Wednesday 24 April 2013

Akhirnya..

Assalamualaikum,
Lama sungguh tak mencoret. Tapi, entri kali ni benar-benar buat saya sedih, perasaan yang bercampur baur. Rasa gembira, sedih, risau, gundah gulana. Hanya doa yang dimohon kepada Allah SWT agar segala perancangan berjalan dengan lancar. Apa ceritanya? hehehehh....

Tiga minggu lepas (lebih kurang) adik nombor dua yang tinggal di Kota Bharu menghubungi saya dan berkata..."Kak Yati... balik tak masa mengundi nanti?"... "Bakponyo?"saya tanya dia balik. "hehehehh... ado oghe nok risik aku 3 mei tu".... oh, saya terdiam dan lepas tu terus terkeluar Alhamdulillah... akhirnya Allah makbulkan juga salah satu doa saya.  Adik saya itu terus bercerita, dari nadanya saya tahu yang dia lagi gembira.. tak boleh nak gambarkan perasaanya.  Pertemuannya dengan bakal suami; hanya ringkas dan sangat pantas. Selepas seminggu berkenalan, terus dia lamar adik saya itu. Teringat pula kisah saya dan suami, hanya berkenalan 3 hari, dia lamar saya! Sebenarnya, bakal suaminya tu kawan kepada kawan rapat adik saya dan juga kawan baik kepada kawan saya di UPM (editor di Utusan Publishing). Kecil sungguh dunia ni kan... Subhanallah, itulah perancangan hebat-Nya! Ok, berbalik cerita adik saya. Setelah solat istikharah beberapa kali, akhirnya adik saya bersetuju dan perancangan mula diatur. Dikhabarkan berita kepada adik beradik, nenek, mak long, pak long, mak ngah, cik yen, cik la, cik su dan beberapa orang sepupu. Al-maklumlah, kami sudah lama jadi 'yatim piatu'... siapa lagi yang nak diharapkan, selain daripada mereka. Hal-hal 'orang tua' ni, lagilah pulak.... walaupun saya sebagai anak sulung merangkap mak dan abah... terpaksalah juga saya serahkan kepada mereka yang arif. Nanti lain jadinya, orang berpantun, kita bersajak pulak! hehehehh.....
Adik saya kata, dia tak nak bertunang pun dan cincin yang diberi oleh pasangan hanya sebagai tanda sahaja. Iyelah, orang kata kalau masa bertunang pun macam-macam hal yang berlaku, darah tengah manis. Macam-macam cabaran dan godaan kan. Apa sahaja boleh jadi. Doa supaya adik dan bakal suaminya itu terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.  
Di pejabat pula, hanya rakan terdekat sahaja yang saya maklumkan (ramai yang tak tahu yang saya ada blog!) Rasanya ada beberapa orang lagi yang akan saya bagi tahu. Tak nak kecoh-kecoh sangat....

Insya-Allah, kalau diizinkan Allah SWT, 3 Mei 2013 (Jumaat) minggu hadapan, pihak rombongan lelaki akan datang dan buat 3 perkara sekaligus; berkenalan sesama ahli keluarga, merisik (hantar cincin tanda) dan menetapkan tarikh nikah. Saya mohon doa dari teman-teman yang sudi membaca entri ini, doa supaya dipermudahkan segala urusan. Jazakallah!

gediks




p/s: Cerita yang seterusnya akan saya masukkan selepas kejadian 3 Mei nanti....hehehehh

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...