Friday 26 February 2016

Overnightoat

Assalamualaikum... taraaaa... saya datang menepek hari ni. Sekarang ni tengah waktu santai sebab hari Jumaat waktu rehatnya panjang sikit. Jadi rasanya mood rajin nak menconteng. Ada saya cerita tentang nak sihat kan? Dah join aerobik, dah kurangkan makan, dan sekarang ni menu sihat pula. Apa tu? Tadaa... jom layan gambar jap...

Overnightoat 1

Hahahah... jangan gelak ok. Sebab saya dah terjebak dengan menu ni. Dah lama dah tapi saya je yang baru tahu, Sebelum ni memang payah nak telan oat. Tapi sejak kawan pejabat yang rajin membuat, maka saya dengan rasa teruja nak cuba. Ok, masuk hari ni hari ketiga dah dok makan oat bercampur segala bagai... hahaah... nak juga rasa sedap ye. Bahan-bahannya:

Rolled oat (4@5 sudu besar)
Susu segar rendah lemak (setengah cawan)
Yogurt (Greek yogurt Nestle) (2@3 sudu besar)
Kacang (saya guna walnut)
Kiwi filling
Chia seed
Hirisan buah-buahan (epal merah, mempelam, pisang)

*Campurkan rolled oat, susu segar, yogurt dan chia seed. Kacau sebati dan masukkan ke dalam peti ais. Pagi esoknya baru campurkan hirisan buah-buahan, kiwi filling dan walnut.

Saya bawa ke pejabat. Alhamdulillah, makan ni rasa kenyang. Taklah teringat menu makanan yang lain. Harap-harap dapat membantu saya.  
  
Overnight 2

Wednesday 24 February 2016

Langkah Pertama Nak Sihat

Assalamualaikum kawan-kawan.
Wahhh... pagi-pagi lagi saya dah menepek kat sini. Hehehh.. ada kawan bagi semangat, katanya tulis je apa-apa cerita kak... Harap-harap saya konsisten la. Aduiii... 
Cerita dah lepas ni. Pssttt... saya perasan sejak kebelakangan ni badan dah makin kembang, baju banyak dah tak muat. Dok pakai baju yang sama ja. Kebetulan baju kerja ada la yang terjahit besar sikit. Ha tulah dok ulang pakai. Malu eh. Tapi semalam kakak di pejabat habaq kat saya... ada kakak yang lain cakap yang saya dah makin gemuk! Oh tidakkkkk.... terasa macam batu besaq jatuh atas muka... huhuuu. Dah memang betul apa yang dia cakap tu. Saya tak marah pun, jauh lagi nak berkecil hati sebab dah memang realiti. Kira ok dah tu ada orang yang sudi nak tegur. Emm... saya positif la. Ni tak boleh jadi. Memang suami sendiri pun dah cakap dah, tapi sangatlahhhh berlapik... hehehh. Ok, saya take noted deh! Jangan gelak tengok gambar ni. Dua minggu lepas suami ajak pergi Tasik Permaisuri. Ni lah, suruh saya join aerobik. Nampak tak tu, tu tu... yang sangatlah gemuk!!. Terkial-kial nak ikut step jurulatih. Suami dan Hakim terkikih-kih gelakkan saya. Tak pe, tak pe... nanti tengoklah sebulan dua lagi,... huhuuu...

Semangat je lebih tu

Friday 19 February 2016

Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada...

Assalamualaikum.. yuhuuuu... pembaca semua (eh eh perasan.. macam la ada ramai pengikut hang na!)... tak kisahlah deh. Tetiba je tora datang lagiiiii.. Sebenarnya saya ada je. Sihat dan makin mengembang je semenjak dua menjak ni. Tak tahulah nak buat camana lagi. Kadang-kadang mood rajin nak menulis tu ada je, tapi tu lah kan. Kalau malas tu... malassss je memanjang.
Hari ni baru terjah beberapa rumah kawan-kawan. Amboiii... macam-macam cerita depa habaq mai. Seronok tengok orang rajin nak berkongsi cerita. heheheh... Tak apalah, saya cuba nak merajinkan diri sebulan dua nih. Last sekali bulan Jun tahun lepas. Pergghh... lama jugak tak bersiaran. Ok, saya off dulu. Nak fikir-fikir apa cerita nak kongsi. Nanti mai lagi na....

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...