Friday 29 April 2016

Penangan El-Nino

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat yang barakah. Semoga kita sentiasa dalam kasih sayang dan naungan-Nya. Amin.. Sihat ke kawan-kawan? Alhamdulillah. Saya agak kurang sihat sejak Selasa lagi. Badan suam-suam je rasanya, macam nak kena asma pun ada. Dari kecil memang dah ada asma pun. Penyakit keturunan. Dah lama tak kena. Sebenarnya, waktu di pejabat hari tu saya cuba minum air sarang burung. Minum setengah botol je tapi tekak rasa sakit dan perit. Ingat tak ada apa-apa. Mungkin juga tindak balas kot. Malam tu terus kena asma dan kebetulannya pula inhaler dah habis. Jadi, makan ubat ventolin yang kapsul tu je la. Selesema pun dah mula sikit. Esoknya bangun pagi suara langsung tak ada. Alamak... aduiii... sakitnya tekak ni Allah saja yang tahu. Saya ke klinik dan doktor suruh ambil nab (kena sedutlah). Rasa punyalah lega lepas sedut tu... huhuuu...

Adik nurse tolong ambil gambar.. hehehhhe
Lepas ambil nab, jumpa doktor balik. Periksa tonsil, mak aaiiii... besarnya tonsil awak ni. Merah!. Patutlah sakit tekak. Tak pernahlah pulak tonsil saya bengkak. Apapun, dah kena kan. Doktor bagi selambak ubat... dan cuti sakit sehari. Rehat ye, jangan keluar sebab sekarang ni jerebu dan cuaca panas boleh buat lagi sakit. Ok doktor... cantik orangnya dan muda lagi... hehehhh... Masuk hari ni hari ketiga suara tak keluar. Dah macam itik serati dah.. hahahahh... semalam pun tak ada mood nak kerja. Lepas makan ubat selesema dan batuk, mula rasa mengantuk. Tidur sekejap. Kepala pun macam melayang je. Semoga cepatlah saya sembuh... amin... 

Selambak ubat

Monday 25 April 2016

Cerita biasa hujung minggu

Assalamualaikum wbt...
Pejam celik dah hari Isnin. Orang kata 'black Monday'... hari pertama minggu baharu. Dua hari cuti, rasa sekejapnya dah kerja balik. Tak ada cerita menarik pun sepanjang cuti, cumanya keluar jalan-jalan dengan mak saudara sekeluarga. Kami makan-makan di Nu Sentral, tengok wayang cerita Jungle Book. Sebenarnya tak berapa rajin nak keluar. Tapi Makcik La dok ajak. Eeemm... maka lepas Zohor kami berjumpa di sana. Kebetulannya, ada GSC dan cerita pun tak ada yang best. Si Hakim nak tengok lagi sekali Jungle Book, dan tak pasal-pasal saya dan suami pun terjebak sama. Dua kali dah tengok, oklah best juga tengok sebab sinematografinya memang cantik. Pukul 9.30 malam dan habis pukul 11.30 malam. Letih sungguh seharian berjalan, sampai lenguh kaki mak! Esoknya, kami tak ke mana-mana, rehat dan Hakim buat kerja sekolah, saya mengemas rumah, basuh kain dan suami pula tolong gosokkan baju dan lipat kain. Tup tup dah malam. Sekejap je masa berjalan.
Happy Monday!

Sumber Google

Thursday 21 April 2016

Mengata dulang paku serpih

Assalamualaikum wbt... untuk ingatkan diri sendiri, maka terhasillah catatan ini. Kadang-kadang kita merasakan yang diri kita sempurna, dan melihat kekurangan pada orang lain, mengata orang ni salah, orang tu tak betul, orang ni tak buat kerja, orang tu begitu begini. Walhal diri sendiri lebih kurang sama dengan orang yang dikata. Eeemm... rasanya lebih lagi kot. Itulah manusia, sentiasa perhati sekeliling dan akan nampak kekurangan orang. Satu jari menuding orang, empat jari lagi menuding diri sendiri. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih... 
Peace!!


Wednesday 20 April 2016

Motif beli botol?

Assalamualaikum wbt... semoga semuanya dalam naungan kasih sayang-Nya. Ahad lepas saya ke Tesco Paradgm Mall, ternampak botol comel ni di rak clearance stock. Harga sebelum diskaun kalau tak silap saya dekat RM15.00, tapi harga selepas diskaun RM5.00 je. Masa ambil tu terfikir nak letak minyak masak. Sampai di rumah je, baru teringat dah ada bekas untuk minyak. So, ada lagilah tu, tak tahu nak buat apa. Eeemm... suami tanya, saya sengih je. Adalah tu boleh guna suatu hari nanti. Kita simpan dulu ye. Hehehhh..

Cantik tak? Saya suka sangat.

Tuesday 19 April 2016

Indahnya pelangi


Langit cantik seusai hujan
Kita pun akan cantik seusai ujian.
Yang tersurat dan tersirat
Hanya ketentuan dan izin-Nya
 
Rindu nak tengok cantiknya pelangi!


Bila anak TAK SENGAJA hilangkan barang-barang

 
Nak marah apabila Hakim hilangkan bedak saya. Bukan bedak mahal pun. Bedak nasila je. Tapi saya sayang sebab beli di Pekan Rabu, Kedah. Bedak tu jarang-jarang saya pakai, sesekali je. Dah macam tepung gomak mukanya dilumur dengan bedak tu. Nak cover supaya saya tak marah, budak bertuah tu tulis nota dan suruh sepupu dia, Haris bagi kat saya. Aduiii... nak marah pun tak jadi.
 
Nota cinta sayang
 
Satu lagi, pensil warna dia pun dah enam kali hilang sepanjang 4 bulan sekolah ni. Saya pun tak tahu sama ada dia yang tak ingat letak di mana atau memang ada orang ambil. Satu perangai dia, suka salahkan orang lain. Katanya ada orang ambil. Tapi saya tetap salahkan dia sebab tak pandai jaga barang-barang sendiri. Yang paling saya sedihkan pensil warna yang harga RM69.90 Faber Castell yang berkotak, siap ada tali tu! Seminggu beli dah hilang! Pensil box pun hilang. Saya pun tak tahu nak nasihat macam mana lagi... Apapun saya dan suami cuba untuk terapkan sikap supaya Hakim lebih bertanggungjawab menjaga barang-barang sendiri. Insya-Allah, Hakim clever boy!
 
 
Yang besar untuk Mami, yang kecil untuk Hakim.
Kali ke-7 beli untuk dia.
Hakim cinta hati Mami.
 

Monday 18 April 2016

Layan cendol

Assalamualaikum, lama rasanya tak bersiaran. Sesekali jenguk juga rumah kawan-kawan. Terjah blog masakan je banyaknya. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Tiada cerita menarik yang nk dikongsi. Musim panas berlarutan lagi. Tapi alhamdullillah, seminggu dua ni hujan juga di KL ni. Negeri yang paling teruk terjejas El-Nino ni seperti Perlis dan Kedah pun dengan izin-Nya dah mula hujan selepas pembenihan awal dilakukan. Eeemm.. dengarnya dah mula catu air sebab beberapa empangan utama dah kekurangan air. Apapun yang berlaku tentu Allah SWT lebih tahu, ada yang tersirat dan tersurat kan... Saya dan keluarga pun apabila musim panas ni kuranglah aktiviti luar. Semalam cuti mingguan keluar jugalah ke Paradgm Mall Kelana Jaya tu. Saja nak jalan-jalan. Masa balik, singgah di Bandar Sri Permaisuri, pekena cendol. Huihhh... sejuk tekak ni... sedap betul cendol mamak ni. Layan...


Cendol biasa je. Tapi macam-macam ada..

Friday 1 April 2016

Nur Jannah demam

Ini anak buah saya Nur Jannah, anak kepada adik perempuan saya. Semalam masuk hospital sebab demam dah empat hari, tak kebah.

Nur Jannah, mek tuwek.
Semalaman tak dapat tidur, pukul 5 pagi tadi baru lena.

Mak Long doakan Jannah cepat sembuh. Malam ni Mak Long dengan Abg Hakim datang tengok ye. Pak Long tak dapat datang kot sebab dia sibuk nak hiking... Tunggu tau...

Geram sebab mek tuwek ni selalu control ayu tau.

Comel tak Jannah ni Mak Long? hehehhh...
 


 

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...