Friday 27 February 2015

Camping di hujung minggu

Assalamualaikum para pembaca budiman..

Salam sejahtera, salam Jumaat, salam bahagia, salam 1Malaysia, salam 1 bahasa dan salam sayang selalu.. ehheheh... Muncul pula kali ni, hampir enam bulan tak berblog. Sabor je la.. Kejap ada, kejap tak ada. Dah macam biskut chipsmore pulak ye. Teruk sangat dah blog ni. Bersawang, berserabai, berhabuk segala bagai. Adoii.. orang nak berblog, kita pun sibuk nak berblog. Akhirnya, blog jadi "selok" (istilah oghe Klate...kihkihkih). Ok lah.. lepas ni saya cuba-cuba kuatkan semangat, tak nak malas-malas lagi... oppss... boleh percaya ke ni? hahahah...apa pun, kalau ada yang masih sudi membaca blog ni, saya ucapkan terima kasih daun keladi, kalau sudi bacalah lagi... heheheh.
Apa nak cerita ye? Eemm... oklah memang dari tahun lepas, banyak cerita yang gembira, sedih dan biasa-biasa saje dan macam-macam perasaan lagi la. Cumanya kalau nak menulis tu memang berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan la jawabnya... tak apelah, kita baca je mana yang ada ye..
Ok, sejak dua menjak ni saya, suami dan anak gemar bercamping dan suami pula suka ber'hiking'.. ntahlah rasa macam best je lepak-lepak kat kawasan air terjun, masak-masak ala-ala askar dan tidur dalam khemah. Tahun lepas, tiga kali kami bercamping. Tapi, tempat yang paling seronok untuk bercamping ini di Santuari Ikan Chiling, Kuala Kubu Bharu.. tak caya? Tanyalah cik google.. huhuu.. Awal Februari lalu, kami sekali lagi bercamping kat sana. Perjalanan dari Balakong mengambil masa lebih kurang 2 jam kot... heheheh... co-pilotnya layan mimpi, terasa macam lama, tapi sebenarnya tak sampai 2 jam pun.. Jom, layan gambar dulu.. Biar gambar berbicara la konon... hehehehh

Pintu gerbang. Dah sampai la ni. Tapi, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Kena jalan kaki lebih kurang 500 meter untuk sampai ke tapak khemah.

Nampak tak tu? Kan ramai orang tu... kereta berderet-deret.
Peta kawasan santuari

Biasanya kawasan lapang untuk aktiviti berkumpulan

Selalunya kami pergi bertiga, tapi kali ni Hakim mengajak kawannya Irfan. Ok juga. Boleh buat teman dia. Maklumlah, maminya asyik dok masak je, daddy pula sibuk nak berhiking di kawasan air terjun bertingkat. Hheheh..

Inilah port yang selalu kami berkhemah. Tapi kena datang awal pagi. 

Mami dok sibuk mengemas konon... heheheh
Suami gigih mendirikan khemah





Air sungai jernih dan sejuk... ikan-ikan pun jelas nampak
Cantik kan? Haa... ini di tingkat atas.. kena mendaki sikit. Mami tengok gambar je..

Hakim memang pandai berenang. Belajar dengan daddy .


Inilah khemah kami seadanya. Panas sekejap je tu.. 
Add caption
Sejuk dan mendamaikan
Ok, itu saja gambar. Memang banyak lagi tapi nanti boring pula pembaca, banyak sanagt gambar kan.. Tapi memang kami seronok di sini. Macam suasana di kampung. Jauh dari hiruk pikuk bandar. Cubalah datang, pasti gembira.

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...