Thursday 10 January 2013

Ok ke?

Ok ke?
Sebenarnya pagi tadi ok
Nak masuk tengah hari ok lagi
Tengah hari tak ok
Sebab ada orang yang buat aku jadi tak ok
Aku cuba untuk ok balik
Aku makan-makan, berbual-bual
Mencoret sambil dengar lagu kegemaran



.... Petang nanti ok la tu
Tapi esok aku harap aku ok macam biasa...

10 hari berlalu - 2013

Selamat tinggal 2012
Selamat datang 2013
10 hari berlalu. Sekejap rasanya. Tak perlu coretan yang panjang bercerita peristiwa suka duka sepanjang tahun 2012. Manusia tak lari dari kesilapan dan perlu belajar dari kesilapan. Kesilapan diri, atau kesilapan orang lain. Semua itu pengajaran. Ego atau tidak seseorang manusia, hanya tuan punya badan yang tahu. Ada yang tak pandai tapi nak tunjuk pandai. Itu yang paling ramai yang aku jumpa. Yang tak reti nak dengar pendapat orang pun ada. Dia je yang betul dan orang lain semua salah. Aku naik rimas orang yang pentingkan diri sendiri. Cakap bagai nak rak. Macam tin kosong. Yang bercakap menyakitkan telinga dan hati pun ada di sekeliling aku...
Satu lagi pengajaran yang aku dapat. Jangan mudah percaya apa yang orang cerita terutamanya hal-hal yang tak betul. Dekati dulu orang yang dikata oleh orang lain. Dekati dan nilai sendiri. Itu yang buat aku berfikir panjang... jangan mudah menelan bulat-bulat sampai kenyang! Yang mengata tu lebih teruk dari orang yang dikata!
Tapi, bagi aku semua bergantung kepada diri sendiri. Aku, macam biasa... aku jenis ADA AKU KISAH? Buatlah apa yang aku rasa, selagi aku rasa aku nak buat. Marah ke ni? Nada je yang marah... Banyak peristiwa yang aku boleh ambil iktibar. Persahabatan, kerja dan setakat ini 'istana' aku bahagia dan belum ada sebarang masalah yang perlu aku fikirkan sangat. Alhamdulillah, suami banyak mendorong dan memberi kata-kata semangat kalau aku ada 'keliru' sikit. Tapi, bab2 berkawan dan kerja, kadang-kadang buat aku banyak berfikir. Tahun 2013 ini, aku perlu hati2 dalam berkawan... betullah peribahasa Melayu, musuh dalam selimut, bukan semua kawan kita boleh percaya. Lepas ni, aku akan bersikap biasa je, tak perlu ambil tahu sangat hal-hal orang lain dan share cerita hal kita kepada orang tertentu je(kecuali ahli keluarga). Orang nak kata apa kat aku, katalah. Yang penting, aku tak kacau orang. Fikiranku bukan fikiranmu.
Semoga tahun 2013 ni buat aku lebih bersemangat untuk aku lakukan yang terbaik dalam apa jua pun. Adiosss....

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...