Monday 22 July 2013

Diari Ramadan Hakim

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua pembaca...
Hari ni dah masuk 13 Ramadan 1434. Bermakna sudah 13 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah... Harapnya amal ibadah yang kita laksanakan pada bulan yang penuh barokah ini diterima Allah SWT hendaknya. Tahun lepas CIC ada menyediakan jadual berpuasa kepada pelajarnya mengikut umur dan jam. Tahun ini pula disediakan buku diari Ramadan kepada setiap pelajar. Dalam diari, pelajar perlu menandakan apa aktiviti atau ibadah yang dilakukan di sekolah dan di rumah. Alhamdulillah, sehingga semalam, enam hari Hakim berpuasa. Kelakar pulak bila tengok gelagat dia terutamanya bila dah nak dekat waktu berbuka. Kesian juga tengok dia letih, sebab waktu bersahur makan setengah roti canai cicah susu dan minum susu coklat je. Tapi, nasib baik dia senang bangun sahur, tak meragam. Kadang-kadang tu, ada juga dia minta saya atau Daddy buatkan susu. Yang paling saya geram, ada setengah jam je lagi nak waktu berbuka, dia minum vitagen! Hahahah... memang Mami fire la kat dia. Kita tengah sibuk goreng karipap, dia diam-diam buka peti ais. Hakim... Daddy senyum je. Sabar je la Mami. Waktu berbuka, antara menu yang dia suka, karipap dan milo ais. Tak banyak pun dia makan, tiga atau empat biji. Nasi, memang tak makan. Apapun, saya dan suami bersyukur sebab Hakim dah boleh berpuasa, walaupun tak penuh sebulan, tapi alhamdulillah, itu satu permulaan yang baik. Harap-harap tahun depan dapatlah puasa penuh.  

Sampai terguling-guling... hehehehh

Friday 12 July 2013

Salam Ramadan 1434H

Assalamualaikum semua sahabat dan pembaca yang dihormati,

Entri kali ni tak nak tulis panjang-panjang. Sekadar untuk mengucapkan Selamat Berpuasa, walaupun hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa, tapi belum terlambat lagi nak ucap kan? Semoga amal ibadah kita pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini diterima oleh-Nya yang Maha Esa. Banyak yang saya nak perbaiki diri sempena bulan Ramadan ni. Saya peringatkan untuk diri sendiri, banyak sangat kekurangan dan saya kena kuatkan semangat dan azam. Kononnya saya berazam beberapa perkara... tapi... issyyhh.... tak perlulah saya bagi tahu, nanti tak menjadi, malu... hehehehh... Setakat hari ni alhamdulillah, terlaksana beberapa perkara tersebut :)

Hakim? Uuhh... memang dari tahun lepas lagi saya dan suami cuba perlahan-lahan ajar Hakim berpuasa. Alhamdulillah, tahun lepas CIC ada menyediakan jadual untuk pelajarnya berpuasa mengikut jam dan umur pelajar. Tahun ni pun sistem yang sama juga. Hakim baru semalam berpuasa lama sikit dari tahun sebelumnya, tapi itu pun setakat pukul 12.30 tengah hari... Teacher cakap, Hakim haus, jadi diberilah minum susu. Tak apelah, dah memadai bagi saya dan suami. Ajak bangun bersahur, tapi kalau dah tidur pun pukul 11 malam, mana nak bangunnya... jadi hanya sempat minum susu je masa nak pakaikan uniform sekolah. 

Hubby? Macam budak pulak ye... ok je. Satu je harapan saya, kalau boleh saya nak dia berhenti  merokok. Bulan puasa ni lah masa yang sesuai nak hentikan tabiat tu... tapi nampaknya belum nampak lagi... hahahahh... bila saya cakap, senyum je dia... Semoga Allah SWT bukakan hati hubby... 

Ok, setakat ni dulu. Nanti saya up date lagi... Insya-Allah. Selamat berpuasa dan selamat beramal... Semoga kita bersama-sama menuju redha-Nya dan berusaha meraih ganjaran dan pahala yang berganda. Amin Ya Rabb.

Cantik tak? heheheh...
*_* kata tak nak tulis panjang-panjang... tapi panjanglah juga *_* hehehhhh...

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...