Monday 25 April 2016

Cerita biasa hujung minggu

Assalamualaikum wbt...
Pejam celik dah hari Isnin. Orang kata 'black Monday'... hari pertama minggu baharu. Dua hari cuti, rasa sekejapnya dah kerja balik. Tak ada cerita menarik pun sepanjang cuti, cumanya keluar jalan-jalan dengan mak saudara sekeluarga. Kami makan-makan di Nu Sentral, tengok wayang cerita Jungle Book. Sebenarnya tak berapa rajin nak keluar. Tapi Makcik La dok ajak. Eeemm... maka lepas Zohor kami berjumpa di sana. Kebetulannya, ada GSC dan cerita pun tak ada yang best. Si Hakim nak tengok lagi sekali Jungle Book, dan tak pasal-pasal saya dan suami pun terjebak sama. Dua kali dah tengok, oklah best juga tengok sebab sinematografinya memang cantik. Pukul 9.30 malam dan habis pukul 11.30 malam. Letih sungguh seharian berjalan, sampai lenguh kaki mak! Esoknya, kami tak ke mana-mana, rehat dan Hakim buat kerja sekolah, saya mengemas rumah, basuh kain dan suami pula tolong gosokkan baju dan lipat kain. Tup tup dah malam. Sekejap je masa berjalan.
Happy Monday!

Sumber Google

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...