Assalamualaikum, selamat malam... Sempat lagi nak menambah entri malam-malam ni ye. Cerita biasa-biasa sahaja. Aktiviti hujung minggu. Sepatutnya kami rancang nak bercamping di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Tapi ada pula hal yang tak dapat dielakkan. Adik saya yang kedua, Lini dan Hapih (suami) pun nak ikut juga. Akhirnya tak jadi. Lepas tu, plan pula nak berkelah di Kalumpang Resort di Kuala Kubu Bharu, dah tanya cik google, tengok gambar dari blogger yang dah sampai di sana. Macam best je. Saya pun telefon tuan punya resort dan dah booking pun wakaf untuk kami berkelah. Punyalah excited... dah fikir nak masak apa untuk makan di sana nanti. Balik je dari pejabat, rasa badan penat semacam. Letih dan kepala pun dah toing toing... Tapi sempat juga rebus daging dan masak sedikit untuk makan malam. Cakap dengan suami, saya macam tak ada mood je nak pergi esok. Last-last telefon Lini dan dia pun sama juga. Penat! Aduii.. akhirnya kami tak jadi la nak berkelah...
Apa pula aktiviti hari ni? Lepas solat Subuh, saya tidur balik (heheheh... tak baik kan). Tengok-tengok suami saya dah keluar. Katanya nak panjat Bukit Broga. Pukul 9 pagi baru bangun... huhuuu... nasib baik dah kahwin, kalau tidak memang tak ada orang nak kat aku... anak dara bangun lambat! Siapa yang nak buat menantu.. kihkihkih...
Lebih kurang pukul 2 petang, Lini sekeluarga datang rumah. Kami makan tengah hari bersama-sama. Lepas Asar pula, kami keluar makan angin di Putrajaya... Ke mana? Ke Masjid Putrajaya.. bila sampai, ramainya orang. Kereta jangan harap dapat parking. Di luar kawasan masjid memang selalu menjadi tumpuan terutamanya kanak-kanak... ibu bapa membawa anak-anak mereka bermain roller blade, berbasikal, tiup belon buih dan naik motor khas untuk kanak-kanak. Jom layan gambar dulu...
|
Hariz dan ipad, berpisah tiada..hehehehh |
|
Meriah sangat! |
|
Teringinnya nak main roller blade tu, tapi apakan daya... memang tak berdaya pun! huhuhuhu... |
|
Cantik kan matahari terbenam... ishh.. kalau tepi pantai lagi cantik! |
|
Sebab tu saya tak nak main roller blade tu... kalau saya jatuh memang tak bangun dah! |
|
Pinjam basikal Hariz.. basikal Hakim tak bawa |
|
Muka tension sebab tak pandai kayuh basikal |
|
Pak Ngah... tolong Hakim....!!! |
|
Amboi... kalau macam ni bila Hakim nak pandai kayuh basikal! |
|
Geram tengok Nur Jannah... kalau bawa berjalan.. eemmm memang suka sangat la. |
|
Apa Jannah dan Mama tengok tu?
|
Itulah cerita yang tak best pun.. saja nak berkongsi. Apapun terima kasih kepada yang sudi membaca. Insya-Allah kalau ada mood rajin, akan ada entri seterusnya.. hehehehh...
No comments:
Post a Comment