Friday 29 May 2015

Hari Terakhir Persekolahan

Assalamualaikum... 
Hari ini hari terakhir persekolahan semester 1. Sekolah akan bercuti dua minggu. Hari ini juga merupakan sambutan Hari Guru sekolah Hakim. Petang semalam, saya singgah di kedai cenderamata untuk membeli cenderamata kepada guru-guru yang mengajar Hakim. Sepatutnya, anak yang excited pilihkan hadiah, tapi dah terbalik pula,  Mami yang rasa teruja. Hakim buat tak tahu je... huhuuu.. Untuk jamuan kelas, saya dah order mihun goreng je (nampak sangat tahap 'kerajinan" saya ye..).. 
Nak dijadikan cerita, masa ambil Hakim dari sekolah petang semalam tu, dia ada tunjukkan saya tangannya macam ada bintik-bintik merah (macam ruam).. katanya gatal. Saya dah mula rasa bimbang. Suami kata mungkin campak. Malamnya, Hakim tak boleh tidur sebab tak selesa.. menggaru-garu, gatal. Dalam hati, nampak gaya macam Hakim tak boleh pergi sekolah kalau macam ni... Tak berani saya nak biarkan dia ke sekolah. Risau keadaan lebih teruk. Nak tak nak, terpaksa juga saya ke sekolah untuk hantarkan hadiah hari guru tu dan ambil mihun goreng yang telah dipesan. Kebetulannya pula, pagi ni saya terpaksa menghadiri mesyuarat peringkat bahagian. Rasa tak sedap kalau tak pergi. Terpaksalah saya bawa Hakim sekali. Boleh juga bawa dia ke klinik yang dekat dengan pejabat. 
Masa saya tengah mesyuarat, Hakim mengadap komputer bukunya (laptop), tengok Upin Upin dan kartun kegemaran. Eemm... "good boy" la.. Habis mesyuarat, saya tengok macam dah nak hilang bintik-bintik tu. Kata seorang kawan, bagi dia minum air kelapa muda, insya-Allah akan hilang. Kalau boleh cari daun semambu (kisar bersama-sama beras yang telah direndam untuk dijadikan bedak dan sapu pada badan) untuk lagi cepat baik... eemm... alhamdulillah, dia pun tak lah demam. Patutlah, sebenarnya dia memang dah demam dua tiga hari sebelum ni... rupanya nak kena campak. Tapi, alhamdulillah... aktif sangat la pula.. Tak percaya? Cer tengok gambar...

Memang tak macam kena demam campak kan?

Dah boring, kotak pun dibuat mainan.


p/s : Psssttt... Hakim cakap, dia lagi suka kalau dapat ikut Daddy ke pejabat. Internet laju!

Thursday 28 May 2015

Main Masak-Masak


 Assalamualaikum, apa khabar? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.. Alhamdulillah, bertemu kita pada entri kali ni.. jom nak cerita perihal masak-masak pula. Saje je, mood terlebih rajin ni susah nak dapat.. kihkih.. Sebenarnya teringin nak makan kari kepala ikan merah  mamak style. Ikan merah yang saya beli di Kota Kinabalu minggu lalu belum dikerjakan lagi... heheheh... 

Besar kan? Ini dekat 3 kg...


Ok, jadi saya pun dengan semangat yang berkobar-kobar... ceh ceh ceh... mulalah mencari resepi yang paling best kat En. Google. Alhamdulillah jumpa akhirnya. Rasanya memang paling bestlah.. Jom tengok apa jadi setelah kepala ikan merah ini dikerjakan...  

Tu dia eh.. kari kepala ikan mamak styel.. ada lagi tu menu tambahan.. heheheh
Bahan-bahan

Beras singai




Kononnya macam menjadilah kari kepala ikan merah mamak style tu.. alhamdulillah suami senyum panjang je.. ok lain kali tak payah makan di kedai mamak lagi... hehehehh... saya tersengih-sengih macam kerang busuk! Aduii... 



Pasar Ikan Kota Kinabalu

Assalamualaikum, apa khabar kawan-kawan...
Entri kali ini nak cerita pasal beli seafood. Pada 7-11 Mei yang lepas, saya ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Flight balik ke KL tengah hari 11 Mei tu. Kebetulannya pula, hotel yang saya menginap dekat sangat dengan pasar basah KK. Ambil peluang, pagi tu beli seafood yang fresh dan yang sangat best, harga pun murah berbanding kat KL ni. Ikan merah hanya RM45 (dekat 3 kg), udang saiz xxl hanya RM18 sekilo, udang saiz xxl RM8 je... huuu... tenggiri RM18 sekilo je. Banyak lagi yang lain-lain.. memang murah sangat. Memikirkan saiz peti ais (frozen) yang tak berapa besar, saya hanya beli ikan merah, ikan tenggiri, udang saiz xxl dan sotong putih saiz xxl juga. Semuanya dekat 11 kg. Cuma yang agak mahal bab packaging.. mahal sikit. Di pasar tu hanya beberapa orang sahaja yang ada servis membungkus, mereka akan guanakan kotak polistrin yang besar dan akan dimasukkan ketulan ais dan kadarnya pun berbeza mengikut berat. Jom, layan gambar dulu..

Kerang bersaiz besar.

Tak tahu nama ikan

Ikan merah

Udang harimau RM35 sekilo

Ikan yang rare sangat bagi saya

Ketam 

Nampak tak kotak putih tu? Di sini boleh packaging.

Sotongnya memang murah. RM 8 sekilo.
Memang puas hati dapat beli. Saya pun tiga beranak je.. bolehlah simpan lama sikit. Alhamdulillah, selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 5.30 petang. Bila buka kotak, peerrghh... masih elok macam kat pasar pagi tadi. Aisnya je yang dah cair sikit... Apapun, saya takkan lepaskan peluang jika ada kesempatan lagi..

Wednesday 27 May 2015

Bulan Raikan Cinta dan Kegembiraan


Assalamualaikum para pembaca yang baik hati..
Pada 25 Mei 2015 genap 9 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan, betapa gembira dan bertuahnya dapat memiliki suami merangkap abang, kawan baik, imam solat yang sangat bertanggungjawab (walaupun kurang keromantisannya.. heheheh), dan juga daddy Hakim yang  penyayang mendidik anakanda yang seorang tu.. Terima kasih kerana menerima saya seadanya... saya yang suka membebel pot pet pot pet, kadang-kadang moody tak tentu arah, yang kuat makan...hahahah...tapi alhamdulillah, suami begitu sabar melayani karenah saya. Suka duka bersama-samanya dalam melayari hidup berumahtangga umpama asam garam yang merupakan saat yang sangat manis untuk saya kenang. Kenal hanya tiga hari, suami lamar saya untuk menjadi suri hatinya pada hari keempat! Apa nak dikata, bak kata Ustaz Kazim Elias.. kalau dah jodoh... heheheh... Saya berdoa, semoga ikatan suci ini akan kekal hingga ke Jannah Ilahi... Amin Ya Rabbal Alamin...

Semoga jodoh berpanjangan.. Amin.

Selain meraikan ulang tahun perkahwinan, pada 20 Mei 2015 yang lalu juga merupakan hari yang saya rasa macam nak melompat-lompat sebab gembira sangat. Dengan izin-Nya saya mendapat surat tawaran kenaikan Pangkat Secara Lantikan (PSL). Alhamdulillah, syukur setelah 12 tahun berkhidmat, saya diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang saya rasa lebih sedikit berbanding sebelum ini. Ramai di antara kawan-kawan saya yang turut menerima berita gembira ini. Insya-Allah, mohon kepada Yang Maha Esa supaya saya diberi kekuatan dan keazaman untuk memikul tanggungjawab demi organisasi yang dicintai (skima bebenor ayatnya tuh... hehehehhh)

*pssttt... naik pangkat mestilah seronok.. iye dak?


Sekian, semoga bertemu di entri yang lain... 





Tuesday 5 May 2015

Aku Bukan Yang Terbaik




Cuba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Hargai Aku - Armada

Catatan : Terkesan dengan lirik lagu ini. Penuh makna dan ada nilai tersirat. Benar, kadang-kala sebagai manusia biasa, kita tidak sedar kekurangan diri. Selalu melihat diri sendiri sempurna dan hebat. Lalu, orang lain dilihat lemah. Diri sendiri yang mencanang kononnya "AKULAH YANG TERBAIK" atau 'ORANG KATA AKU BAGUS"... Maaflah. Saya katakan mereka ini seperti "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" atau umpama "TIN KOSONG". Bukan niat membuka pekung sesiapa, tapi PENGALAMAN itu BERHARGA. Pengalaman bersama-sama mereka ini banyak memberi saya sesuatu yang kadang-kala tidak terfikir ... "oohh... rupa-rupanya dia macam ni, macam tu..." Mana yang hebatnya? Mana yang terbaiknya? Mana yang bagusnya? Mungkin saya juga sebahagian daripada mereka. Sudah, sudahlah tu. Apa yang penting, dalam hidup ini, jangan lupa untuk MUHASABAH DIRI dan lihatlah kebaikan-kebaikan yang ada pada orang lain. Perjalanan hidup kita bukan diri sendiri yang tentukan samada TERBAIK, HEBAT atau BAGUS, tapi insan-insan yang berada di sekeliling kita; samada mereka "menyenangi" atau "tidak menyenangi" kita. Catatan dan peringatan ini untuk diri saya sendiri sebab "AKU BUKAN YANG TERBAIK"... Wallahu'alam...

Ihsan : Google

Pulut dan Serawa Durian

Assalamualaikum wbkt...
Semoga semua pembaca (eh..ada ke pembaca blog nih?)..hehehh.. sihat sejahtera selalu hendaknya. Alhamdulillah.. empat hari bercuti panjang bermula dari hari Jumaat (1 Mei), Sabtu dan Ahad (3 Mei) merupakan Hari Wesak, di bawa pula ke hari Isnin.. eemm.. Hari ini (5 Mei) dah mula kerja. Hakim liat je nak ke sekolah. Mami pun apa kurangnya, liat jugalah. Apapun, cerita sepanjang cuti tu tak ada yang istimewa pun. Kami tak pergi cuti-cuti Malaysia pun... seminggu sebelum bercuti panjang tu ada juga rancangan nak ke Cameron Highlands bersama-sama adik-beradik, tapi macam dah tahu je semua hotel, apartmen, inap desa (homestay) dan yang sewaktu dengannya mesti dah penuh. Eeemm... ada juga call, tapi harganya mak aii.. mahal betul. Ok, tak apalah. Rasanya pun kalau ke sana, memang sesak teruk... heheheh (ayat nak sedapkan hati).. Hari Jumaat, suami dan Hapih (adik ipar) pergi camping kat Kuala Kubu Bharu.. apa lagi... di Chiling la... saya teringin juga nak ikut serta tapi macam tak ada mood. Jadi, saya dan Hakim lepak je di rumah. Keluar jalan-jalan di Mines bersama-sama Lini, Nana dan Nani. Seronok melayan anak saudara, Nur Jannah.. heheh. Ok, malamnya pula saya buatkan pulut durian dan serawa durian untuk memenuhi hajat adik kembar saya yang teringin nak makan durian... Jom, layan gambar..

Pulut durian
p/s : Saya guna santan kotak je. Tak payah susah-susah nak perah santan. Hehehe... tak berapa nak rajin sebenarnya.

Serawa durian
p/s : Serawa durian ni kegemaran Hakim. Boleh dimakan bersama-sama pulut, roti, roti jala atau roti canai.. saya pun suka ni. Tapi, tak boleh makan berlebihan... lemak tu... hehehehe....


p/s : harga 'raja buah' ni memang mahal. Mentang-mentanglah belum musim. Durian kunyit yang saya beli di Balakong ni harganya RM20 sekilo! Nak melayan anak tekak punya pasal... hulur je lah duit tu... huhuuuuu...

Hakim ralit dengan permainan lego yang Che Su Nana belikan.

Nur Jannah ni memang buat Mami geram nak gigit!

Tamat. 
Terima kasih kerana sudi menjengah!













Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...