Wednesday 29 April 2015

Hitam, Putih atau Warna-warni Kehidupan

 
Ihsan : Google
 
Catatan hati : Hidup ini terlalu indah. Samada hitam, putih atau warna-warni coraknya, kita yang mewarnainya. Harga sebuah pengalaman lebih mahal berbanding dengan emas permata. Pengalaman yang mendewasa dan mematangkan kita. Hanya dengan kekuatan, ketabahan, doa serta tawakal kepada-Nya yang mampu membawa kita meniti liku-liku sebuah perjalanan yang akhirnya akan kembali ke sisi Rabbul 'Izzati.

Tuesday 28 April 2015

Selamat Hari Lahir, Luqmanul Hakim


Assalamualaikum pembaca yang budiman..

Semoga semuanya sihat-sihat sejahtera. Alhamdulillah.. 28 Mac 2015 (Sabtu) yang lalu, Luqmanul Hakim genap umur 8 tahun dah. Sekejap je masa berlalu ye. Mami dan Daddy pada mulanya merancang untuk sambut secara sederhana di Chilling, Kuala Kubu Bharu bersama-sama adik-beradik, adik ipar dan anak-anak saudara yang lain, tapi saat-saat akhir masing-masing ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi, terpaksalah kami tukar rancangan yang lain. Nasib baiklah Hakim 'good boy', tak adalah dia nak frust atau sedih. Rileks dan cool aje. Daddy ajak Mami dan Aru (mak mertua saya) yang kebetulan ada di rumah pergi 'lepak-lepak' buang masa kat IOI Mall Puchong yang baru tu. Sebelum ni memang dah pergi tapi disebabkan terlalu luas tempat tu memang tak larat dan tak berdaya nak berjalan. Daddy dengan Hakim nak cuba aktiviti yang sedikit adventure, tempat tu namanya 21 District. Layan gambarnya...
 
Hakim dan Daddy, sama minat.

Depan lobi

Mami yang gelabah. Dia ok je!

Lambatnya Daddy.

Birthday boy

Semoga menjadi anak yang soleh.. Amin.. sob sob..
 

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...