Wednesday, 27 March 2013

Jenguk rumah orang

Assalamualaikum...
Bersarang penuh habuk dan debu rumah sendiri. Rumah orang langsung tak jengah. Emmm... hari ni saya lawat satu persatu rumah kawan-kawan. Lama tak ikuti perkembangan dia orang. Rindu sangat dengan coretan mereka. Hal-hal kekeluargaan, persahabatan, aktiviti masa lapang (terutamanya orang pencen), masak-memasak ..... hehehehh... saya sangat bahagia bila membaca catatan-catatan tersebut. Sebenarnya, kita dapat berkongsi rasa dan pengalaman hidup. Yang baik kita jadikan panduan. Saya dapat rasakan yang kita sangat bahagia dengan kehidupan masing-masing. Cerita kita berbeza, tapi perbezaan itulah yang akan kita kongsikan bersama-sama. 
Saya? Bila pulak nak mencoret ye.... sekarang ni saya baru ada mood nak menulis. Tak tahulah apa kena dengan penyakit 'M' saya yang agak keterlaluan sejak akhir-akhir ni. hehehehhh.... kalau diikutkan banyak yang saya nak berkongsi cerita tapi itulah.... tak boleh nak buat apa kalau dah malas. Saya selalu mengeluh dengan suami, kenapa penyakit malas saya ni teruk sangat. Suami dengan selambanya cakap.... "ikut sangat rasa malas, itu sebabnya. Kita boleh control sendiri..." toing toing toing... betul sangat2 la apa yang suami cakap tu... Semuanya bergantung pada diri sendiri.  
 
 

2 comments:

  1. Salam Sue,

    Rajin-rajinkan diri Sue, nak juga Mak Aji tau cerita kat ofis tu!!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Mak Aji.
    Itulah, kalau ikut ada je cerita yg blh dikongsi. Insya-Allah, lps ni kena rajin. Huhuhuuu

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...