Friday, 29 May 2015

Hari Terakhir Persekolahan

Assalamualaikum... 
Hari ini hari terakhir persekolahan semester 1. Sekolah akan bercuti dua minggu. Hari ini juga merupakan sambutan Hari Guru sekolah Hakim. Petang semalam, saya singgah di kedai cenderamata untuk membeli cenderamata kepada guru-guru yang mengajar Hakim. Sepatutnya, anak yang excited pilihkan hadiah, tapi dah terbalik pula,  Mami yang rasa teruja. Hakim buat tak tahu je... huhuuu.. Untuk jamuan kelas, saya dah order mihun goreng je (nampak sangat tahap 'kerajinan" saya ye..).. 
Nak dijadikan cerita, masa ambil Hakim dari sekolah petang semalam tu, dia ada tunjukkan saya tangannya macam ada bintik-bintik merah (macam ruam).. katanya gatal. Saya dah mula rasa bimbang. Suami kata mungkin campak. Malamnya, Hakim tak boleh tidur sebab tak selesa.. menggaru-garu, gatal. Dalam hati, nampak gaya macam Hakim tak boleh pergi sekolah kalau macam ni... Tak berani saya nak biarkan dia ke sekolah. Risau keadaan lebih teruk. Nak tak nak, terpaksa juga saya ke sekolah untuk hantarkan hadiah hari guru tu dan ambil mihun goreng yang telah dipesan. Kebetulannya pula, pagi ni saya terpaksa menghadiri mesyuarat peringkat bahagian. Rasa tak sedap kalau tak pergi. Terpaksalah saya bawa Hakim sekali. Boleh juga bawa dia ke klinik yang dekat dengan pejabat. 
Masa saya tengah mesyuarat, Hakim mengadap komputer bukunya (laptop), tengok Upin Upin dan kartun kegemaran. Eemm... "good boy" la.. Habis mesyuarat, saya tengok macam dah nak hilang bintik-bintik tu. Kata seorang kawan, bagi dia minum air kelapa muda, insya-Allah akan hilang. Kalau boleh cari daun semambu (kisar bersama-sama beras yang telah direndam untuk dijadikan bedak dan sapu pada badan) untuk lagi cepat baik... eemm... alhamdulillah, dia pun tak lah demam. Patutlah, sebenarnya dia memang dah demam dua tiga hari sebelum ni... rupanya nak kena campak. Tapi, alhamdulillah... aktif sangat la pula.. Tak percaya? Cer tengok gambar...

Memang tak macam kena demam campak kan?

Dah boring, kotak pun dibuat mainan.


p/s : Psssttt... Hakim cakap, dia lagi suka kalau dapat ikut Daddy ke pejabat. Internet laju!

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...