Wednesday 7 August 2013

Salam Aidilfitri 1334H

Assalamualaikum wbkt...
 
Insya-Allah, esok (Khamis - 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434) umat Islam di Malaysia akan meraikan Aidilfitri. Sudah tentu Ramadhan yang akan berlalu akan disambut dengan lebaran yang mulia. Apa yang penting Ramadhan yang mewajibkan kita berpuasa selama sebulan itu, kita penuhi dengan amalan ibadat kepada Yang Maha Esa. Semoga segala amalan kita akan diterima oleh-Nya, insya-Allah.
 
Tahun ini saya dan keluarga akan menyambut raya di Kelantan. Apa yang menggembirakan saya; mak mertua dan ayah mentua pun sama-sama meraikannya di sana. Kalau tidak ada aral melintang, selepas Maghrib dan berbuka puasa malam ini, kami akan bertolak ke Kota Bahru melalui Gua Musang. Sebenarnya saja nak merasai balik kampung pada malam raya. Kemungkinan besar tu, tak adalah masalah kesesakan jalan raya... agaknyalah. Harap-harap pun begitu. Adik kembar saya bertolak malam esok dengan menaiki keretapi. Mereka berdua tu saja nak meraikannya di KL dulu, katanya nak rasa solat raya di KL. Adik lelaki yang di Alor Setar tu pula, dah selamat sampai tiga hari sebelum raya. Dapat cuti 10 hari katanya.
 
Persiapan raya kami ala kadar sahaja. Tak seperti tahun-tahun yang lalu, saya kurangkan membeli biskut raya. Beli yang memang suka makan je. Tapi, kerepek pulak yang banyak. Sepasang baju dan jubah. Suami dan Hakim pun sama, sepasang baju Melayu dan seluar jeans serta t-shirt. Pendek kata, memang sederhana sangat.
 
Di kesempatan ini untuk kawan-kawan yang sudi membaca dan melewati blog ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada coretan saya yang menyinggung perasaan anda semua. Yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah diri saya sendiri. Semoga Syawal yang mulia ini memberikan kebahagiaan buat kita semua. Salam ukhuwwah.
 
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
 
Ikhlas daripada kami sekeluarga
*Sue, Syam dan Hakim*
 
Kad raya pengganti diri
 
 
 

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...