Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua pembaca...
Hari ni dah masuk 13 Ramadan 1434. Bermakna sudah 13 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah... Harapnya amal ibadah yang kita laksanakan pada bulan yang penuh barokah ini diterima Allah SWT hendaknya. Tahun lepas CIC ada menyediakan jadual berpuasa kepada pelajarnya mengikut umur dan jam. Tahun ini pula disediakan buku diari Ramadan kepada setiap pelajar. Dalam diari, pelajar perlu menandakan apa aktiviti atau ibadah yang dilakukan di sekolah dan di rumah. Alhamdulillah, sehingga semalam, enam hari Hakim berpuasa. Kelakar pulak bila tengok gelagat dia terutamanya bila dah nak dekat waktu berbuka. Kesian juga tengok dia letih, sebab waktu bersahur makan setengah roti canai cicah susu dan minum susu coklat je. Tapi, nasib baik dia senang bangun sahur, tak meragam. Kadang-kadang tu, ada juga dia minta saya atau Daddy buatkan susu. Yang paling saya geram, ada setengah jam je lagi nak waktu berbuka, dia minum vitagen! Hahahah... memang Mami fire la kat dia. Kita tengah sibuk goreng karipap, dia diam-diam buka peti ais. Hakim... Daddy senyum je. Sabar je la Mami. Waktu berbuka, antara menu yang dia suka, karipap dan milo ais. Tak banyak pun dia makan, tiga atau empat biji. Nasi, memang tak makan. Apapun, saya dan suami bersyukur sebab Hakim dah boleh berpuasa, walaupun tak penuh sebulan, tapi alhamdulillah, itu satu permulaan yang baik. Harap-harap tahun depan dapatlah puasa penuh.
Sampai terguling-guling... hehehehh |
Takpe awak pelan-pelan. Yang penting ada peningkatan setiap tahun kan?! Tahun depan mesti Hakim dapat puasa penuh.
ReplyDeleteYe la awak... alhamdulillah. Itu pun dah suka sangat. Mudah-mudahan... Amin :)
ReplyDelete