Thursday, 28 May 2015

Pasar Ikan Kota Kinabalu

Assalamualaikum, apa khabar kawan-kawan...
Entri kali ini nak cerita pasal beli seafood. Pada 7-11 Mei yang lepas, saya ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Flight balik ke KL tengah hari 11 Mei tu. Kebetulannya pula, hotel yang saya menginap dekat sangat dengan pasar basah KK. Ambil peluang, pagi tu beli seafood yang fresh dan yang sangat best, harga pun murah berbanding kat KL ni. Ikan merah hanya RM45 (dekat 3 kg), udang saiz xxl hanya RM18 sekilo, udang saiz xxl RM8 je... huuu... tenggiri RM18 sekilo je. Banyak lagi yang lain-lain.. memang murah sangat. Memikirkan saiz peti ais (frozen) yang tak berapa besar, saya hanya beli ikan merah, ikan tenggiri, udang saiz xxl dan sotong putih saiz xxl juga. Semuanya dekat 11 kg. Cuma yang agak mahal bab packaging.. mahal sikit. Di pasar tu hanya beberapa orang sahaja yang ada servis membungkus, mereka akan guanakan kotak polistrin yang besar dan akan dimasukkan ketulan ais dan kadarnya pun berbeza mengikut berat. Jom, layan gambar dulu..

Kerang bersaiz besar.

Tak tahu nama ikan

Ikan merah

Udang harimau RM35 sekilo

Ikan yang rare sangat bagi saya

Ketam 

Nampak tak kotak putih tu? Di sini boleh packaging.

Sotongnya memang murah. RM 8 sekilo.
Memang puas hati dapat beli. Saya pun tiga beranak je.. bolehlah simpan lama sikit. Alhamdulillah, selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 5.30 petang. Bila buka kotak, peerrghh... masih elok macam kat pasar pagi tadi. Aisnya je yang dah cair sikit... Apapun, saya takkan lepaskan peluang jika ada kesempatan lagi..

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...