Tuesday 15 May 2012

Seafood di Tanjung Harapan

Assalamualaikum wbkt...

Sebenarnya entri kali ni nak bercerita pasal makan-makan la pulak. Saya jarang sangat nak masak seafood ni sebabnya saya pengidap sinus, atau orang sebut resdung, tapi tidaklah sampai tahap yang serius lagi. Insya-Allah.. itu sebab kurang sangat makan ketam, udang.. setakat sotong tu pun sikit-sikit je... Pernah dengar tak medan selera seafood kat Tanjung Harapan, dekat Pelabuhan Kelang... rasanya semua orang dah tahu... cuma saya je yang belum sampai, walaupun berbelas tahun dok kat KL ni... hehehhh... Inilah tempatnya tu....

Papan Tanda

Sabtu, 12 Mei 2012 lepas, dalam pukul 3.30 petang tiba-tiba saya mengajak suami dan Hakim pergi ke Tanjung Harapan, semata-mata nak makan seafood kat sana... alahai selalu juga tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3 tu.. tunjuk makan seafood yang sedap-sedap... terliur la jugak, walau tahu tak boleh makan banyak pun... tapi orang kata cuma nak merasa je.... Suami pun beriya-iya cari kat Google, jalan nak ke sana... Lepas solat Asar, kami bertolak, cuaca baru lepas hujan lebat dan masih renyai-renyai.. jalan agak licin. Kami ikut jalan MRR2, lalu kat highway Bukit Jalil dan terus je ikut Pelabuhan Utara... ada tiga tol (tak ingat nama tol apa) dan semuanya RM2.20 sen, jadi keseluruhannya RM6.60. Sambil sembang-sembang dalam kereta, kami tengok di sepanjang jalan tu banyak rumah baru... Tapi, mungkin agak jauh la nak ke tempat kerja saya di KL dan suami pulak kat Putrajaya. Ok, lepas tol yang ketiga, kami sampai di sebuah stesen minyak Shell, berhenti dan suami bertanyakan arah untuk ke sana kepada beberapa orang yang ada di situ, tapi semuanya tak tahu macam mana nak tunjuk arah sebab nanti boleh tersesat. Arahnya kalau kepada yang tak biasa akan sesatlah. Seorang pemuda yang baik hati kata "Abang ikut saya je la, sebab susah nak bagi tahu"... alhamdulillah, baiknya hati dia.. Semoga Allah merahmatinya. Amin. Kami pun ikut dia yang bermotosikal... dan alhamdulillah pemuda tu suruh kami teruskan perjalanan sebab dia dah nak masuk jalan lain... Tapi... kami terus dan sampai kat tempat ni... alamak... ye ke ni?

Macam nak pergi seberang ye...

Hehehehh... banyak betul lori keluar masuk... macam takut pun ada.. Suami tanya kat orang yang ada kat situ. Dah dekat dah katanya, u turn dan akan masuk kawasan kilang dan selepas padang golf... Oklah, nasib baik akhirnya sampai jugak kat tempat yang nak dituju.... Sepanjang jalan, ramai jugak orang bersantai-santai kat tebing, ada gerai jual makanan ringan, minuman, cenderamata, anak patung, alat permainan.... Cantiknya pemandangan laut dan nampak kapal-kapal kat pelabuhan... matahari nak turun... nampak cantik. Ini pintu masuk ke medan selera.
Pintu masuk medan selera

Bila masuk je.. tengok dah ramai orang.. tengah makan masakan yang membuatkan saya tak sabar-sabar nak makan jugak. Teruk kan? Padanlah gemuk pun...hehehehh... tengok orang makan pun boleh terliur... Ingat nak duduk kat meja tepi laut tapi dah penuh... terpaksalah duduk kat meja yang line kedua.. ok lah, dapat jugak tengok laut, kapal-kapal dan 'sunset'... itu yang best tu! Last tengok masa kat Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah... Sementara tengah tunggu hidangan, saya menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi, subhanallah... cantik dan mendamaikan suasananya... sempat suami snap beberapa keping gambar... jeng jeng jeng...

Subhanallah... indahnya Kekuasaan-Mu Ya Allah...

Kapal

Cantik sangat!

Akhirya... saat yang dinanti-nantikan telah tiba.... mamam time.... hehehehh.... Ini menu yang telah saya pilih....

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...