Thursday 26 July 2012

Ungkapan... "sahabat terbaik"....

Assalamualaikum wbkt...

Kali ini saya ingin berkongsi rasa gembira tatkala di laman FB saya terbaca komen seorang kawan lama yang berbelas tahun dahulu bersama-sama berhempas pulas dan bersengkang mata untuk memperoleh segulung ijazah. Komennya itu membuatkan saya terharu sebab sebelum ini tidak ada seorang kawan pun yang menganggap saya sebagai kawan karib, kawan sejati, kawan terbaik atau apa sahaja istilah yang seangkatan dengannya. Rasa terharu dan sangat menghargainya. Bagi saya, istilah rakan karib itu sangat mendalam maknanya. Apa sebenarnya ciri-ciri 'sahabat atau kawan karib'? Mungkin terlalu luas pengertiannya. Pada pandangan peribadi, kawan karib itu ialah kawan yang paling rapat dengan kita, sentiasa berkongsi apa sahaja cerita peribadi, rahsia atau tidak, selalu mengambil berat, bertanya khabar, sewaktu senang dan susah diharungi bersama-sama, tiada istilah 'kawan makan kawan', dan sesetengahnya pula dianggap sebahagian daripada ahli keluarga. Apa pula pendapat pembaca?

Ihsan : Google

Kita akan berkawan dengan sesiapa sahaja, walau di mana kita pergi pasti akan ada kawan... tambahan pula saya ni suka beramah mesra dan mudah untuk berkawan. Siapa kawan karib saya? Eemm... susah juga mencari jawapan... mungkin saya tak perasan agaknya... Saya mengaku yang saya bukanlah seorang kawan karib kepada kawan yang lain. Saya langsung tidak mempunyai ciri-ciri seorang kawan baik. Bukanlah bermaksud saya 'kawan makan kawan'... tapi sebab saya rasa saya tak layak langsung untuk menjadi 'kawan baik'. Sebab apa? Banyak sebabnya... Pertama, saya bukan selalu bertanya khabar kawan yang lain, namun, ingatan tu tetap ada. Kedua, bukan selalu berkongsi cerita rahsia, apatah lagi hal-hal peribadi. Saya takut juga dicap sebagai 'busy body'... Ketiga, mungkin saya jarang menghargai kawan, sebagai contoh ketika hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, saya jarang ingat. Jangankan nak bagi hadiah, tarikh istimewa pun tak ingat! Keempat, saya hanya kenal ahli keluarganya biasa-biasa, ada tu kenal hanya mak dan ayah je... adik beradik yang lain langsung tak kenal. Saya rasa ada orang lain yang kenal seluruh ahli keluarga kawannya. Wahhh... hebat kan? Itu memang kawan baik. Kelima, kadang-kadang saya anggap orang lain sebagai kawan baik, tapi ntah-ntah dia pun tak anggap kita kawan baik dia.. (syok sendiri la tu...heheheh)...  Keenam, saya bukanlah orang berada yang banyak fulusnya, dan saya tidak dapat membantu pun jika kawan saya ada masalah kewangan. Saya rasakan itupun penting sebab kawan baik akan dapat membantu kawannya jika dalam kesusahan! Betul tak? Tak nafikan yang saya ramai kawan.. Di pejabatlah saya rasa ramai kawan.. tempat kita mengadu masalah, bila keliru kita akan luahkan kepada kawan yang hampir dengan kita. Tapi, bagi saya, bukan semua.. mungkin seorang dua sahaja.
Teman yang menganggap saya kawan terbaiknya itu sebenarnya memang seorang yang pendiam. Secara peribadinya, saya hanya kenal dia semasa tiga tahun di kampus, 14 tahun yang lalu. Kami jarang bertegur sapa, hanya membalas-balas senyuman sahaja. Tapi, Allah SWT itu Maha Kaya... mempertemukan kami semula setelah tiga tahun terpisah selepas konvokesyen pada tahun 2000. Pada 2003 kami bertemu dan menjadi rakan seperjuangan di sebuah organisasi yang sangat gah! Sejak pertemuan itu, kami menjadi rapat dan saling bertukar pandangan. Banyak cerita sedih, suka duka yang kami kongsikan bersama-sama. Dan, terus terang saya katakan sebenarnya kisah sedih dirinya membuatkan kami rapat. Kini, walaupun jarak memisahkan kami, dia tetap ingin berkongsi cerita-ceritanya dengan saya. Bukanlah menganggap diri saya ini seperti kaunselor bertauliah... sedikit pun tidak. Tapi, sebagai kawan apatah lagi di saat-saat kedukaannya dan kesakitannya, saya rasakan satu tanggungjawab untuk membuatkan dirinya tidak lagi sedih dan menganggap semua yang berlaku adalah ketetapan dari-Nya. Saya sangat percaya, kawan saya itu memang seorang yang sangat tabah dan kuat semangat! Semoga, Allah SWT merahmatinya... Amin. Dan, sebagai kawan terbaiknya, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik buat dirinya. Insya-Allah...
Saya sangat menghargai kawan-kawan walau di mana mereka berada... kawan semasa kecil, waktu remaja, kawan sekolah, kawan di universiti dan kawan di pejabat dan semua yang mengenali saya... Saya amat menghargai kalian dan setitip doa untuk mereka, Insya-Allah akan saya panjatkan kepada Yang Maha Esa... Terima kasih juga kepada FB, tanpanya saya tidak akan berjumpa semula dengan kawan-kawan lama!


5 comments:

  1. Bagi saya kawan baik tidak semestinya sentiasa bersama tetapi dia sentiasa ada bila kita memerlukan.Dia tidak perlu ada duit yang banyak tetapi dia punya hati emas.a golden heart. Dia menerima kita seadanya kita.Bersama kita pada waktu senang dan susah kita.
    Bagi saya, awak adalah salah seorang kawan baik saya walaupun awak selalu tak ingat saya, walaupun awak makan tak ajak saya, walaupun awak pergi shopping lupakan saya. Saya tetap sayang awak dan hargai awak sebagai kawan baik saya. :-)

    ReplyDelete
  2. Aida, terima kasih atas kasih sayang itu. Dalam entri saya, hanya ada seorang dua sahaja kawan yang saya boleh 'bergosip', dan saya rasa bertuah sebab pilih awak... Mana boleh lupa kat awak... sebab awaklah kawan pertama saya masa saya datang melapor diri bertugas kat sini.... Awak bz women mengalahkan bos... sebab tu tak ajak... bila awak ajak saya makan pulak, memang dah full tank... wrong timing, heheheh... apapun, thanks for being my best friend & luv u too... sentiasa ingatmu dalam doaku :)

    ReplyDelete
  3. he he, seronok baca entri awk berdua ni!! Sapa pulak nak kawan ngan kita yg jauh di mata ni, walaupun dekat di maya?? Kita semua kawan ek!! he he.

    ReplyDelete
  4. sue : saje usik awak pasal makan semua tu. saya pun selalu bawak bekal dari rumah sebenarnya...tak ambil hati pun...:-)

    ummu madihah : saya tak nak kawan akak...hehehehhee...biar jauh di mata janji dekat di hati kak.:-)

    ReplyDelete
  5. Kak Shimah, mana boleh tak kawan nanti siapa nak jadi supplier betik muda nanti! hehehehh... :) nasib baik ada blog & FB... jangan bersarang sudahlah...

    Aida : hehehh... no hal la.. :)

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...