Assalamualaikum wbkt...
Semoga semua pembaca (eh..ada ke pembaca blog nih?)..hehehh.. sihat sejahtera selalu hendaknya. Alhamdulillah.. empat hari bercuti panjang bermula dari hari Jumaat (1 Mei), Sabtu dan Ahad (3 Mei) merupakan Hari Wesak, di bawa pula ke hari Isnin.. eemm.. Hari ini (5 Mei) dah mula kerja. Hakim liat je nak ke sekolah. Mami pun apa kurangnya, liat jugalah. Apapun, cerita sepanjang cuti tu tak ada yang istimewa pun. Kami tak pergi cuti-cuti Malaysia pun... seminggu sebelum bercuti panjang tu ada juga rancangan nak ke Cameron Highlands bersama-sama adik-beradik, tapi macam dah tahu je semua hotel, apartmen, inap desa (homestay) dan yang sewaktu dengannya mesti dah penuh. Eeemm... ada juga call, tapi harganya mak aii.. mahal betul. Ok, tak apalah. Rasanya pun kalau ke sana, memang sesak teruk... heheheh (ayat nak sedapkan hati).. Hari Jumaat, suami dan Hapih (adik ipar) pergi camping kat Kuala Kubu Bharu.. apa lagi... di Chiling la... saya teringin juga nak ikut serta tapi macam tak ada mood. Jadi, saya dan Hakim lepak je di rumah. Keluar jalan-jalan di Mines bersama-sama Lini, Nana dan Nani. Seronok melayan anak saudara, Nur Jannah.. heheh. Ok, malamnya pula saya buatkan pulut durian dan serawa durian untuk memenuhi hajat adik kembar saya yang teringin nak makan durian... Jom, layan gambar..
|
Pulut durian |
p/s : Saya guna santan kotak je. Tak payah susah-susah nak perah santan. Hehehe... tak berapa nak rajin sebenarnya.
|
Serawa durian |
p/s : Serawa durian ni kegemaran Hakim. Boleh dimakan bersama-sama pulut, roti, roti jala atau roti canai.. saya pun suka ni. Tapi, tak boleh makan berlebihan... lemak tu... hehehehe....
p/s : harga 'raja buah' ni memang mahal. Mentang-mentanglah belum musim. Durian kunyit yang saya beli di Balakong ni harganya RM20 sekilo! Nak melayan anak tekak punya pasal... hulur je lah duit tu... huhuuuuu...
|
Hakim ralit dengan permainan lego yang Che Su Nana belikan. |
|
Nur Jannah ni memang buat Mami geram nak gigit! |
Tamat.
Terima kasih kerana sudi menjengah!
haruslah saya pembaca setia mamihakim! ;-))
ReplyDeletesedak sungguh durian nih! terliur weih!!
Na, hehehehh... malunya.. Sesekali berblog. Bukan rajin sangat pun. Jom, beli buah duye.. eemmm... Kak Su tak puas makan lagi nih!
Delete