Thursday 24 May 2012

Alahai... kena asma lagi!!!

Sejak minggu lepas, dada tak selesa, batu-batuk tapi tak keluar kahak sampai rasa macam nak kena asma ni... dah tahu akan kena sebab kalau dah terbatuk tu memang ubat nak kena standby la... :( Pagi ni sampai je kat pejabat rasa dada semput semacam, carilah ubat yang memang tinggal atas meja, tapi menyampah tul sebab tak jumpa... ntah mana pulak letak. Geram, bila tak nak, ada pulak depan mata... sebab dah tak tahan, dan batuk pun dah menyesakkan dada, dengan itu terpaksalah saya ke klinik Medicare, nasib baik dekat je ngan pejabat.


Sampai-sampai je, terus minta kat budak perempuan yang jaga kaunter tu nak sedut gas... uhhuhuuu... Dia pun tengok saya tercungap-cungap, cepat-cepat sediakan peralatan, dan saya pun terus duduk sedut gas tuuu.... lima minit sedut, lega rasanya! Doktor pulak tak sampai lagi... kalau ada, memang la nak jumpa, tapi malas nak tunggu. Mintak ubat batuk dan pil, terus balik pejabat semula. Lepas makan ubat, badan pun dah menggigil semacam (itu memang biasa sebab dose ubat tu lebih kot...). Apapun, saya kalau boleh tak nak kena asma kat pejabat lagi.... tak best... :::(((

Wednesday 23 May 2012

Pelapor Seminar

Assalamualaikum wbkt....

Pagi tadi saya telah ditugaskan untuk menjadi pelapor sesi kelima Seminar Pemikiran Sasterawan Noordin Hassan. Alhamdulillah, tugas tersebut tidak menjadi masalah berat bagi saya sebab sebelum ni pun dah beberapa kali jadi pelapor seminar. Sebenarnya, bukan senang nak jadi pelapor ni tau.... eemmmm... mencabar fizikal, emosi dan minda. Sebab apa? Sudahlah kena duduk kat depan bahagian tepi pentas, mendengar setiap butir bicara daripada pembentang dan tangan perlu cepat mencatat isi penting, isu, hujah dan soal jawab daripada penonton. Kalau isu atau topik yang dibentangkan itu menarik dan tidak membosankan, tentu tidak menjadi masalah besar la, kecuali memang kita sendiri yang tak minat, letih atau mengantuk dan pelbagai emosi yang bermain-main dalam kepala, dah tentu fikiran melayang, tak boleh tumpu sepenuhnya pada pembentangan... itu yang parah tu... Saya pernah menjadi pelapor di satu majlis wacana ilmu yang memperkatakan ilmu bahasa, tetapi pembentang dan kertas kerja yang diberikan sangatlah tinggi bahasa Melayunya, penuh falsafah yang tersirat dan bahasa yang digunakan juga sangat akademik dan tinggi. Jadi, memang susah jugaklah saya nak mencari isu atau isi penting, sebab bila baca kertas kerja tu, saya rasa semuanya penting! Pelapor juga perlu ada sedikit ilmu pengetahuan tentang subjek atau bidang yang dibincangkan. Seminar pagi tadi berkisar kepada bidang kesusasteraan sebab melibatkan tokoh besar atau Sasterawan Negara Dato' Dr. Noordin Hassan. Walaupun bukan bidang saya, tapi adalah seciput je ilmu tentang hasil karya Dato' Dr. Noordin Hassan ni. Jadi, sebenarnya kalau tidak kerana menjadi pelapor, sudah tentulah ilmu yang kita tahu tu hanya setakat tu saje... tak berkembang... betul tak? Sekurang-kurangnya dengan menghadiri seminar seperti ini apatah lagi kalau dapat jadi pelapor... kan bertuah namanya tu! Alhamdulillah... ini gambar yang sempat saya snap sebelum masuk dewan tadi.... 

Pameran

Antara hasil karya SN

Banyak maklumat di sini!

Karya beliau dalam majalah DBP

Drama yang dipentaskan - Intan yang Tercanai

Demi Zaitun



Kedai Kopi White House

Assalamualaikum wbkt...

Saya sebenarnya jarang minum kopi, tapi disebabkan Bos saya cakap di Kota Bharu ada sebuah kedai kopitiam, diberi nama White House. Letaknya di hadapan Masjid Muhammadiah. Cari punya cari jumpalah, tapi nama kedai tak ada pula kat depan macam kedai kopi yang lain... Taukenya pula Cina...


Bos saya tu (Mak Aji) cakap, menunya seperti kedai kopitiam yang lain la, ada roti bakar, telur separuh masak, nasi lemak, nasi berlauk, kopi, teh dan seangkatan dengannya la. Antara minuman yang kami order, kopi susu panas dan milo ais. Saya makan telur separuh masak, dan yang lain tu order roti bakar 3 set.. Macam biasa je rasanya.. Mungkin sebab nama kedainya yang ala-ala mat saleh tu... harganya standard harga kopitiam la (mahal sikit je...).

Telur separuh masak
Sedap tu, nak sikit...


Nyum nyum...
Tengah-tengah sibuk snap gambar, taukenya perempuan Cina menjerit..."No photo please..."... alamak, saya tak perasan rupanya ada tanda larangan mengambil gambar... dalam hati, mak aaiii.. kedekutnya... tapi nak buat guano, premis oghe... terus saya simpan kamera dalam beg...uhhuhuuu...

Tuesday 22 May 2012

Balik Kampung

Assalamualaikum wbkt....

Rancangan nak balik kampung sebenarnya tidak dirancang tapi tiba-tiba je suami ajak balik Jumaat lepas (18 Mei 2012). Seperti biasa kami ke pejabat dan Hakim ke sekolah. Sampai je di rumah, saya cuci baju dulu, siapkan barang yang nak di bawa balik. Lebih kurang pukul 9.00 malam, lepas solat Isya', kami bertolak naik kereta Viva je... konon tak nak bawa balik banyak barang. Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang jalan (ikut Gua Musang - Kuala Lipis), cumanya saya agak pelik kenapa banyak sangat kenderaan dari arah bertentangan, berkonvoi dan ada kibar-kibar bendera negeri Kelantan??? Rupa-rupanya, malam esoknya tu pasukan Red Warriors lawan Sime Darby untuk Piala FA di Stadium Bukit Jalil.. ooohhh... patutlah pun, saya pun tak tahu menahu pasal ni.... (nampak sangat tak minat bola kan? hehehehhh). Padanlah banyak kereta, van dan bas. Dan, macam biasa saya memang alah pada silau atau cahaya lampu kereta. Terkedip-kedip mata, bila suami suruh saya gantikan dia memandu. Dahla tu, bengang dengan sesetengah pemandu yang ikut dari belakang kereta saya. Suka sangat nyalakan lampu tunggi sebab saya pandu perlahan! Isshh... kalau berani sangat nak potong, potong je la... jangan nak bagi-bagi lampu pulak! Geram sangat, saya bagi hon pulak kat pemandu bas tu bila dia dah potong kereta saya! Hormatlah sikit pemandu yang lain (lebih-lebih lagi wanita). Mungkin ada masalah penglihatan yang tak berapa terang ni... eeemmmm... sedar tak sedar, dari Gua Musang saya memandu sampai Ketereh. Dah tak larat dah.... akhirnya sampai rumah adik di Pengkalan Chepa pukul 6.00 pagi. Entri seterusnya, pasal makan-makan la!! Tungguuu..... jeng jeng jeng....

Gomo Klate Gomo

Terima kasih daun keladi....

Assalamualaikum wbkt...

Pernah tak makan mi udang di Jalan Duta? Kawan-kawan kata memang sedap. Nak dijadikan cerita, dari tahun lepas selepas diperkenalkan oleh kawan, 3 kali pergi tapi kedai yang berkenaan tutup. Frust jugalah sebab setiap kali ke sana, saya makan menu yang lain. Tapi tengah hari Jumaat minggu lepas, kawan yang kenalkan tu pergi makan kat sana, bukalah pulak kedainya tu... saya tak ikutlah sebab baru lepas makan di pejabat. Tak la teringin pula nak makan mi udang... tapi, alhamdulillah, kawan belikan sebungkus untuk saya... kesian sebab dah tiga kali pergi tak dapat-dapat saya makan mi udang ni, jadi dia belikanlah untuk saya... baiknya hati dia. Dan, lebih kurang sejam setengah lepas tu, seusai solat Zohor, saya menjamu selera buat kali kedua... hehehehh... Alhamdulillah, sedap! Tambah lagi kalau yang free... lagi sedap!

Sampai keluar janggut udang tu..hehehh

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa

Saturday 19 May 2012

Dirgahayu Bahasaku

Assalamualaikum wbkt...


Hari ini saya sempat menghadiri majlis di atas (panjang sangat nak tulis daaa...). Program seperti ini memang setiap tahun diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebenarnya kan saya pergi bertiga, Kak Monie dan Nora. Seronoklah dapat tengok pelajar-pelajar Thailand dari Universiti Thammasat dan Universiti Chulalongkorn buat pelbagai persembahan. Ada yang bersajak, menari tarian tradisional, berzanji, koir dan menyanyi lagu Dato; Siti Nurhaliza lagi! Suara pun merdu je dengar... dan ada peminat bagi bunga tau... Kostum pun cantik-cantik, dan warna-warni.


Bukan senang mereka ni nak menyanyi dan bersajak dalam bahasa Melayu, tapi sebab semangat mereka untuk belajar berbahasa Melayu tu sangat kuat, akhirnya mereka berjaya walaupun lenggok loghat tu masih ada... maklumlah, orang Thailand bercakap ada nadanya sendiri.. tapi sedap juga didengar, walaupun sesekali kedengaran agak lucu.

Bersajak

Joget Dikir Puteri

Ewaahhh

Lagu Wanita (Siti Nurhaliza)


Berzanji/Bernasyid

Gelang Si Paku Gelang

Pasangan Pengacara

Pelajar Terbaik

Inilah senario yang berlaku, sepatutnya, kita sebagai warga Malaysia berbangga berbahasa Melayu, jangan perlekehkan bahasa ibunda kita yang tersohor dan gemilang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga diangkat menjadi bahasa lingua franca. Orang asing sibuk mempelajari bahasa Melayu dan bila bertutur dalam bahasa Melayu, lebih baik daripada mereka yang asalnya memang Melayu! Bahasa jati diri negara... Dirgahayu Bahasaku!

Gambar ni pula... barisan wanita tercantik (perasan!)...hhehehehh...



Thursday 17 May 2012

Sup Tulang Janda Baik

Assalamualaikum wbkt...

Tengah hari ni saya dan Kak Asiah yang baik hati pergi makan kat gerai sup tulang Janda Baik... memang baik punyalah!!! Gerenti! Sepanjang kerja kat sini dah nak masuk 9 tahun, inilah pertama kali saya makan kat situ. Selalu tengok dalam FB kawan-kawan yang pergi, tapi tak pernah pulak nak tanya kat mana.... eemmmm.... dalam gambar nampak sedap sangat. Abang Ajaq (CC) kebetulan tahu tempat tu dan akhirnya bawa dia sebagai petunjuk jalan... punyalah excited nak pergi sampai saya sanggup makan hanya dua keping roti je untuk breakfast... supaya perut tak penuh sangat...hehehehhh.
Dan yang terkejut tu.. tak sampai 5 minit je dari pejabat saya! Yahooo.... bolehlah pergi lagi! Tengok la gambar yang sempat saya snap ni....

Dua setengah ketul...

Telur dadar + sambal kicap

Daging sangat empuk dan lembut

Ada juga menu yang lain, nasi ayam, mee bandung, laksa, mee goreng, dan roti canainya pulak untuk sebelah petang sampai ke malam... waktu tu memang orang ramai datang menjamu selera kat sini. Apa yang penting dah jumpa 'port' makan yang baharu... Sue, please come again... hehehehh :))


Salam hormat.

Tudung Bawal Tetap di Hati...

Assalamualaikum wbkt...

Saya mula mengenali tudung bawal masa sekolah menengah di Kota Bharu. Masa tu sebab masih sekolah, tak adalah nak beli sendiri, tapi 'rembat' arwah mak punya... (teruk nyer...). Tudung bawal ni dah top dalam tahun 1995 gitu... Kat Kelantan, memang macam-macam warna dan corak, sulam berbatu, sulam tebal, sulam nipis dan sangat mahal juga harganya. Arwah mak memang suka pakai tudung bawal, jadi apa lagi... kita pun menumpang la juga bergaya... Masa kat U dulu, taklah banyak sangat tudung bawal.. dalam dua tiga helai je, itupun arwah mak punya. Tapi bila dah masuk kerja tahun 2001 tu, memang banyak beli tudung bawal ni... rasanya harganya masih boleh tahan juga la. Tapi, sejak dua tiga tahun lepas ni, timbul pula jenis tudung segera, yang memang segera la (mungkin tak payah gosok kot, tu sebab panggil tudung segera....). Ada macam-macam la namanya, tudung siti, tudung rozita che wan, yang setingkat, dua tiga tingkat pun ada... saya pun memang  banyak juga beli tudung segera ni. Orang pun dah jarang pakai tudung bawal sekarang ni sebab kepopularan tudung segera. Harga tudung bawal pun jatuh sikit sebab dah kurang popular. Tapi masih juga ada yang minat termasuklah saya...heheehhh... Sejak akhir-akhir ni tudung bawal diberi 'nafas baharu'.. dengan penambahan aksesori dan warna, ada yang bersulam atas kepala dan dua tiga tone warnanya, diletakkan batu berlip lap lip lap... glamer uuu...
Tengah hari semalam saya sempat berjalan-jalan di Arked Jalan Tunku Abdul Rahman, tidak keseorangan tapi berdua dengan teman sepejabat. Kami borong sekodi tudung bawal yang menjadi 'kegilaan' wanita bertudung... apa lagi, rambang la mata, tak tahu mana satu nak dipilih... Kalau beli sehelai mahal, tapi sekodi (20 helai), sehelai harganya hanya RM17.00 sahaja... (murah kan?). Jadi, pilih punya pilih... nilah yang dapat...


Cantik kan?

Semua warna dah ada... tapi sebab nak yang bersulam, beli la

Merahnya mak ngah.... hahahahh

Meriah

Yang ini pula tudung bawal ada batu-batu atas kepala... hehehehh... jangan jadi 'kepala batu' sudahlah.... :)

Lip lap lip lap

Mcm crown la pulak...
  
Bila bawa balik rumah, macam dah ada semua warna tu, tapi sulam kat tepi je la... tak pe la, orang kata 'alah beli menang memakai'... boleh tukar-tukar kan. Ikut fesyen la kononnya ni.... tapi apapun tudung bawal tetap di hatiku.... ::)))

Salam hormat.

Tuesday 15 May 2012

Seafood di Tanjung Harapan

Assalamualaikum wbkt...

Sebenarnya entri kali ni nak bercerita pasal makan-makan la pulak. Saya jarang sangat nak masak seafood ni sebabnya saya pengidap sinus, atau orang sebut resdung, tapi tidaklah sampai tahap yang serius lagi. Insya-Allah.. itu sebab kurang sangat makan ketam, udang.. setakat sotong tu pun sikit-sikit je... Pernah dengar tak medan selera seafood kat Tanjung Harapan, dekat Pelabuhan Kelang... rasanya semua orang dah tahu... cuma saya je yang belum sampai, walaupun berbelas tahun dok kat KL ni... hehehhh... Inilah tempatnya tu....

Papan Tanda

Sabtu, 12 Mei 2012 lepas, dalam pukul 3.30 petang tiba-tiba saya mengajak suami dan Hakim pergi ke Tanjung Harapan, semata-mata nak makan seafood kat sana... alahai selalu juga tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3 tu.. tunjuk makan seafood yang sedap-sedap... terliur la jugak, walau tahu tak boleh makan banyak pun... tapi orang kata cuma nak merasa je.... Suami pun beriya-iya cari kat Google, jalan nak ke sana... Lepas solat Asar, kami bertolak, cuaca baru lepas hujan lebat dan masih renyai-renyai.. jalan agak licin. Kami ikut jalan MRR2, lalu kat highway Bukit Jalil dan terus je ikut Pelabuhan Utara... ada tiga tol (tak ingat nama tol apa) dan semuanya RM2.20 sen, jadi keseluruhannya RM6.60. Sambil sembang-sembang dalam kereta, kami tengok di sepanjang jalan tu banyak rumah baru... Tapi, mungkin agak jauh la nak ke tempat kerja saya di KL dan suami pulak kat Putrajaya. Ok, lepas tol yang ketiga, kami sampai di sebuah stesen minyak Shell, berhenti dan suami bertanyakan arah untuk ke sana kepada beberapa orang yang ada di situ, tapi semuanya tak tahu macam mana nak tunjuk arah sebab nanti boleh tersesat. Arahnya kalau kepada yang tak biasa akan sesatlah. Seorang pemuda yang baik hati kata "Abang ikut saya je la, sebab susah nak bagi tahu"... alhamdulillah, baiknya hati dia.. Semoga Allah merahmatinya. Amin. Kami pun ikut dia yang bermotosikal... dan alhamdulillah pemuda tu suruh kami teruskan perjalanan sebab dia dah nak masuk jalan lain... Tapi... kami terus dan sampai kat tempat ni... alamak... ye ke ni?

Macam nak pergi seberang ye...

Hehehehh... banyak betul lori keluar masuk... macam takut pun ada.. Suami tanya kat orang yang ada kat situ. Dah dekat dah katanya, u turn dan akan masuk kawasan kilang dan selepas padang golf... Oklah, nasib baik akhirnya sampai jugak kat tempat yang nak dituju.... Sepanjang jalan, ramai jugak orang bersantai-santai kat tebing, ada gerai jual makanan ringan, minuman, cenderamata, anak patung, alat permainan.... Cantiknya pemandangan laut dan nampak kapal-kapal kat pelabuhan... matahari nak turun... nampak cantik. Ini pintu masuk ke medan selera.
Pintu masuk medan selera

Bila masuk je.. tengok dah ramai orang.. tengah makan masakan yang membuatkan saya tak sabar-sabar nak makan jugak. Teruk kan? Padanlah gemuk pun...hehehehh... tengok orang makan pun boleh terliur... Ingat nak duduk kat meja tepi laut tapi dah penuh... terpaksalah duduk kat meja yang line kedua.. ok lah, dapat jugak tengok laut, kapal-kapal dan 'sunset'... itu yang best tu! Last tengok masa kat Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah... Sementara tengah tunggu hidangan, saya menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi, subhanallah... cantik dan mendamaikan suasananya... sempat suami snap beberapa keping gambar... jeng jeng jeng...

Subhanallah... indahnya Kekuasaan-Mu Ya Allah...

Kapal

Cantik sangat!

Akhirya... saat yang dinanti-nantikan telah tiba.... mamam time.... hehehehh.... Ini menu yang telah saya pilih....

bersambung...

Siakap Sweet Sour
Ketam Goreng Bercili
Sotong Goreng Tepung
Sup Sayur Campur



Tak pandang kiri kanan dah...hehehehh

Udang Bakar (tinggal 2 ekor je)


Aksi Daddy ngan Hakim... :)
Hakim ngan sepit ketamnya...














Gambar saya je yang tak ada... malu nak tunjuk. Biarlah rahsia.... Menjelang malam seusai menjamu selera.... sempat merakam gambar-gambar ni...

Replika Kapal
Dayungan

Nak panjat ke tu?


Ele le...

Daddy... kaki saya sakit ni...


Laa....

Hakim ngan kawan2nya...


Terima kasih kerana sudi membaca... Salam hormat.

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...