Saturday, 12 May 2012

Demam


Hari ni masuk hari ketiga demam. Mulai hari Rabu, badan mula rasa tak sihat, sakit tekak, pening kepala dan berpusing, pandangan berpinar. Kebetulan suami bercuti dan terus pergi klinik dan doktor kata mungkin nak dapat demam. Apapun, sentiasa pantau jika suhu badan panas, segera ke klinik. Alhamdulillah, menjelang petang, makin kebah sikit lepas dua kali makan ubat. Bimbang juga dengan perubahan cuaca yang tidak menentu sekarang ni. Ingat dah boleh pergi ke pejabat esoknya, . sebelum tidur rasa macam tak berapa nak lepas bila bernafas... semputku datang balik... aduiii... sakitnya bukan kepalang rasa dada bila batuk. Ku ambil inhaler, puff beberapa kali tapi tak kurang juga, lantas ku ambil ubat tablet, baru rasa lega. Tapi keesokan pagi (Khamis) rasa masih tak sedap badan yang menggigil sebab terleboh dose ubat... .. alamak... apa pulak ni... Ya Allah, ujian bagiku. Sedikit ujian sakit dari-Nya. Rasa tak bermaya nak ke pejabat dan suami pula dah bertolak ke tempat kerja. Terpaksalah cuti kecemasan semalam... Sebelum tidur semalam, sakit tekak bukan kepalang sebab terasa perit dan pedih. Tambahan batuk sesekali menambah keperitan. Aduhai... ambil ubat batuk dan ubat tahan sakit. Baru boleh lena...
Alhamdulillah, pagi ni selamat sampai di pejabat tapi tak berapa ceria dan kurang bercakap. Tekak masih lagi pedih.. Moga-moga bertambah sihat.

Salam hormat.

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...