Thursday 16 June 2016

Rumah bersarang

Assalamualaikum wbt.. selamat pagi semua. Lama tak mencoret. Sesekali singgah di rumah kawan-kawan, membaca entri masakan. Maklum sahajalah bulan puasa kan... hehehh. Alhamdulillah hari ni dah sebelas hari umat Islam berpuasa. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Semoga Ramadhan tahun ini membawa kebaikan dan meningkatkan amal ibadah kepada-Nya. Alhamdulillah, waktu berbuka kami sekeluarga ala kadar sahaja, satu atau dua jenis lauk, dan sedikit kuih muih. Hakim pula lebih suka berbuka dengan roti john. Kadang-kadang kalau sempat saya singgah di bazar Ramadhan Bandar Sri Permaisuri. Beli serba sedikit. Suami pun dah pesan jangan membazir. Eeemm... kalau di bazar memang rambang mata, macam-macam nak. Tapi, cuba mendidik hati supaya tak tergoda dek juadah yang pelbagai jenis!

Berbalik cerita sebab musabab lama tak mencoret. Antara sebab:
1. Penyakit 'M' iaitu tak berapa nak rajin.
2. Dua minggu sebelum puasa, suami dimasukkan ke hospital HUKM, suspek denggi atau kencing tikus. Alhamdulillah, hanya 4 hari je. Macam-macam cerita masa ni. Tak perlulah saya bercerita panjang. Kalau dengar sesi berjumpa dengan beberapa orang doktor yang merawat suami tu memang tak lain tak bukan sebab aktiviti hiking, naik bukit turun bukit. Mandi air terjun. Doktor suspek kencing tikus. Mulut ni dah berbuih nasihat. Tak jalan jugak... aduii.. sabar je la.
3. Kebetulan ada seminar yang dianjurkan oleh bahagian, maka agak sibuklah. 
4. Kerja sedikit tertangguh sebab cuti menjaga suami. Tapi buat kerana Allah SWT... hehehhh.. (geram pun ada sebab tak dengar nasihat!). Yelah benda nak jadi kan.. terima je. 

Punyalah panjang ye. Terima kasih kerana sudi membaca. 

SELAMAT BERPUASA

1 comment:

  1. hahha..kita sama, penyakit M, yang dahsyatnya, nk buka blog pun malas kak..huhuhu..

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...