Monday 14 May 2012

Trip ke Kidzania, Kuala Lumpur

Minggu lepas 8 Mei 2012 (Selasa), CIC ada buat lawatan sambil belajar ke Kidzania, Kuala Lumpur. Amboi... bila Hakim bawa balik surat dari sekolah, bukan main seronok dan tak sabar Hakim dan kawan-kawan nak ke sana. Teacher dia asyik bercerita tempat tu best. Saya pun belum pernah bawa dia pun... pernahlah dengar sebelum ni orang dok sebut-sebut dan ceritakan pasal tempat tu... Bagus juga sekolah anjurkan trip yang bermanfaat sebabnya Kidzania tu tempat kanak-kanak 'berkhayal' bakal profesion yang akan mereka jawat nanti... Pendek kata tentang cita-cita bila dah besar nanti... Macam-macam pekerjaan yang ada, kalau tak silap saya lebih kurang 90 profesion atau pekerjaan. Di Kidzania tu, mereka akan didedahkan seolah-olah mereka betul-betul akan alami tuga-tugas, contohnya, kalau sebagai doktor, mereka akan dipakaikan uniform doktor dan berada dalam bilik pembedahan atau merawat pesakit, kalau pilot pulak kenalah pakai uniform pilot dan siap bawak kapal terbang lagi! Hakim kata, dia bawa kapal terbang warna merah dan putih. Kalau tak silap saya, Air Asia kot.. Nak jadi ahli bomba? Pun boleh... heheheh... siap naik kereta bomba dan beraksi macam ahli bomba tengah padamkan api! Seronok kan? Dan, akhirmya mereka ini akan diberi gaji (duit tipulah, tapi macam betul) dan akan menyimpan duit gaji tu dalam bank... Best tak? Jadi, secara tak langsung, akan menyemai sikap berjimat cermat dan menabung untuk masa depan... eeemmm, satu pengalaman menarik untuk anak-anak.

Wartawan Hakim dan kawan-kawannya

Tu dia Hakim bersama-sama kawan wartawannya... jadi wartawan la pulak ye... Insya-Allah. Mami hanya mendoakan yang terbaik sahaja untuk anak Mami ni.. Wartawan suratkhabar mana tu agaknya... siap keluar berita dalam NST lagi... pakai vest wartawan, macam dah profesional la gayanya tu.

Pereka Cipta Muda

Ni pulak profesion Hakim sebagai pereka kereta, tak tahulah kereta import atau tempatan. Mana-mana pun boleh, asalkan kereta yang direka tu cantik menarik. Hakim jadi pereka kereta Honda la... waahhh... hebatnya anak Mami ni... nanti bagi Mami sebuah ye... Amin.

Sijil Pencapaian dari Dell - Congratulations

Eeemmm... Hakim dah berjaya menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Dell... bagusnya dia. Agak-agaklah rasanya Hakim memang minat sangat berkaitan dengan komputer... anak zaman moden la katakan... semuanya cepat dan canggih je. Suka sangat bila dia bawa balik sijil ni. Bila kat rumah Hakim asyik bercerita pengalaman dia kat Kidzania tu, mungkin lepas ni jika ada peluang nak pergi lagi, tapi kali ni dengan Mami Daddy ye. Rasanya nak bagi dia 'explore' lebih sikit... Hari tu pun sampai pukul 5.30 petang baru sampai sekolah. Sehari suntuk. Memang nampak letih sangat dia, tapi tentu seronok pengalaman kat sana. Jom, ada masa kita bawa anak-anak ke Kidzania!

Salam hormat.

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...