Saturday 22 June 2013

Muhasabah Diri

Assalamualaikum,
Hidup kita dikelilingi ramai orang. Sebenarnya, watak dan perwatakan kita berbeza-beza. Hanya kita yang kenal diri sendiri. Peribahasa Melayu ada yang menggambarkan perbezaan hati masing-masing; rambut sama hitam, hati lain-lain. Seperti juga apa yang tertulis dalam gambar di bawah. Eemmm... semakin usia kita bertambah, semakin ramai orang yang kita kenal. Semakin matanglah pemikiran kita. Dan semakin kita mengenali watak-watak tersebut. Kita semua pelakon, dan layarnya ialah kehidupan ini. Saya sering berfikir, mengapa ada watak yang bersifat antagonis? Dalam setiap cerita, mesti ada watak 'penentang' ini. Lawan antagonis, ialah protagonis. Ok, tidak lengkap sesebuah jalan cerita andai tiada salah satu daripadanya. Perlu ada untuk melengkapi jalan cerita. Begitu juga dalam hidup kita ini. Ada yang bersikap antagonis dan protagonis. Sebenarnya, terpulang kepada diri kita, sama ada untuk memilih watak mana yang nak kita pegang dalam lakonan kita. Lakonan kita tiada PENGARAH. Diri sendiri yang MENGARAH! Cabaran bagi kita kan? Ok, saya bercerita tentang ini untuk diri saya sendiri. Sering saya 'mengarahkan' diri agar selalu bersikap protagonis. Cuba untuk menjadi pelakon yang terbaik. Itulah, kita memilih untuk protagonis, tetapi pasti akan ada pelakon antagonis di sekeliling kita. Tak kira di mana; rumah, pejabat atau di mana-mana sahaja. Layar kehidupan kita ini terlalu luas!

Terima kasih kepada Google

Menang lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga kalian sihat dan bahagia hendaknya. Cerita apa pula hari ni ye? Wahh... bulan Jun 2013 ni sebenarnya banyak kenangan dan catatan manis untuk saya abadikan dalam blog. Sepanjang saya berkhidmat di DBP, memang jarang melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan. Mungkin disebabkan kekangan kerja-kerja harian yang agak banyak. Tapi, kalau nak diikutkan, selagi kita bekerja, memang kerja takkan habis sampai bila-bila kan? Jadi, saya mula berfikir elok juga sesekali kalau saya luangkan sedikit masa dan waktu untuk 'bersosial'. Cewahh... apa nak cerita sebenarnya ni? Membebel la pulak ye....
Sempena menyambut Hari Ulang Tahun yang Ke-57 pada 22 Jun 2013, telah diadakan Karnival DBP yang melibatkan banyak aktiviti yang diadakan. Disebabkan 22 Jun jatuh pada hari Ahad, maka ada aktiviti yang diadakan awal dari tarikh tersebut. Salah satunya ialah pertandingan Cabaran Teh Tarik. Memang berminat juga sebab saya ada 'skill' menarik teh. Mana taknya, suami saya penggemar nescafe tarik dan teh tarik. Jadi, selalu jugalah 'membikinnya' di rumah. Bolehlah sikit-sikit. Jadi, saya pun mendaftarlah! Cabarannya, saya kena bergelek sambil menarik teh itu! Tolonglah... bab mengelek ni memang 'out' lah, dan saya tak ada keberanian untuk itu. Malu tu dah satu hal, takut air teh yang banyak tumpah nanti. Jadi, tidaklah saya menggelek 'over' sangat. Cabaran saya ialah Kak Aida, memang dia sporting sangat! Kami masuk bukanlah untuk bertanding, tapi just for fun... hehehehe... Jom layan gambar...

Saya dan Kak Aida

Sengih je yang lebihnya...hehehehh

Tarik, jangan tak tarik!
Diiringi dengan lagu Kopi Dangdut! hahahah....
Alhamdulillah, tempat ke-3!
Alhamdulillah, dapat juga tempat ke-3 dari enam orang yang 'menarik'... walaupun hadiahnya hanya wang tunai yang tak seberapa lumayan, tapi yang penting saya 'happy'... ada aku kisah apa orang nak kata? Ok, sebelum tu, terima kasih kepada kawan merangkap kakak saya di pejabat iaitu Kak Monie, atas ihsan gambar-gambar di atas. Memang Kak Monie ni selalu jadi 'kakak kamera', tukang ambil gambar tetap dan berpencen. Beliau pun ada blog... menang tempat pertama Pertandingan Blog anjuran PUSPANITA DBP! Ini blog Kak Monie... http://permata1960.blogspot.com/
Terima kasih kerana sudi membaca!

Wednesday 19 June 2013

Pertandingan Gubahan Anjuran PUSPANITA DBP

Assalamualaikum,

Lama tak berblog. Entri kali cerita tentang aktiviti anjuran PUSPANITA DBP yang diadakan pada 11 Jun 2013 (Selasa) yang lalu. Banyak aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Beberapa minggu lepas diadakan pertandingan memasak masakan tradisional; yang saya menyotong tu... hehehehh... Pertandingan blog dan pertandingan sukan dalaman seperti congkak, batu seremban dan dam ular. Memang saya 'failed' la main congkak dan batu seremban.... tapi kalau dam ular, ok je. Alhamdulillah, dapatlah sagu hati. Jadilah kan? Ada juga pertandingan gubahan hantaran. Yang ni nak tergelak sebabnya pagi 11 Jun tu, pukul 9.00 pagi baru sibuk nak mendaftar dan cari barang-barang gubahan. Pertandingan mula pukul 11 pagi! Mana tak kalutnya saya....kihkihkih... Teringat kain pasang jenis nett dan kain kosong warna peach dan nett warna hitam. Peergghhh... kebetulan Kak Asiah bawa 'par' dan kain alas. Apa lagi, dengan menggoogle, saya pun cari idea. Kawan-kawan pun bagi idea dan turut membantu, maka terhasillah gubahan seperti dalam gambar ni... tang tangggg..... 
Alhamdulillah, tempat ketiga - Bowl di belakang tu! Cantik kan?

 
Alhamdulillah, gubahan yang tak ada nama ni mendapat tempat di hati juri tau... tak sangka betul. Walaupun dapat tempat ketiga, tapi yang penting semangat. Bolehlah ambil tempahan gubahan kahwin nanti ek... hahahahhh... Apapun, saya gembira sebab rupa-rupanya baru tahu yang saya ni boleh buat kalau ada semangat... ini tak, semangat kejap ada, kejap tak ada. Nak 'maintain' semangat, mesti kuat kan? Motivasi untuk diri sendiri....


Pertandingan Memasak PUSPANITA DBP

Assalamualaikum...

Entri kali ni nak cerita perihal memasak la pula. Nak dijadikan cerita, 17 Mei 2013 (Jumaat) lepas, saya tak pasal-pasal 'gelenyar' masuk pertandingan memasak masakan tradisional (kuih-muih dan lauk pauk) anjuran PUSPANITA DBP. Hehehehh... memang gelenyar sungguh kan? Tak pernah seumur hidup saya sepanjang 36 tahun ni (Alhamdulillah) saya masuk pertandingan masak! Lagi-lagi masakan tradisional... hahahahh... memang kelakar. Tapi atas dorongan kawan-kawan di pejabat saya tekad dan kuatkan semangat juga. Sebenarnya bukan tujuan nak menang pun, tapi saje suka-suka dan nak 'test power'.... haaaa... Pada mulanya saya tak teruja pun nak masuk memandangkan kalau dah namanya pertandingan masak, dah tentulah kena masak depan juri atau penonton kan? ala2 Master Chef la konon... Tapi bila Kak Mohaini (kakak di pejabat) kata masak kat rumah... hahahhhh... mulalah semangat berkobar-kobar... Berpeluh, bersilat kat dapur sorang2 mana orang nampak pun kan? Ok la... tapi... apa nak masaknya? Lauk ke kuih? Eemm... terlintas kat kepala ketupat sotong, ubi kayu rebus cicah kelapa parut dan sotong titik serai... itu semua menu dari Kelantan! Sebenarnya saya tak suka makan ketupat sotong dan apatah lagi nak masak! Boleh ke aku buat nih? Kalau di kedai Kelantan atau bila balik kampung kat sana, memang biasa tengok ketupat sotong ni, tapi ya ampunnn... saya memang tak suka makan sebab manisnya tahap gaban! Apapun dalam hati saya, tak semestinya kuih muih Kelantan ni semua manis... kita boleh 'adjust' sendiri... So, apa lagi saya pun tanyalah Kak Roza yang biasa masak ketupat sotong ni. Dengan tunjuk ajarnya, maka bersilatlah saya di dapur pada malam sebelum kejadian... ketupat sotong fasa pertama ni, tak menjadi sangatlah sebab terlalu lama memasak dan sotong jadi keras sikit. Maka, untuk fasa keduanya pula, pagi Jumaat tu saya meredah kegelapan pagi Subuh ke pasar di Taman Tenaga. Alhamdulillah, ada sotongnya! Maka, berlakulah aksi silat di pantri pejabat. Nasib baik Bos sporting dan dia bagi semangat lagi ha! Terima kasih Boss...... Untuk part platting pulak, nasib baik Abang Safri (kawan pejabat) pandai hias menghias ni. Saya tak berapa kreatif. Selain saya, ada beberapa orang lagi kawan setingkat yang turut masuk bertanding! Ambik kau! Semuanya mak-mak anak dara oiii.... lagi power masakan dia orang. Apapun, saya tak peduli dah... alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! Kononnya la....hehehehhh. Ok, ubi kayu saya dah rebus malam sebelumnya. Jadi saya bawa kelapa muda yang diparut dan bahan-bahan yang lain. Memang pagi tu saya 'menyotong' je nyahhhh.... hahahhhh.... Apa yang saya suka, kawan-kawan kat pejabat, Nora, Kak Fadhilah, Kak Norhasliha dan beberapa orang lagi banyak membantu saya... mereka tolong bawakan 'presentation' saya tu ke Dewan Bankuet..... Nak tengok gambar? Jeng, jeng jeng......

Ketupat Sotong Cik Mek Su - Kategori Kuih Muih
Sotong Titik Serai Berkasih - Kategori Lauk Pauk

Dihidangkan bersama-sama nasi, budu dan ulam-ulaman


Alhamdulillah... ketupat sotong mendapat hadiah sagu hati, oklah tu kan. Banyak juga masakan lain yang lebih 'power'. Maklumlah yang masuk tu semuanya otai-otai. Apapun, yang penting gembira kan...

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...