Wednesday 24 May 2017

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!! 
Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Memang bukan jenis yang rajin le kalo dah sekejap ada, sekejap tak ada. Harapnya semua sihat-sihat walafiat. Manalah p ye... ada je ni. Bukannya sibuk pun... buat-buat sibuk. Ada juga jenguk rumah member yang lain. Heheheh... dah dekat nak puasa baru ada :)
Macam-macam cerita suka duka, pahit, masam manis sepanjang saya tidak bersiaran ni. Hal keluarga, kawan-kawan dan isu-isu semasa di sekeliling. Kita ambil je yang baik untuk panduan supaya kita pun tak tersasar. Umur pun dah masuk 40-an, so banyak aura positif je kan.. ok. 

Momen paling bestkan bila dapat nak buah baru. Baby boy yang selamat dilahirkan pada 12 Mei 2017 (Jumaat) di HUKM. Alhamdulillah bersalin normal dan berat baby 3.07kg. Kebetulannya saya bercuti sebab mak mertua, adik ipar dan biras datang dari Sabah. 

Mami a.k.a maklong... bau baby memang ohsem kan!
Nama baby Hafiz Iman bin Hatizal.

*Mami terlebih excited hokey... yahooooo


Comey na... geram ooiiii

Dah 12 hari umur Ilman... tapi kuningnya masih ada sikit-sikit... 

Thursday 16 June 2016

Rumah bersarang

Assalamualaikum wbt.. selamat pagi semua. Lama tak mencoret. Sesekali singgah di rumah kawan-kawan, membaca entri masakan. Maklum sahajalah bulan puasa kan... hehehh. Alhamdulillah hari ni dah sebelas hari umat Islam berpuasa. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Semoga Ramadhan tahun ini membawa kebaikan dan meningkatkan amal ibadah kepada-Nya. Alhamdulillah, waktu berbuka kami sekeluarga ala kadar sahaja, satu atau dua jenis lauk, dan sedikit kuih muih. Hakim pula lebih suka berbuka dengan roti john. Kadang-kadang kalau sempat saya singgah di bazar Ramadhan Bandar Sri Permaisuri. Beli serba sedikit. Suami pun dah pesan jangan membazir. Eeemm... kalau di bazar memang rambang mata, macam-macam nak. Tapi, cuba mendidik hati supaya tak tergoda dek juadah yang pelbagai jenis!

Berbalik cerita sebab musabab lama tak mencoret. Antara sebab:
1. Penyakit 'M' iaitu tak berapa nak rajin.
2. Dua minggu sebelum puasa, suami dimasukkan ke hospital HUKM, suspek denggi atau kencing tikus. Alhamdulillah, hanya 4 hari je. Macam-macam cerita masa ni. Tak perlulah saya bercerita panjang. Kalau dengar sesi berjumpa dengan beberapa orang doktor yang merawat suami tu memang tak lain tak bukan sebab aktiviti hiking, naik bukit turun bukit. Mandi air terjun. Doktor suspek kencing tikus. Mulut ni dah berbuih nasihat. Tak jalan jugak... aduii.. sabar je la.
3. Kebetulan ada seminar yang dianjurkan oleh bahagian, maka agak sibuklah. 
4. Kerja sedikit tertangguh sebab cuti menjaga suami. Tapi buat kerana Allah SWT... hehehhh.. (geram pun ada sebab tak dengar nasihat!). Yelah benda nak jadi kan.. terima je. 

Punyalah panjang ye. Terima kasih kerana sudi membaca. 

SELAMAT BERPUASA

Friday 29 April 2016

Penangan El-Nino

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat yang barakah. Semoga kita sentiasa dalam kasih sayang dan naungan-Nya. Amin.. Sihat ke kawan-kawan? Alhamdulillah. Saya agak kurang sihat sejak Selasa lagi. Badan suam-suam je rasanya, macam nak kena asma pun ada. Dari kecil memang dah ada asma pun. Penyakit keturunan. Dah lama tak kena. Sebenarnya, waktu di pejabat hari tu saya cuba minum air sarang burung. Minum setengah botol je tapi tekak rasa sakit dan perit. Ingat tak ada apa-apa. Mungkin juga tindak balas kot. Malam tu terus kena asma dan kebetulannya pula inhaler dah habis. Jadi, makan ubat ventolin yang kapsul tu je la. Selesema pun dah mula sikit. Esoknya bangun pagi suara langsung tak ada. Alamak... aduiii... sakitnya tekak ni Allah saja yang tahu. Saya ke klinik dan doktor suruh ambil nab (kena sedutlah). Rasa punyalah lega lepas sedut tu... huhuuu...

Adik nurse tolong ambil gambar.. hehehhhe
Lepas ambil nab, jumpa doktor balik. Periksa tonsil, mak aaiiii... besarnya tonsil awak ni. Merah!. Patutlah sakit tekak. Tak pernahlah pulak tonsil saya bengkak. Apapun, dah kena kan. Doktor bagi selambak ubat... dan cuti sakit sehari. Rehat ye, jangan keluar sebab sekarang ni jerebu dan cuaca panas boleh buat lagi sakit. Ok doktor... cantik orangnya dan muda lagi... hehehhh... Masuk hari ni hari ketiga suara tak keluar. Dah macam itik serati dah.. hahahahh... semalam pun tak ada mood nak kerja. Lepas makan ubat selesema dan batuk, mula rasa mengantuk. Tidur sekejap. Kepala pun macam melayang je. Semoga cepatlah saya sembuh... amin... 

Selambak ubat

Monday 25 April 2016

Cerita biasa hujung minggu

Assalamualaikum wbt...
Pejam celik dah hari Isnin. Orang kata 'black Monday'... hari pertama minggu baharu. Dua hari cuti, rasa sekejapnya dah kerja balik. Tak ada cerita menarik pun sepanjang cuti, cumanya keluar jalan-jalan dengan mak saudara sekeluarga. Kami makan-makan di Nu Sentral, tengok wayang cerita Jungle Book. Sebenarnya tak berapa rajin nak keluar. Tapi Makcik La dok ajak. Eeemm... maka lepas Zohor kami berjumpa di sana. Kebetulannya, ada GSC dan cerita pun tak ada yang best. Si Hakim nak tengok lagi sekali Jungle Book, dan tak pasal-pasal saya dan suami pun terjebak sama. Dua kali dah tengok, oklah best juga tengok sebab sinematografinya memang cantik. Pukul 9.30 malam dan habis pukul 11.30 malam. Letih sungguh seharian berjalan, sampai lenguh kaki mak! Esoknya, kami tak ke mana-mana, rehat dan Hakim buat kerja sekolah, saya mengemas rumah, basuh kain dan suami pula tolong gosokkan baju dan lipat kain. Tup tup dah malam. Sekejap je masa berjalan.
Happy Monday!

Sumber Google

Thursday 21 April 2016

Mengata dulang paku serpih

Assalamualaikum wbt... untuk ingatkan diri sendiri, maka terhasillah catatan ini. Kadang-kadang kita merasakan yang diri kita sempurna, dan melihat kekurangan pada orang lain, mengata orang ni salah, orang tu tak betul, orang ni tak buat kerja, orang tu begitu begini. Walhal diri sendiri lebih kurang sama dengan orang yang dikata. Eeemm... rasanya lebih lagi kot. Itulah manusia, sentiasa perhati sekeliling dan akan nampak kekurangan orang. Satu jari menuding orang, empat jari lagi menuding diri sendiri. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih... 
Peace!!


Wednesday 20 April 2016

Motif beli botol?

Assalamualaikum wbt... semoga semuanya dalam naungan kasih sayang-Nya. Ahad lepas saya ke Tesco Paradgm Mall, ternampak botol comel ni di rak clearance stock. Harga sebelum diskaun kalau tak silap saya dekat RM15.00, tapi harga selepas diskaun RM5.00 je. Masa ambil tu terfikir nak letak minyak masak. Sampai di rumah je, baru teringat dah ada bekas untuk minyak. So, ada lagilah tu, tak tahu nak buat apa. Eeemm... suami tanya, saya sengih je. Adalah tu boleh guna suatu hari nanti. Kita simpan dulu ye. Hehehhh..

Cantik tak? Saya suka sangat.

Tuesday 19 April 2016

Indahnya pelangi


Langit cantik seusai hujan
Kita pun akan cantik seusai ujian.
Yang tersurat dan tersirat
Hanya ketentuan dan izin-Nya
 
Rindu nak tengok cantiknya pelangi!


Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...