Monday, 7 March 2016

Boboiboy The Movie

Assalamualaikum, selamat pagi, salam sejahtera dan semoga semuanya Allah SWT kurniakan yang baik-baik sahaja. Awal pagi Isnin ni saya dah tercongok di depan komputer. Dua hari cuti. Perkara pertama yang saya buat ialah semak e-mel yang masuk. E-mel yang berstatus penting, mana yang utama itu perlu dijawab segera. Heheheh... alhamdulillah, semuanya selesai. Jadi, entri apa nak cerita kali ni ye.... eeemmm... ok, sekarang ni dok sibuk cerita animasi Boboiboy The Movie yang baharu sahaja dimainkan di pawagam pada 3 Mac 2016 yang lalu. Si Hakim bukan main lagi dok sibuk mengajak saya dan suami pergi tengok. Jadilah kejadiannya pada Jumaat lepas (4 Mac). Tapi saya tak ikut. Hehehehh... cerita hindustan Dilwale yang top meletop tu pun saya tak p tengok.. inikan pulak tengok cerita kartun... hahahahh.... Hakim pergi je dengan daddy dan juga Uweis (sepupu saya) dan pakcik saudara. Berempatlah. Tengok di Quill Mall. Jadi, layan je gambar Hakim bersama-sama Boboiboy dan Yaya..

Terkepit... hehehehh

Seronok Hakim dapat jumpa Boboiboy dan Yaya

Poster

4 comments:

  1. wah seronoknya akim, nak kena bawak kembar jugak ni..ihihi...

    pstt tk pernah p quill mall, alik mana gak quil mall nih? hahha

    ReplyDelete
  2. hehehh... kena bawak blako la Na... cerita budok2. Abe Kak Su kata bolehlah tahan.. belah2 kat area kg baru jah. Dekat pejabat jobstreet. kalu ado waze lagi sene.

    ReplyDelete
  3. syoknya hakim siap dapat dapat bergambar dengan boboiboy ngan yaya lagi tu....laaaa kenapa awak tak ikut? kalau saya layan je...hehehhe

    ReplyDelete
  4. Iye... kebetulan hari kedua tayangan movie ni kat Quill City... ada pulak maskotnya datang. Apalagi... excited la dia nak bergambar. Bukan tak nak pergi, kebetulan hari kerja kan... letih pulak nak keluar... huhuhuu

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...