Monday 28 March 2016

Hari Lahir Hakim (Bahagian 2)

Assalamualaikum... tadaaa... apa khabar semua? Semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Amin. Ok, saya nak sambung cerita tentang anak bujang saya yang sambut hari lahirnya hari ini  28 Mac 2016. Genaplah 9 tahun umurnya. So, Sabtu lepas cerita tentang camping di Sg. Chiling. Hari ni, saya dan suami cuti semata-mata nak bawa Hakim makan kek. Mak saudaranya yang kembar tu pun ada juga. Sanggup ambil cuti nak celebrate anak buahnya. Huhuuu... saya pun terharu... Tempatnya di Secret Recipe KL Sentral je pun. Bukannya jauh sangat. Eemm... jom terjah gambar...
 
Tu dia... kek kedua. Tak ingat namaya. Tapi sedaplah.

Mami dan Dady doakan semoga Hakim menjadi anak soleh yang dapat membahagiakan Mami dan Dady di sana nanti. Hukhukhuk... mata dah masuk habuk dah ni...

Dady tak sempat nak sengih.

Kek di SR ni memang tak meriah dekonya. Kecuali yang booking. Ini yang terjah je.
 
Tq Che Su Nan & Che Su Nani.
Sesi mengepau mak saudara.. Pening dah, tak tahu nak beli yang mana... Mak saudara memang jenis yang tak kedekut. Katanya beli je hadiah apa yang Hakim suka. Tu dia... dok tawaf dalam Parkson (bahagian toys) tu berapa kali. Pegang yang tu, nampak mainan lain, letak balik, pegang yang lain. Eemm... mak sudara layan je. Mami sampai lenguh kaki dok ikut Hakim. Sabar je la...

Akhirnya, Hakim pilih set Hot Wheel..
Terima kasih adik kembar.
Sengih je dapat idaman hati.

* Hakim, Mami & Dady sentiasa doakan perjalanan hidupmu akan sentiasa dipayungi rahmat dan inayah Ilahi. Dengan izin-Nya, Mami akan selalu ada untukmu.  




Sunday 27 March 2016

Hari Lahir Hakim (Bahagian 1)

Assalamualaikum sahabat pembaca (iisshh, ada ke yang nak baca ni?) Lama juga tak bersiaran. Mood kejap ke laut, kejap naik ke darat.. kihkihkih. Bulan ni ulang tahun Hakim yang ke-9. Genap 9 tahun, dah besar nak jadi anak bujang dah. Terbayang-bayang masa mengandung dan melahirkan dia yang keluar ikut "tingkap"... (pembedahan). Alhamdulillah, sepanjang menjaga Hakim, memang dia anak yang baik dan tak banyak karenah. Dari sekolah tadika sampailah sekarang dah darjah 3... Satu-satunya arjuna, buah hati pengarang jantung Mami. Kasih sayang yang melimpah ruahlah. Sampaikan sekarang ni masih tidur dengan saya lagi tau! Bukan dia tak nak tidur bilik lain tapi saya ni yang tak boleh tidur tanpa dia di sebelah saya! Hahahah... poyo sangat eh Mami ni.
 
Hobi suka bercamping. So, Sabtu lepas (26/3/2016) Dady ajak camping di Sg. Chiling, KKB. Memang port kamilah untuk bercamping ni. Kebetulannya adik kembar saya , Che Su Nana dan Che Su Nani je yang nak ikut. Yang lain ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Saya pun buatlah persiapan, beli kek sebiji (nasib beli kek coklat yang tak byk krim, kalau tak memang cair ehhh), ayam yang dah siap perap di JJ, beras, sardin, maggi, roti dan peralatan memasak yang biasa untuk camping. Sampai Chiling, terus check in sebab dah booking seminggu sebelum tu. Jadi, ambil port yang biasa. Alhamdulillah, tak hujan. Seronok sangat. Tapi air sungai agak kering sebab cuaca panas kan. Kalau tidak di tepi-tepi tu pun air menderu laju. Macam biasa ramai juga yang bercamping, yang datang nak hiking lagi ramai, yang nak berkelah pun ramai. Memang happening sangat. So, Hakim siap dengan kek hari jadi (part 1) hehehehh... layan gambar dulu.
Mami & Hakim berendam tak ingat dunia!
Hakim dah bulat
Perut dah berlipat macam Mami
Dady nak ke mana tu?

Tengoklah belakang Hakim... tak pakai baju sampai dah hitam dek panas

Ada kumpulan usrah dari Bangi

Khemah ni besar dan boleh berdiri. Jadi, tak payah terbongkok-bongkok. Boleh solat.

Kawasannya sangat lapang. Tapi kenderaan tak boleh masuk ok.

Sejuk nyaman je walau cuaca panas. Angin pun agak kuat hari tu.

Ni belum renovate sepenuhnya lagi ni.

Hammock. Dady & Hakim memang suka tidur dalam ni. Sampai pagi!

Amboi Mami... mujur pakai set hitam, kalau tak lebaq sungguh.

Aksi Hakim.
 
Kumpulan camping yang lain.

Cewwahh... gambar edit ni. Nampaklah Mami putih sikit.
 
Ok, ini cerita part 1 sempena hari lahir Hakim. Nanti ada part 2 pulak. Insya-Allah. Terima kasih sebab sudi menjenguk.
 


 
 

Thursday 24 March 2016

Cendawan sisir @ kulat sisir sekilo RM75!!

Tadaaa.. dekat waktu makan tengah hari dah ni.. tapi sebab puasa, kita sembang-sembang lagi nak? hehehehh... Sebenarnya dah lama saya nak cerita pasal cendawan sisir atau oghe Klate sebut kulak sisir... saya suka sangat makan ni. Tapi sejak duduk di KL ni susah bebenor teman nak jumpa. Kat pasar tani je yang ada. Tiga minggu yang lalu saya ke pasar tani Pantai Dalam. Ternampak orang jual cendawan sisir ni... tapi punyalah terkejut tengok harga yang terpampang... RM75 SEKILO! Mak aiii... betul ke? Adalah seorang kakak pun macam tak percaya. Cantik cendawan tu. Kata si penjual... mahal kak sebab susah nak dapat ni... kalau tak silap saya cendawan ni hanya ada di batang pokok getah di kampung-kampung je. Mana nak jumpa pokok getah di KL ni. Patutlah mahal! Segala kos minyak, upah orang nak masuk kampung kutip cendawan ni pun dah berapa. Tapi sebab nak makan sangat, saya beli la RM10. Di pasar tamu Sabah ada juga ni, tapi murah je. Kalau mak mertua saya nak datang KL, mesti dia tanya saya nak tak cendawan ni. Saya apa lagi suruh beli banyaklah. Iyelah, kat Sabah senang dapat. Murah pulak tu... Jom layan sayur mahal nih!

Goreng bersama-sama telur

cendawan sisir (rendam dan cuci bersih)
telur 1 biji
1 biji bawang besar (holland)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
cili padi (ikut suka)
lada besar (hijau/merah)
garam

*tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar. Pecahkan telur dan kacau macam nak buat telur hancur. Masukkan sedikit air dan garam, akhir sekali cendawan. Goreng dan kacau agak lama untuk melembutkan cendawan. Siap.
 

Close up sikit


Aiskrim sumi a.k.a aiskrim Malaysia

Assalamualaikum wbt, selamat pagi dan semoga semuanya sihat-sihat walafiat. Alhamdulillah, hari ni dah hari Khamis, cepat masa berlalu kan. Tak lama lagi dah nak puasa. Ikut calendar 6 Jun 2016 umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa Ramadan. Heheheh... jadinya sesiapa yang belum habis ganti puasa lagi tu.. eemmm... bolehlah buat ye. Saya puasa hari ni. Tinggal tiga hari je lagi. Semoga mudah semua urusan ya... Ok, apa nak cerita sebenarnya ni? Tak ada cerita menarik pun. Cerita pasal aiskrim sumi lah nak? Dah viral pun aiskrim ni, di blog, facebook, macam-macam dia orang buat, cara masing-masing. Ada yang campur buah-buahan, jeruk dan pelbagai lagilah. Siap ada yang jual lagi. Alhamdulillah, boleh berkongsi rezeki ye. Saya ni bukanlah peminat aiskrim sebenarnya, tapi bila dah viral tu tiba-tiba teringat pula masa zaman budak-budak dulu suka sangat makan asikrim Malaysia ni. Arwah mak selalu buat, aiskrim milo, bandung, jagung dan yang best bubur kacang hijau. Masa tu sebatang pun tak cukup. Ada pulak yang menjual aiskrim jeruk, asam boi merah tu... alamak.. sedapnya! Sekarang ni umur dah nak masuk 40 series ni taklah rasa nak makan sangat, tapi sesekali bila dah viral tu teringin pulak nak buat untuk Hakim. Jadinya, terjadilah aiskrim sumi. Eeemmm... taklah susah mana nak buat.
 
 
Aiskrim sumi

1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat
Sumi (saya guna 1 paket je dan dipotong empat)
Air masak
Secubit garam

*Masukkan semua bahan kecuali sumi ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana. Tambah air ikut keperluan. Kacau hingga menggelegak. Kemudian, sejukkan terlebih dahulu dan bolehlah masukkan jeli. Tuang susu ke dalam plastik asikrim perlahan-lahan. Simpan dalam peti ais.

Saya dapat buat 13 batang sahaja. Itupun dah 3 hari buat, tapi ada banyak lagi. Rupanya Hakim tak suka ada sumi jeli tu. Katanya susah nak makan. Aduiii... masa buat tu dialah yang paling suka. Tak sabar nak makan. Dia asingkan sumi tu. Eemmm... lain kali saya akan buat tanpa sumilah untuk dia makan. 
 
Terima kasih kerana sudi membaca entri. Tata titi tutu.... 


Wednesday 23 March 2016

Ubat sakit kepala?

Assalamualaikum, selamat tengah hari. Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Semalam dapat cuti sakit. Hari sebelum (Isnin) datang ke pejabat tapi sakit kepala sangat. Eeemm... nak buat kerja pun terganggu. Jadi, saya balik awal. Sampai di rumah, mandi dan terus tidur. Malamnya tidur awal, dan bangun keesokannya kepala rasa berat. Nampak gayanya saya tak ke pejabat la kalau macam ni. Kebetulannya hujan agak lebat pada pagi semalam. Pukul 10.00 pagi saya ke klinik. Tekanan darah ok je. Lepas ambil ubat, balik. Ternampak buah mempelam epal yang dah 3 hari atas kabinet. Sedap juga kalau dicicah dengan kicap. Pernah dengar orang cakap kalau sakit kepala makanlah benda-benda masam... betul atau tidak, tak tahulah. Ok, layan gambar ye.
 
Masa beli muda lagi.. ni sebiji dah masak sikit.

Monday 21 March 2016

Wayang lagi... kali ni Kungfu Panda 3

Assalamualaikum semua... Apa khabar? Didoakan semoga semuanya sihat sejahtera. Seminggu lebih tak bersiaran. Kebetulannya minggu lepas cuti sekolah, blog saya pun bercuti jugaklah. Heheheh.. Saya bercuti dua hari Isnin dan Selasa.. Rabu kerja, Khamis dan Jumaat suami pulak yang cuti.. Ok, cerita cuti sekolah saya bawa Hakim tengok cerita Kungfu Panda 3 di Jaya Jusco Cheras Selatan. Kebetulannya dia selesema dan batuk, jadi, saya bawa ke klinik di Balakong. Singgah di JJ, alahai ramainya orang beratur di kaunter tiket. Eeemm... ibu bapa bawa anak-anak tengok wayang. Kebetulannya Boboiboy pun tengah hot masa tu... huhuuu.... kaunter tiket pulak hanya satu je... aduiiii... penat la macam ni. Dah tahu cuti sekolah, sepatutnya bukalah kaunter lebih banyak kaunter. Isshh... sabar je la... kalau ikutkan hati nak je saya ajak Hakim balik. Beli tiket untuk esok je. Tapi dia berkeras nak tengok jugak. Dekat setengah jam beratur.. lenguh kaki mak ni... nasib baik ada tayangan pukul 1.15 tengah hari... Oklah, best jugaklah cerita tu. Eemm.. cerita kartun kan. Penuh jugaklah panggung wayang dengan budak-budak. Bukan main ketawa lagi. Layan... 

Muka seposen

Coming soon... dia mesti ajak tengok ni nanti!

Friday 11 March 2016

Ayam masak lemak cili api 2 biji

Assalamualaikum, selamat petang dan salam Jumaat yang barakah. Hari ni cerita pasal makan lagi. Semalam beriya-iya ambil resepi dari blog Che Mat Gebu dan siap tempek gambar sambal udang petai lagi. Konon nak buatlah semalam. Hehehehh... nak jadi cerita, masa balik ambil Hakim dari sekolah KAFA, dia dok sebut nak makan nasi kuah kuning... aduiii... kalau dia sebut kuah tu maknanya nak makan masak lemak cili api la tu. Minggu ni dah dua kali buat, masuk semalam tiga kali lah! Layan je la selera anak yang seorang tu. Tak jadilah Mami nak buat sambal udang petai. Tapi kebetulannya petai memang tak ada pun. Eeemmm... nampaknya kena buat lain kalilah. Esok p pasar tani, beli petai... uhhuhuuu.... terjah gambar jom!

Ayam masak lemak cili api

Hakim dan Daddy dia tak makan sangat isinya. Kuah kena buat lebih. Jadi, saya hanya masak dua ketul ayam dipotong kecil-kecil je. Eeemmm... memang kesukaan Hakim la ni. Bertambahlah nasinya, dua tiga pinggan pun habis! Lepas tu sibuk dok komplen dia gemuk! Macam Mamilah, makan tak ingat dunia, pastu bising cakap dah makin gemuk! Hahahahh... Like Mami like son!

Ok, terima kasih sebab sudi jenguk. Jumpa lagi. Tata titi tutuuuuuuu....

Thursday 10 March 2016

Idea resepi daripada blog Che Mat Gebu

Assalamualaikum.. salam sejahtera dan selamat pagi. Pagi ni saya terjah blog Che Mat Gebu ni. Aduii.. terliur la pula nak makan sambal udang campur petai. Tapi saya memang tak pandai sangat buat sambal yang sedap. Eeemm... setakat nak makan untuk 3 beranak bolehlah. Nak kata sedap tu taklah. Tapi tengok resepi CMG ni meluap-luap keinginan nak buat. Tak sabar!
rsz_sup
Sumber gambar dan resepi http://www.tiffinbiru.com/

Sumber resepi dan gambar daripada blog masakan paling tip top. Saya suka tengok blog Che Mat Gebu ni (http://www.tiffinbiru.com/2016/03/sambal-tumis-udang-sama-petai.html). Macam-macam resepi tradisional dan moden. Kuih muih, lauk pauk dan yang paling best tengok aksesori pinggan mangkuknya yang klasik. Hari-hari tengok. Kadang-kadang malas nak fikir nak masak apa untuk makan malam. Nilah blog kesukaan saya. Ambil idea resepi. Suami saya suka makan di rumah dan makan masakan saya walaupun hanyalah satu lauk je. Heheheh... Ni antara resepi paling ohsem! Saya copy paste. Malasnya nak menaip. Hari ni mood ke laut. Rasa malas dah mula dah ni. Kihkihkih.... Ok,terima kasih Che Mat Gebu (http://www.tiffinbiru.com/).

BAHAN - BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1 biji bawang besar belah 6
2 papan petai
2/3 cawan cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
1 camca besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 keping hirisan halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibuang kulit, kemudian belah belakangnya dan buang urat, cuci dan toskan. Petai diambil isinya cuci dan toskan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa,
  3. Masukkan gula, jus asam jawa dan petai. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan bawang besar yang dibelah dan udang. Gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya, masak sekejap lagi dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, lempeng pekak atau roti....Selamat mencuba!!

Monday 7 March 2016

Boboiboy The Movie

Assalamualaikum, selamat pagi, salam sejahtera dan semoga semuanya Allah SWT kurniakan yang baik-baik sahaja. Awal pagi Isnin ni saya dah tercongok di depan komputer. Dua hari cuti. Perkara pertama yang saya buat ialah semak e-mel yang masuk. E-mel yang berstatus penting, mana yang utama itu perlu dijawab segera. Heheheh... alhamdulillah, semuanya selesai. Jadi, entri apa nak cerita kali ni ye.... eeemmm... ok, sekarang ni dok sibuk cerita animasi Boboiboy The Movie yang baharu sahaja dimainkan di pawagam pada 3 Mac 2016 yang lalu. Si Hakim bukan main lagi dok sibuk mengajak saya dan suami pergi tengok. Jadilah kejadiannya pada Jumaat lepas (4 Mac). Tapi saya tak ikut. Hehehehh... cerita hindustan Dilwale yang top meletop tu pun saya tak p tengok.. inikan pulak tengok cerita kartun... hahahahh.... Hakim pergi je dengan daddy dan juga Uweis (sepupu saya) dan pakcik saudara. Berempatlah. Tengok di Quill Mall. Jadi, layan je gambar Hakim bersama-sama Boboiboy dan Yaya..

Terkepit... hehehehh

Seronok Hakim dapat jumpa Boboiboy dan Yaya

Poster

Friday 4 March 2016

Waffle Hitam Manis

Assalamualaikum, salam sejahtera dan semoga semuanya sihat ceria hendaknya. Dah Jumaat hari ni. Cepat masa berlalu kan. Apa nak cerita... eemmm... rasanya bab makan lagi nih... hahahah... memang tak ada cerita yang menarik sangat pun,. tapi nak juga berentri...
Ok, sekarang ni bahagian saya ni tengah dok sibuk 'berwaffle' tau dak? Hahahah.. gini ceritanya. Setiap badan kebajikan ada peruntukan untuk hadiah hari jadi staf. Jadi, tahun ni terpulanglah staf nak barang apa, tapi perlu berpatutan dengan peruntukan. Punyalah pening kami nak pilih barang apa nak, ada yang bagi cadangan magic mop la, tuala, dan macam-macam lagi. Bos pula dah order waffle maker di LAZADA... apa lagi... kami pun pakat order jugaklah.. lepas tu masing-masing dok tunjuk waffle masing-masing... ada yang hitam la, ada yang putih lah, ada yang tak berapa nak masaklah... macam-macam rupalah... hehehhh... Jadi, nak tengok waffle saya?! taraaaaaa..... 

Awat la hitam? Ikut tuan ka?
Tak kisahlah dik non... jadi boleh makan. Jangan dok gelak na... Ni pulak waffle maker yang kami dok beli tu... Jom order di LAZADA. Kihkihkh....
Murah je.. RM49.90






Tuesday 1 March 2016

Makan-makan di Suraya, Kg. Baru

Assalamualaikum kawan-kawan!!! Seronok nampak... hehehh... alhamdulillah. Semoga semua ceria je ye. Ok, entri kali ni pasal makan. Dalam pada usaha nak kurangkan makan tu kepala ni ligat je berfikir mana tempat yang best.. yang nak dikurangkan makan tu sebenarnya NASI.. yang lainnya tu belasah je.. hahahhh... poyo kan.

Ahad lepas saya ajak suami dan Hakim pergi jenguk menu Klate di Restoran Suraya, Kg. Baru. Sebenarnya dah lama saya tak ke sana. Tiba-tiba teringin pula nak makan kerabu maggi dan pulut mangga. Apa lagi, dah alang-alang ke sana, tambah order lagi... kerang bakar dan sup perut!! Memang berselera habaq hang.. Jom layan gambar yang tak seberapa ni ha.. 

Pengsan tengok menu!! Nyum nyum
Macam-macam ada kat Restoran Suraya tu, masakan panas, nasi bubur berlauk, mihun sup segala bagai, rojak buah, lok cing dan lain-lain. Memang ramai. Siapa datang lambat memang kena beratur. Layanan cepat dan harga memang berbaloi. Nak kata murah pun tak, nak kata mahal sangat pun tak. Bolehlah... eeemmm... ok, jumpa lagi... tata titi tutuuuuuu.... 

ppsstt: bila nak kurus nih? aduiiii....

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...