Sunday 21 October 2012

Bingkai Kenangan

Assalamualaikum...
Semalam terjumpa gambar berbingkai yang penuh kenangan indah dan bermakna untuk saya menjalani hidup di muka bumi Allah SWT yang luas terbentang. Hati tersentuh tatkala menatap gambar ini. Inilah satu-satunya gambar kami sekeluarga (yang lain ada, tapi memang sengaja disimpan). Gambar ini dirakam semasa majlis konvokesyen saya di UPM tahun 2000. Maknanya hampir 12 tahun saya simpan gambar ini. Banyak cerita di sebalik terakamnya gambar ini. Sudah pastinya jerit perih pengorbanan ABAH dan MAK sehingga saya berjaya menggenggam ijazah yang mengubah kehidupan saya. Demi Allah, tanpa mereka, tak tahu apa yang jadi pada diri ini. Tiada kata secantik bahasa melainkan TERIMA KASIH ABAH dan MAK....
Kenangan
ABAH, satu-satunya insan yang amat berbangga dengan saya ketika itu. Seusai majlis konvokesyen, segera dibelinya sejambak bunga untuk saya... (sebak). Ketika itu adik-adik masih lagi bersekolah dan memang tiada duit untuk tujuan itu. Yang meraikan kejayaan hanya keluarga saya sahaja. ABAH, bersemangatnya sehingga dalam diam-diam sanggup menempah sepasang baju sutera yang sedondon warnanya dengan saya... betapa sayangnya ABAH kepada saya. MAK pun, walaupun sakit kaki berjalan jauh dari tempat letak kereta, tapi sanggup menahan sakitnya untuk melihat kejayaan saya. Mulianya sungguh ABAH dan MAK... 
Sehari selepas majlis itu, ABAH segera ke kedai gambar untuk membingkaikannya. Dan, di rumah, ABAH gantung gambar itu. Saya sendiri pun tidaklah terlalu bersemangat, tapi ABAH yang sanggup buat semua itu. Gembiranya ABAH dan MAK... anak sulung mereka berjaya memperoleh ijazah dan menjadi dorongan untuk adik-adik. ALHAMDULILLAH, berkat doa ABAH dan MAK...
Terima kasih Ya ALLAH...
Terima kasih ABAH...
Terima kasih MAK...
Ya ALLAH, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil... Tempatlah mereka dalam kalangan para solih dan solihin di sisi-Mu ya ALLAH... Al-Fatihah...
ABAH dan MAK, semoga tenang dan damai di sana...   

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...