Monday 19 November 2012

Mandi-manda @ Water World i-City, Shah Alam

Assalamualaikum... lama tak conteng blog ni... hehehehh
Semoga semuanya sihat-sihat walafiat. Insya-Allah. Ok, apa nak cerita ye? Eemmmm... rasanya nak kongsikan cerita dan pengalaman aktiviti hujung minggu, semalam la tu... Rabu lepas masa menonton berita, cerita Water World kat i-City, Shah Alam.. macam best je. So, apa lagi semalam kami bertiga dah tak tahu nak pergi mana dah... lebih kurang pukul 1.15 pm lepas solat Zohor di stesen minyak, kami sampai kat sana... orang beratur panjang jugak! Alahai, dah la tengah2 panas... tapi nasib baik kaunter tiket ada 4... ok la kan? Harga tiket:
 
Weekend (public holiday & cuti sekolah)
Dewasa : RM35
Kanak-kanak : RM30
 
Weekdays
Dewasa : RM30
Kanak-kanak : RM25
 
Sewa loker : RM10 + RM5 (deposit dipulangkan)

Sebenarnya, harga tiket ni hanya untuk Water World sahaja. Ada juga harga pakej Water World + Snow World. Harga boleh tahan. Tapi sebab saya pernah dah masuk Snow World beberapa bulan dulu. So, pergi mandi-manda je la. Makanan dan minuman tak dibenarkan masuk, macam kat Desa Water Park, Sunway Lagoon la kan... Kat sini pakai sistem 'top up', sewa loker dan makan minum kena top up, maksudnya, masa nak beli tiket masuk tu, cakap yang kita nak sewa loker dan makan minum. Macam kat tempat lain, kita akan pakai tag kan? Tapi kat sini, kita akan pakai jam. Untuk masuk sahaja (mandi) akan pakai jam warna kuning. Kalau kita nak sewa loker + beli makan minum, kita akan pakai jam warna merah (maknanya kita akan pakai 2 jam, kuning dan merah). Jam merah akan guna untuk 'touch' loker untuk simpan barang, dan juga beli makanan dan minuman. Harga makan minum memang standard (mahal juga, yang paling murah aiskrim 1 scoop RM3), ada nasi lemak, mihun goreng, sandwich, sosej, burger, fries dan yang ringan la). Andai kata, ada baki lagi, anda boleh tuntut balik duit yang selebihnya. So, jangan hilangkan jam, simpan resit baik-baik, supaya nanti boleh tuntut kat kaunter di luar.
Panjangnya cerita pasal tiket ye... heheheh. Apa yang istimewa kat sana? Tengoklah gambar ye...
 
Tornado Ride

Rainbow Racer Slides
 
Tak berani sebab gayat...

Rainbow Racer Slide
 
Mami mandi kat sini je la
 
Colourful!
 
Wave Pool with Stage & LED Screen
 
Aladdin
 
River Adventure
 
Tarikan  utama... Tornado Ride!
 
Orang tak ramai lagi
 

Tempat berehat

River Adventure

Giant Jacuzzi

Ada berani?

Spiral Slides, Family Raft Slides & Kiddie Twin Slides

Smile :)

Nampak tak teko Aladdin tu? heheheh

Dah siap mandi...

Snow White & Friends....
Ok, pendapat saya, Water World ni macam tempat mandi-manda yang biasa kita pergi... Desa Water Park, Sunway Lagoon dll. Cuma, mungkin ada daya tarikan tersendiri terutamanya tempat meluncur bagi mereka yang minat kepada cabaran!!!

5 comments:

  1. yay..mcm best ja..x sabar rasa nak pergi esok :)

    ReplyDelete
  2. salam sis,next week sy mau pegy sane.. adakah harge water park n snow tu lain?

    ReplyDelete
  3. Adik Ain Sha... harga pakej termasuk snow house... murah sikit kalau ambil yang pakej. kalau tak, harga nak masuk snow house tu pun dah lebih RM25 kot (ingat2 lupa)... tapi mungkin ada promosi lain, tak tahulah...

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...