Assalamualaikum para pembaca yang baik hati..
Pada 25 Mei 2015 genap 9 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan, betapa gembira dan bertuahnya dapat memiliki suami merangkap abang, kawan baik, imam solat yang sangat bertanggungjawab (walaupun kurang keromantisannya.. heheheh), dan juga daddy Hakim yang penyayang mendidik anakanda yang seorang tu.. Terima kasih kerana menerima saya seadanya... saya yang suka membebel pot pet pot pet, kadang-kadang moody tak tentu arah, yang kuat makan...hahahah...tapi alhamdulillah, suami begitu sabar melayani karenah saya. Suka duka bersama-samanya dalam melayari hidup berumahtangga umpama asam garam yang merupakan saat yang sangat manis untuk saya kenang. Kenal hanya tiga hari, suami lamar saya untuk menjadi suri hatinya pada hari keempat! Apa nak dikata, bak kata Ustaz Kazim Elias.. kalau dah jodoh... heheheh... Saya berdoa, semoga ikatan suci ini akan kekal hingga ke Jannah Ilahi... Amin Ya Rabbal Alamin...
Alhamdulillah k.sue, kalau Dia berkehendakkan kita, masa tu jugaklah dia dia bagi rezeki kat kita, tak kira dlm apa bentuk sekali pun, tahniah k.sue.... selamat menjalankan tugas...
ReplyDeleteselamat hr ulang tahun juga! moga kekal bahagia di samping family tersayang.
Alhamdulillah, terima kasih Diana.. syukur finally dpt jugak deh.. hehehh... betul tu, Allah SWT bukan hanya berikan rezeki dengan naik pangkat, tapi anak-anak yang sihat, berjaya, keluarga bahagia, sihat tubuh badan dll.
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi..