Tuesday 14 August 2012

Persiapan raya ala kadar

Assalamualaikum wbkt...

Lama rasanya tak menjenguk rumah sendiri. Rumah kawan-kawan apatah lagi... Maaflah.. Sabtu ni kita dah raya. Persiapan raya sebenarnya dah lama buat, seminggu sebelum puasa lagi. Bukan nak beraya sangat, tapi memberi peluang kepada diri sendiri untuk membuat keluarga gembira menyambut Aidilfitri... Feel nak raya sebenarnya dah lama hilang... sejak saya kehilangan ABAH dan MAK... sejak itu, raya tak bermakna lagi buat saya. Menyambutnya sekadar ala kadar sahaja. Tapi, saya gagahkan jua rasa gembira itu buat adik-adik, suami dan anak tersayang. Mereka berhak untuk itu...

Baju Melayu untuk suami dan Hakim dah beli di PKNS, Shah Alam, alhamdulillah saiz dan warna pun senang nak cari (tahun ni tema keluarga warna kelabu)...  Kasut, sandal, jeans dan tshirt dua beranak tu pun dah selamat beli di Mid Valley... kebetulan memang saya wajib beli sebab baju dan seluar Hakim yang lama dah tak muat untuk dia... itu yang saya borong sakan tu...

Untuk diri sendiri..? Eemmm... biasa-biasa je, baju kurung saya pula dah tempah awal lagi, dan dah dipakai pun ke pejabat! Memang tak ada baju raya pun! Biskut raya? Itulah... bila dah tak ada ABAH dan MAK, memang tak ada rasa nak membikin biskut raya... main tunjuk-tunjuk je... sedia je duitnya. Memang setiap tahun saya akan beli biskut raya dengan agak banyak... bukan untuk diri sendiri pun tapi untuk orang lain juga... yang berhak dapat... itu je yang mampu, nak bagi duit, bukanlah orang berada tapi bagi sesuatu yang orang boleh rasa nikmat rezeki yang sebenarnya ada dalam rezeki kita itu... bagi saya tak luak pun kalau kita berkongsi rezeki kan? Alhamdulillah, saya rasa satu kepuasan bila berkongsi nikmat yang Allah SWT pinjamkan itu, bukan milik kita pun, tapi DIA yang punya...

Menjelang raya ni, apatah lagi bila lagu raya berkumandang, hati saya makin sayu... terkenangkan orang yang telah tiada.... cemburu juga bila kawan-kawan balik kampung jumpa mak dan ayah, tapi saya balik hanya menjenguk pusara mereka... tidak berpeluang lagi mengucup dahi dan tangan insan yang membesarkanku...

Al-Fatihah untuk mereka..

Ya Allah, ku mohon kuatkan semangatku demi adik2, suami dan anakku...  

"Selamat hari raya Aidilfitri buat pembaca yang sudi singgah...
mohon maaf zahir batin"

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...