Friday 29 April 2016

Penangan El-Nino

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat yang barakah. Semoga kita sentiasa dalam kasih sayang dan naungan-Nya. Amin.. Sihat ke kawan-kawan? Alhamdulillah. Saya agak kurang sihat sejak Selasa lagi. Badan suam-suam je rasanya, macam nak kena asma pun ada. Dari kecil memang dah ada asma pun. Penyakit keturunan. Dah lama tak kena. Sebenarnya, waktu di pejabat hari tu saya cuba minum air sarang burung. Minum setengah botol je tapi tekak rasa sakit dan perit. Ingat tak ada apa-apa. Mungkin juga tindak balas kot. Malam tu terus kena asma dan kebetulannya pula inhaler dah habis. Jadi, makan ubat ventolin yang kapsul tu je la. Selesema pun dah mula sikit. Esoknya bangun pagi suara langsung tak ada. Alamak... aduiii... sakitnya tekak ni Allah saja yang tahu. Saya ke klinik dan doktor suruh ambil nab (kena sedutlah). Rasa punyalah lega lepas sedut tu... huhuuu...

Adik nurse tolong ambil gambar.. hehehhhe
Lepas ambil nab, jumpa doktor balik. Periksa tonsil, mak aaiiii... besarnya tonsil awak ni. Merah!. Patutlah sakit tekak. Tak pernahlah pulak tonsil saya bengkak. Apapun, dah kena kan. Doktor bagi selambak ubat... dan cuti sakit sehari. Rehat ye, jangan keluar sebab sekarang ni jerebu dan cuaca panas boleh buat lagi sakit. Ok doktor... cantik orangnya dan muda lagi... hehehhh... Masuk hari ni hari ketiga suara tak keluar. Dah macam itik serati dah.. hahahahh... semalam pun tak ada mood nak kerja. Lepas makan ubat selesema dan batuk, mula rasa mengantuk. Tidur sekejap. Kepala pun macam melayang je. Semoga cepatlah saya sembuh... amin... 

Selambak ubat

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...