ada sentiasa satu kelompok daripada umatku yang akan memperjuangkan kebenaran, mereka tidak akan mampu disekat atau dihalang oleh orang yang membenci mereka dan kelompok tadi akan terus berjuang sehinggalah Allah menurunkan urusan-Nya.”[9]

Di dalam satu riwayat yang lain : “Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”[10]

Perjuangan ke Baitul Maqdis Masih Belum Berakhir

Hari ini umat Islam masih lagi menanti panglima sebagaimana Umar Al-Khattab dan Solahuddin Al-Ayubi yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis dari jajahan musuh. Selepas mereka, siapakah yang akan muncul bagi membebaskannya buat kali ke-3? Perjuangan masih berterusan sehingga hari kiamat sebagaimana janji Nabi SAW dalam hadis baginda SAW.

Justeru dalam memperingati Isra’ Mikraj ini, kita dapat simpulkan beberapa perkara yang boleh diambil agar kita meneruskan perjuangan Islam terutama terhadap kewajipan membebaskan Baitul Maqdis ialah :

1- Mehnah dan tribulasi dalam perjuangan Islam merupakan asam garam dalam dunia perjuangan. Nabi SAW juga diuji bahkan lebih berat daripada kita. Maka tidak perlu bersedih dengan mehnah dan tribulasi, apa yang pasti kita merupakan makhluk yang mulia di sisi Allah sekira kita beriman walau dicerca dan dicaci. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran : 139 yang bermaksud :

“Jangan kamu berasa hina dan sedih, kamu lebih tinggi (mulia) sekiranya kamu benar-benar beriman.”

2- Perjuangan memerlukan pengorbanan dan semangat juang yang tinggi. Seruan Islam tidak menjanjikan kemewahan dan mempunyai tempoh yang diketahui. Halangan dan tentangan manusia terhadap seruan Islam merupakan suatu kepastian, kerana mereka masih belum mengetahui. Namun perjuangan tidak boleh dihentikan. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah pada ayat ke-42 :

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, akan tetapi ia tempoh yang berpanjangan dan pasti menerima kesusahan.”

3- Allah SWT tempat pergantungan kita dalam perjuangan. Doa merupakan senjata umat Islam. Nabi SAW berdoa dengan sayu ketika pulang dari Thaif. Inilah perbezaan perjuangan Islam dengan perjuangan taghut. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ pada ayat ke-104 :

“Sekiranya kamu merasa sakit sesungguhnya pihak musuh juga merasai kesakitan sebagaimana kamu merasai sakit, dan kamu mengharapkan Allah sedangkan mereka tidak mengharapkan.”

4- Kita merupakan rantai dalam perjuangan yang membawa perjuangan Islam yang diwarisi daripada pejuang-pejuang terdahulu. Pejuang dahulu juga telah merasai keperitan dan telah berkorban demi perjuangan yang suci ini. Begitulah apabila Nabi SAW dalam tahun kesedihan maka Allah mempertemukan baginda SAW dengan para nabi yang lain agar baginda SAW tidak merasai keperitan baginda SAW bukan hanya baginda SAW yang merasai namun ia juga dirasai oleh para nabi yang terdahulu dalam menegakkan Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab pada ayat ke-23:

“Di antara orang yang beriman tersebut ada orang yang telah menepati apa yang mereka telah janjikan kepada Allah, maka di antara ada yang telah gugur. Dan di antara mereka ada yang masih menanti (syahid) dan mereka tidak mengubah (janji-Nya untuk berjuang di jalan Allah).”

6- Perjuangan tidak pernah berhenti dan tamat. Pergolakan yang berlaku di dunia yang menyaksikan umat Islam ditindas merupakan satu kewajipan yang mesti dilaksanakan bahawa perjuangan Islam tidak pernah berhenti. Islam terus diperjuangkan sehinggalah manusia kembali kepada Allah iaitu sehingga hari kiamat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Akan ada sentiasa satu kelompok daripada umatku yang akan memperjuangkan kebenaran, mereka tidak akan mampu disekat atau dihalang oleh orang yang membenci mereka dan kelompok tadi akan terus berjuang sehinggalah Allah menurunkan urusan-Nya.”[11]

Wallahu a’lam…

Disediakan oleh :
‘Izzati Farhana bt Mahadzir
Penasihat HEWI PMRAM 2012

Rujukan :
1- As-Sirah An-Nabawiyah, oleh Dr Ali As-Solabi, cetakan Dar At-Tauzik Wa An-Nasyr
2- Fiqh As-Sirah, oleh Dr Muhamad Said Ramadhan Buthi, cetakan Dar As-Salam
3- Al-Quds Qadhiyah Kulli Muslim, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah

[1] Imam Nawawi dalam syarahnya ke atas Sahih Muslim, m/s 390 dan Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari
[2] Al-Fath Ar-Rabbani m/s 255
[3] Fathul Bari jilid 8 m/s 200
[4] Tafsir Ibnu Kathir, jilid 4 m/s 274
[5] As-Sirah An-Nabawiyah, oleh Dr Ali As-Solabi, m/s 278
[6] Bukhari dan Muslim
[7] Riwayat Abdullah bin Ahmad di dalam Musnad Ahmad
[8] Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah dan Abi Sa’id AL-Khudri
[9] Bukhari dan Muslim
[10] Riwayat Abdullah bin Ahmad di dalam Musnad Ahmad
[11] Bukhari dan Muslim

Thursday 14 June 2012

Kalau tak sebab Abah dan Mak...

Ihsan: iluvislam.com

Pagi tadi semasa memandu kereta ke pejabat, terpandang penunggang motosikal (rasanya si ayah). Di belakangnya pula si anak memakai baju sekolah. Saya agak, dalam perjalanan menghantar si anak ke sekolah....

Air mata mengalir laju tanpa dipaksa, dan segera memori lama bermain-main dalam ingatan, tahun 1987/88... Zaman masa darjah 5 atau 6, saya bersekolah di Sek. Keb. Sungai Rokam, Ipoh, Perak. Setiap pagi arwah Mak mengejutkan saya, memandikan (walaupun dah besar...hehehehh) dan menyediakan sarapan untuk saya dan Abah. Adik-adik bersekolah sesi petang pada masa itu. Abah dengan segak beruniform Tentera Udaranya akan hantar saya ke sekolah dengan menaiki motor... masa tu Abah bekerja di Kem Tentera Udara. Saya akan, dan akan sentiasa ingat sebab Abah selalu membebel-bebel masa bawa motor tu. Eeemmm, masa tu saya rasa cengil sikit sebab selalu kena marah... "Atas motor pun nak marah-marah orang..." Saya merungut-rungut dalam hati, bila saya menjawab, cepat-cepat tangannya memulas cubit paha saya. "Adooii, sakitlah abah...janganlah cubit, malulah orang lain tengok...huhuhuuu". Saya menangis sebab menahan sakit. Sudahlah kena bangun awal pagi, dengan mata yang memang tak boleh nak buka sebab mengantuk yang amat, abah asyik marah-marah... Mesti bersebab kan... ayah dan mak mana yang tak sayangkan anak...

Saya anak sulung, memang banyak perangai yang buat abah dan mak macam bengang dengan saya. Degil semacam, banyak main, keluar dengan kawan-kawan, balik lewat dan kurang semangat nak belajar. Itu sebab, abah marah...

"Abah... kalau tak sebab Abah hantar orang pergi sekolah, marah-marah orang, cubit-cubit dan pulas telinga dan paha orang... dah tentu orang takkan berjaya hari ni...
kalau tak sebab Abah yang kerja cari rezeki untuk orang dan adik-adik, orang dan adik-adik tak jadi sebaik ini pada hari ni...
kalau tak sebab Mak kejutkan dan mandikan orang waktu pagi untuk ke sekolah, dah tentu orang dan adik-adik tak dapat menjejakkan kaki ke menara gading,
kalau tak disebabkan Mak masakkan makanan sedap-sedap untuk orang dan adik-adik, dah tentu orang dan adik-adik lapar...
dan kalau tak sebab PENGORBANAN dan KASIH SAYANG Abah dan Mak, dah tentu orang dan adik-adik tak merasa KEBAHAGIAAN hari ni....

Abah, hampir 12 tahun Abah meninggalkan orang dan adik-adik... dan Mak pula menyusul ikut Abah dan hampir 5 tahun pergi mengadap Ilahi. Tapi percayalah, demi ALLAH SWT orang tak pernah lupakan Abah dan Mak... Abah dan Maklah segala-galanya dalam hidup orang dan adik-adik... segala pesanan, nasihat dan kata-kata Abah dan Maklah yang membuatkan orang dan adik-adik bersemangat untuk meneruskan hidup... walaupun, hakikatnya orang tewas masa menyambung pelajaran peringkat Master... sebab apa? Sebab Abahlah yang menyokong dan memberi semangat supaya orang belajar lagi, dan Abahlah yang menghantar orang ke UPSI untuk sambung Master... tapi kenapa Abah 'pergi' masa orang tengah bersemangat berkobar-kobar untuk tamatkan pengajian tu? Abah, selepas Abah tak ada orang hilang tempat bergantung dan benar-benar patah semangat untuk belajar lagi... dan akhirnya, orang kalah... Bukan orang tak nak, tapi sebab penyokong kuat orang dah tak ada lagi... Orang minta ampun dan maaf sebab tidak memenuhi hasrat Abah tu... 

Hakikatnya, sunyi sungguh rasanya menjalani kehidupan ini tanpa Abah dan Mak di sisi... hanya bertemankan kenangan yang indah dan ingatan yang tak mungkin orang akan lupa... semuanya 'disimpan' sebaik mungkin dalam kotak hati dan ingatan orang... Seusai solat, orang tak lupa bacakan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk Abah dan Mak... itu sahaja yang orang mampu lakukan untuk membalas segala jasa dan pengorbanan Abah dan Mak... Hanya ALLAH SWT yang berhak memberi ganjaran-Nya.

Ihsan: Google

ALHAMDULILLAH, dengan berkat doa, asuhan, jerit perih segala pengorbanan Abah dan Mak, orang dan adik-adik berjaya dan bahagia dengan kehidupan masing-masing. Kalau Abah dan Mak masih ada, mesti Abah dan Mak berbangga sebab orang dah bekerja di sebuah organisasi kerajaan yang gah, Lini pula dah jadi peguam, Boy pun menjawat jawatan kerajaan, Nana dan Nani pula dah kerja di firma swasta yang besar...Orang pun dah ada suami yang baik dan bertanggungjawab dan Abah dan Mak dah ada tiga orang cucu pun! Anak orang namanya Luqmanul Hakim, anak Boy ada dua, Adib dan Auni... dan insya-Allah, seorang lagi cucu Abah dan Mak bakal lahir! 
Orang tahu... Abah dan Mak selalu 'jenguk' cucu-cucu kesayangan kan?....


Abah...
Mak...
Orang sangat rindukan Abah dan Mak....
Ampunkan dari hujung rambut sehingga hujung kaki segala salah silap dan halalkan susu Mak yang mengalir dalam badan orang dan adik-adik....
Al-Fatihah, semoga Abah dan Mak tenang dan damai di sisi-Nya...
Selalu-selalulah balik jenguk orang dan adik-adik... dan cucu-cucu kesayangan yang nakal tu. :)

Tuesday 12 June 2012

Geli, pengotor, dan dot dot ::::

Seharian di pejabat, sebelum berkemas nak balik, pergi dulu melepaskan 'niat kecil' kat bilik termenung. Eemmm... tertengok kat lantai, serpihan tisu sana sini... tak tahulah siapa punya kerja. Bilik air wanita, sepatutnya cantik dan bersih. Dah banyak kali terpandang, kadang-kadang ada juga tolong ambil dan buang ke dalam tong sampah. Susah sangat ke? Lepas lap, buang ikut suka hati je... pengotor la. Rasa macam nak tampal je tanda amaran.... Orang kata, kalau pengotor kat tempat kerja, macam tulah keadaannya kat rumah atau kat mana-mana je...eeeeiii... geli tau. Islam tu kan indah, kebersihan sebahagian daripada iman...

Ihsan: Google

p/s : Jagalah ia.

Monday 11 June 2012

Undangan Perkahwinan

3 Jun 2012 (Ahad) yang lalu, suami menerima undangan perkahwinan daripada bosnya. Majlis berlangsung di Dewan Bankuet Mega View, Menara KL. Woww!!! Terujanya saya nak ke sana, maklumlah belum sampai lagi, walaupun dok KL lama pun belum berkesempatan nak jejak kaki ke sana... Kebetulan cuti sekolah dan cuti umum hari Ahad, parking memang masalah utama. Tapi alhamdulillah, sebab bawa kereta comel je, dapatlah menyelit... hehehehh... bila sampai je, kami disambut oleh penyambut tetamu khas dan diberi stiker menandakan kami adalah tetamu khas... mak aaiii... macam VIP la pulak rasanya.... kami dibawa untuk naik lif khas untuk ke Mega View... penjaga lif yang segak bergaya dan jelita itu memberitahu bahawa ketinggian untuk sampai ke Mega View melebihi 250 meter... ayoyo! Memang betul sebab saya rasa telinga berdengung dan lif bergerak laju rasanya tak sampai 2 minit kami dah sampai! Cantiknya tempat tu, sampai tak sempat nak snap gambar pun! Terus kami disambut oleh tuan rumah... alahai, memang ekslusif betul, dengan susunan meja dan kerusi dan paling cantiknya, singgah sana pengantin! Kombinasi warna yang sangat menarik! 

Singgah sana Raja Sehari

Tayangan Slaid

Hidangan adalah secara buffet dan terletak di bahagian hujung... sayangnya saya tak sempat nak snap gambar sebab keadaan agak sesak sedikit di bahagian tersebut. Maklumlah semua orang dah lapar dan tak sabar nak makan! Rasanya menu disediakan oleh Felda D' Saji Catering... macam biasa nasi minyak, nasi putih, ayam goreng rempah, daging masak hitam (sedap sangat!), dalca, acar buah, sambal sotong, nangka masak lemak, papadom, dan tapai. Eemm... memang sedap dan sangat 'jelira' la oghe Klate kata... heheheh... sampai Hakim pun habis sepinggan nasi minyak! Lepas makan, saya dan Hakim tak lepas peluang nak tengok 'view' yang cantik dari aras tinggi. So, memang saya ni jenis yang gayat, tak sampai 2 minit meninjau, kepala mula dah pening-penit lalat...ahhahahh... 'darat' sungguh la weiii... tapi sempat jugalah snap gambar...

Indahnya Kuala Lumpur

Padat!


Cantik kan?

My Hero!
Ingat nak tunggu pengantin bersanding, tapi memandangkan ramai tetamu, macam malaslah pulak nak tunggu. Ada sekumpulan tetamu khas, rasanya keluarga besan tuan rumah, dari Aceh. Cantiknya kostum dia orang... lip lap lip lap uuu.... memang kelasss....

Friday 8 June 2012

Penyakit 'M' kembali!

Dah lama rasanya tak kemas kini blog.. Itulah kalau semangat je yang lebih, tapi tak buat. Orang kata 'hangat-hangat tahi ayam' atau' cakap tak serupa bikin'. Banyak cerita sebenarnya nak dikongsikan bersama-sama. Harap-harap mood rajin datang la cepat.

Ihsan dari Google

Friday 1 June 2012

7 Cara kempiskan perut

Mempunyai perut buncit merupakan satu igauan ngeri kepada wanita tetapi kebiasaan kepada kaum lelaki. Bagaimana nak kempiskan perut bunci ni ye?

7 Cara Kempiskan Perut Buncit | Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).



Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Melayukini.net – Islam menggalakkan kita supaya menjaga kesihatan dan kekal mempunyai badan yang sihat dan kuat. Al-maklum la, mana tau tiba-tiba ada peperangan (Nauzubillah) dan berlaku panggilan jihad ke apa. Boleh la disahut dengan badan yang sihat. Senang untuk berlari dan berjalan. Takda la ketinggalan di barisan belakang. Tak gitu?


Sumber : http://melayukini.net/2012/02/7-cara-kempiskan-perut-buncit/

Jom makan buah epal hijau


Buah epal hijau adalah antara buah yang mampu mengurangkan penyakit risiko jantung, barah, dan lain-lain lagi. Buah ini juga jelas terkandung banyak khasiatnya. 

Melayukini.net – Khasiat Buah Epal Hijau (Menarik!) | Tidak ramai yang tahu tentang khasiat makan buah epal hijau ini. Kebiasaannya tertumpu kepada epal merah kerana rasanya yang lebih manis berbanding hijau sedikit masam. Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui :
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
Melayukini.net – Banyak khasiat yang terdapat dalam buah epal hijau ini. Antaranya dapat membantu mengurangkan penyakit berisiko tinggi seperti penyakit barah, jantung, asma, paru-paru dan lain lagi. Apa yang paling penting, perbanyakkan juga minum air setiap hari.
Sumber : http://melayukini.net/2012/05/khasiat-buah-epal-hijau-menarik/

Mandi, jangan tak mandi :)


Soalan yang tidak sepatutnya ditanya, “awak dah mandi?”. Namun itulah hakikatnya bahawa tidak ramai yang tahu apakah kebaikan mandi sebenarnya selain membersihkan di bahagian luar fizikal badan.

Melayukini.net – Kenapa Kita Perlu Mandi ? | Kenapa ya kita perlu mandi setiap hari. Soalan macam tak logik kan bila ditanya. Kalau anak kecil, tentu jawapannya. ”Mak suruh mandi. kalau tak nanti kena marah” . atau pun “Nanti pergi sekolah, cikgu tanya dah mandi belum.. Malunya kalau cakap belum”. hahaha. Namun pernahkah anda terfikir manfaatnya kepada kesihatan anda. Di dalam Islam pun kita diwajibkan mandi wajib terutamanya bagi suami isteri selepas bersama. Tentunya ada manfaat di sebaliknya.

Salah satu manfaatnya ialah mengeluarkan haba dari tubuh kita. Haba ini, jika tidak dikeluarkan boleh merosakkan organ di dalam tubuh kita terutama otak. Haba ini boleh naik ke atas ke bahagian kepala dan menjejaskan fungsi otak anda. Jika anda sukar tidur malam. Inilah salah satu sebabnya. Oleh itu, jangan lupa untuk mandi pada awal pagi dan sebelum maghrib. Kalau dapat mandi 3 kali sehari lagi baik.

Sebenarnya pada waktu petang, badan kita menghasilkan banyak haba. Begitu juga di awal pagi. Dan juga ketika suami isteri bersama. Oleh itu, haba ini perlu dikeluarkan sebelum ia merosakkan organ di dalam tubuh kita. Mandi merupakan salah satu cara terbaik mengeluarkan haba ini. Mandi bukan sahaja menyegarkan tubuh korang, malah memberi kesihatan yang lebih baik.

Terdapat kaedah mandi yang lebih baik dan lebih menyihatkan. Caranya mudah sahaja. Anda perlu mula jirus air dari bawah kaki kanan. Seterusnya jirus lagi naik ke atas sehingga ke bahagian kepala kanan. Kemudian lakukan cara yang sama di bahagian kiri pula. Ulang lagi sekali lagi. Dan selepas itu barulah mandi seperti biasa.

Rasionalnya kaedah ini ialah haba di tolak dari bawah ke bahagian atas. Seterusnya haba dikeluarkan melalui lubang hidung, mulut dan telinga. Kita perlu mulakan di ebelah kanan kerana jantung terletak dis ebelah kiri. Ok. Jangan lupa lagi mandi ya setiap hari.

Melayukini.net - Cakap pasal mandi ini. Ada juga di kalangan kita yang tidak mandi antaranya akibat terlewat bangun ke pejabat, ke kuliah, sekolah dan lain-lain lagi. Mesti ada pengalaman kan? Hehe. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa mengekalkan kesegaran tubuh dengan mandi sekurang-kurang 2 kali sehari.

♥♥♥ Ulang Tahun Perkahwinan Ke-6 ♥♥♥

Pejam celik dah 6 tahun saya bersama-sama suami melayari bahtera rumahtangga. Alhamdulillah, hari ini genap 6 tahun usia perkahwinan... ♥. Banyak cerita dikongsi bersama-sama. Ye lah kan... setiap pasangan itu ada pro dan kontranya. Hehehehh... macam saya, garang dan banyak cakap pot pet pot pet... tapi suami pulak, pendiam dan cool steady je. Tapi, kalau sekali marah... mak aaiii... takut weiii...
Apapun, saya berharap dan berdoa agar jodoh kami berpanjangan sehingga akhir hayat dan seperti doa seorang kawan saya.. hingga sampai ke syurga Allah SWT... Amin Ya Rabb. Terharu dengan ucapan dan doa dari saudara-mara dan rakan-rakan FB. Dengan kehadiran anakanda Luqmanul Hakim, semakin berseri-seri dan kecoh riuh rendah, macamlah anak ramai! Tapi memang nak tambah anak.. tapi belum ada rezeki, 'on the way'... hehehehh... 

Kek daripada Fatin Suraya... memang sedap!

Saje je nak tunjuk gambar masa majlis. Kehadiran kawan-kawan yang sudi datang dari jauh semata-mata nak berkongsi kegembiraan saya. Saya hargai mereka. Semoga kawan-kawan saya itu dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah SWT.... Amin Ya Rabb.

Linda, Zaza, Iwan, Aida dan Zakiah

Kawan-kawan ni serumah dan sepejabat dengan saya... yang si jejaka ni handsome kan? Dulu satu pejabat, tapi sekarang dah jadi orang besar kat UDA Holdings. Alhamdulillah.... saya gembira sebab masa tu ingatkan tak ada kawan-kawan yang nak datang, maklumlah jauh kan.. tapi ada jugak yang sudi. :)))

Kawan baik, Aida

Cute tak kawan saya Aida ni? hehehehh... (jangan marah ye awak.....).


Sweet memories...:)

Black Sunday :(

Selalu orang sebut Black Monday... sebabnya hari baru untuk minggu yang baru setelah dua hari bercuti... malas kan nak kerja balik? heheheh... tapi saya pulak Black Sunday...uhuhuhuu.. pagi hari Ahad tu bukan main semangat saya ke Pasar Tani Bandar Tun Razak, beli ikan, ayam, daging, sotong, sayur-sayuran dan pelbagai rempah ratus. Tengah hari, tengah sibuk tung tang tung tang masak kat dapur, tergeraklah hati nak buka almari yang baru seminggu tak buka.. punyalah terkejut bila tengok sebelah dalam almari pinggan mangkuk saya dah nak ROBOHHHH!!!! arrghhhh.... geramnya tengok si anai-anai sedang berleluasa sana-sini.... aadooiii..... tak sampai sebulan, ruangan sebelah dah memang roboh kena serang! Punyalah angin satu badan saya tengah hari tu... tengoklah almari saya dikerjakan!


Habis senduk sudip saya hancur dimakan anai-anai... memang nak nangis bila tengok. Apa lagi membebel-bebel la mulut ni, nasib suami pun dah faham, tolong mana yang patut. Buang mana-mana yang dah tak boleh diselamatkan lagi. Pinggan mangkuk terpaksa dicuci balik. Memang penat satu badan. Satu je masalah saya, kat mana nak simpan pinggan mangkuk, steamer, blender buah, sudip-sudip, dah tak ada tempat dah nak sorok... huhuhuu... nasib badan!

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...