Wednesday 26 September 2012

Tukar lagi?

Assalamualaikum...

Mood up date blog tengah 'menggila' ni... Tukar rumah pulak. Nak cari yang simple...

Patutlah sakit pinggang...

Petang semalam, saya balik awal. Sebelum tu, alang-alang saya terus ambil Hakim dari sekolah. So, tak payahlah Daddy dia ambil petang tu. Keadaan Hakim macam tak sihat, selesema dan batuk berkahak. Sebenarnya, memang dari minggu lepas lagi simptom2 tu dah mula, tapi saya terus bagi ubat yang memang sentiasa ada untuk Hakim. Kebetulan, saya perlu 'review' temu janji saya di Klinik Keluarga sepatutnya pada Ahad lepas, tapi terlupa! (orang tua pun tak lupa macam saya kan?)... hehehe.. So, saya singgah dan Hakim pun saya bawa jumpa doktor. Alhamdulillah, tak demam. Cuma, tonsil dia sangat besar dan bengkak (memang Hakim ada masalah tonsil). Dan, doktor macam biasa bagi ubat selesema, batuk dan antibiotik. Tersengih saya tengok muka Hakim... sedih sangat mimik muka dia... Hakim 'good boy' sebab ikut cakap doktor. Suruh selak baju, dia selak. Suruh buka mulut, dia buka seluas-luasnya! Suruh tarik nafas, kuat betul dia tarik dan lepas!hahahah... lucu tengok aksinya tu (kalau bukan time dia, siap panjat atas katil pesakit!) hehehehee...
 
Apa pula masalah saya? Heheehh... sebelum ni saya memang sakit pinggang, terutamanya selepas bersalin dulu. Lebih teruk bila berat badan makin naik dan mengembang! Lagilah sakit. Bila datang bulan, lagi gila2 sakit. Kadang2 efect juga mood saya. Buang air kecil juga sangat kerap, terutama bila waktu sejuk atau minum air terlalu banyak... letih ulang alik ke tandas! Tapi, ada kala rasa macam tak puas bila dah 'terkucil' tu....
 
Buat kerja atau angkat barang2 berat? Tak pernah/jarang buat sebab suami memang tak bagi. Kalau duduk dalam kereta lama2 terutamanya bila balik kampung atau perjalanan yang jauh, memang masalah. Kadang2 saya minta dia sapukan minyak Mestika (suka baunya) pada bahagian belakang. Memang ada masanya pinggang saya 'jam'... Untuk kurangkan sakit, saya hanya makan ubat tahan sakit. Lama dah makan sampai saya rasa takut efect pada buah pinggang (nauzubillah...). Dua minggu lepas, tak tahan sangat, saya ke klinik dan doktor buat urine test. Keputusannya, urine saya sangat kotor! yang kelakarnya, saya tengok tak kotor pun... jernih je, tak hitam pun! Rupanya2 bukan setakat kotor tapi berdarah sikit! Mana darah? Tak nampak pun...

Multiple test stick

Urine kotor boleh menyebabkan sakit pinggang. Doktor nasihatkan saya, banyak minum air masak dan lagi baik minum air barli... eemmm... nasib baik saya boleh je minum air barli tu. Senang, beli yang dalam tin, rebus dan tak payah bubuh gula... itu dapat membantu cuci buah pinggang. Macam mana nak tahu kotor atau tak? Yang paling hujung (atas warna pink pada stick) tu yang berubah warna jadi purple/biru... itu yang doktor kata urine kotor... protein dan darah ada sikit (pada ke-2 dan ke-4 dari atas). Doktor bagi ubat minum (tak boleh nak telan sebab tak sedap langsung!)... Isnin depan kena datang balik ye... huhuhuu

Friday 14 September 2012

Riang Ria Raya 1433H

Bila orang gedik bergambar!
 
Terlebih perasan la ni!

Perasan lagi!
 
Lini
 

Nana

Nani
 
Anakanda Luqmanul Hakim
 
Kami adik-beradik jarang bergambar bersama-sama. Itu yang masing-masing terlebih posing! 
 

♥ KEKASIH ♥

♥♥♥ TERUKIR DI BINTANG TAK MUNGKIN HILANG CINTAKU PADAMU ♥♥♥
Syawal 1433H
p/s : Sebenarnya baju saya tu terkena sterika panas... nasib baik tak koyak, cuma ada tinggal kesan hitam je sikit.... tragedi di pagi raya! uhuhhuuuu...

Friday 7 September 2012

Di Pusara Bonda

Assalamualaikum kawan-kawan... wahh... masih dalam mood raya kan? Lama tak menconteng di rumah sendiri. Rumah kawan-kawan pun tak sempat nak singgah. Eeemmm... bulan Syawal masih ada berbaki lagi. Yang pastinya memang penuh dengan undangan rumah terbuka di rumah dan kat pejabat pulak setiap hari ada open office. Undangan ke majlis kahwin pun tak kurang hebat, sampai bertembung tak tahu nak pergi yang mana! Dah makin 'tembun' dah ni... Kononnya nak maintain la sebab bulan puasa hari tu rasanya macam badan ni ringan sikit (syok sendiri la weiii...). hahahah...
Cerita pasal sambutan raya kali ni meriah walaupun sebenarnya jauh di sudut hati... hanya Allah SWT yang tahu... hanya teringat semula semua kenangan raya bersama-sama 'mereka' yang telah tiada. Apatah lagi bila dengar takbir raya, hati makin syahdu sendirian. 
Insya-Allah, kita yang hidup mesti kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan hidup...
Cerita malam raya pula, saya selaku kakak sulung bertungkus lumus la macam nak bersilat kat dapur. Adik-adik memang banyak membantu, sediakan sedikit juadah. Walau menunya tak banyak, saya buatkan soto sebab adik-adik dan suami amat gemarkan soto saya! Waahh... perasan ek. Rendang ayam pulak Lini yang buatkan (boleh tahan sedapnya tu). Kuah kacang sikit dan biskut raya. Saya agak lewat tidur sebab mengemas dulu apa yang patut.. penat boleh tahan juga!
Esoknya, seusai solat raya dan menjamah sedikit juadah, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan (lepas ni gaduh balik ek...heheheh) kami sekeluarga ke rumah Mok (nenek) di Pasir Puteh.  
Entah kenapa, apabila sampai je di sini.. tiba-tiba dengan automatik mata saya mula berkaca! Langkah demi langkah saya ke pusara Mak. Mata terpaku di batu nisan dan dedaun kering yang setia menemani Mak yang keseorangan... 
"Assalamualaikum Mak, lama orang tak jenguk Mak kat sini... kesian Mak, orang minta maaf sebab lama tak tengok Mak....Selamat hari raya Mak... orang nak cium tangan Mak, tapi Mak jauh sangat.... Orang nak minta maaf kalau orang banyak buat salah silap ngan Mak, halalkan air susu Mak yang mengalir dalam badan orang, halalkan makan minum juga..." Mak dengar kot... Mesti Mak tahu yang orang dan adik-adik ada kat sebelah Mak masa tu, cucu Mak yang nakal pun ada, Boy je tak dapat balik sebab tak dapat cuti. nanti2 dia datanglah jumpa Mak tu... Mak dengar kot apa yang orang cakap, walaupun hanya dalam hati...
Segera saya kutip daun-daun kering di sekitarnya. Saya bacakan surah Yassin, al-Fatihah dan surah2 lazim untuk Mak. Semoga sampai untuknya. Seusai sedekahkan bacaan al-Quran, saya meninggalkan Mak lagi... "orang dah nak balik dah.. nak g umah Mok pulok ni... nanti2 orang datang lagi ye... Mak dok baik-baik. Tak pe, orang tahu, ada Yang Lebih Berkuasa akan jaga Mak...
 
Di pusara Mak
 
Sampai je di teratak Mok, sekali lagi mata bergenang... ish kenapalah mudah sangat si air mata ni nak keluar.. cuba untuk tahan. Jangan sampai orang nampak... konon...heheheh. Mok tengah 'landing' masa kami sampai tu.
 
Teratak tempat saya dilahirkan

 Eemm... kesian sebab pak2 saudara yang lain belum lagi sampai... yang ada hanya Mama je (satu2nya mak saudara yang ada).. Berbagai cerita kami kongsikan, gelak tawa... sambil makan juadah yang kami bawa. Mama pun banyak tempah tupat (ketupat daun palas), roti jala, gulai ayam... 
Nampak Mok gembira sangat masa tu... (cucu balik dan beraya dengan dia, sekali lagi hati saya tersentuh... )
 
Mok

 Tak lama, Pok Su Ayub (adik arwah mak yang bongsu) sampai, tapi tak bawa Mok Su ngan anak-anak sebab dia orang sebenarnya memang tinggal dengan Mok. Pok Su dari rumah mak mertua di Bachok... malam-malam nanti dia jemput la Mok Su dengan anak-anak balik. Pak Do Pi sekeluarga pun sampai tak lama lepas tu... riuh rendah dengan cucu cicit Mok. Itu baru dua keluarga, belum lagi berkumpul semua tu... agaknya boleh runtuh rumah Mok nanti! hahahah....
Menjelang petang, saya dengan berat hati nak tinggalkan Mok dan Mama... sedih, sebak dan berbagai perasaan bercampur baur tika itu. Semoga Mok sentiasa sihat dan kuat lagi untuk ke masjid (rutin harian Mok) dan menjenguk anak Mok kat tepi masjid tu... jangan lupa minta tolong Pok Su bersihkan 'rumah Mak'... sesekali basuh sikit 'rumah' tu dengan air walau seteko kecil pun tak apa... Nanti-nanti kalau dipanjangkan umur, ada masa lagi, orang balik jenguk Mak, Mok dan Mama...

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...