Friday, 26 February 2016

Overnightoat

Assalamualaikum... taraaaa... saya datang menepek hari ni. Sekarang ni tengah waktu santai sebab hari Jumaat waktu rehatnya panjang sikit. Jadi rasanya mood rajin nak menconteng. Ada saya cerita tentang nak sihat kan? Dah join aerobik, dah kurangkan makan, dan sekarang ni menu sihat pula. Apa tu? Tadaa... jom layan gambar jap...

Overnightoat 1

Hahahah... jangan gelak ok. Sebab saya dah terjebak dengan menu ni. Dah lama dah tapi saya je yang baru tahu, Sebelum ni memang payah nak telan oat. Tapi sejak kawan pejabat yang rajin membuat, maka saya dengan rasa teruja nak cuba. Ok, masuk hari ni hari ketiga dah dok makan oat bercampur segala bagai... hahaah... nak juga rasa sedap ye. Bahan-bahannya:

Rolled oat (4@5 sudu besar)
Susu segar rendah lemak (setengah cawan)
Yogurt (Greek yogurt Nestle) (2@3 sudu besar)
Kacang (saya guna walnut)
Kiwi filling
Chia seed
Hirisan buah-buahan (epal merah, mempelam, pisang)

*Campurkan rolled oat, susu segar, yogurt dan chia seed. Kacau sebati dan masukkan ke dalam peti ais. Pagi esoknya baru campurkan hirisan buah-buahan, kiwi filling dan walnut.

Saya bawa ke pejabat. Alhamdulillah, makan ni rasa kenyang. Taklah teringat menu makanan yang lain. Harap-harap dapat membantu saya.  
  
Overnight 2

5 comments:

  1. ades, sedap nyoo nyaman tekak sero! Diana pun bru hr ni buat kak..terliur eh tgk puok ni buat..hahha..mmng sdp, kenyang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sungguh Na. Ikut nok boh gapo pung. Sejuk jah tekok deh. Hahahah... konon nak kurangkan makan la nih. Tapi kita tengok sampai bila blh bertahan.. adesss

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya pun dah try banyak buah..tapi fav saya banana + nutella...fuhhhh sedappppp....tapi saya punya version derhaka...saya tak boh yogurt...saya boh susu, rolled oat dengan chia seed + buah jer...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyelah.. memang lagi best kalau letak banana. Lemak-lemak gitu. Ok ke tak boh yogurt? eeemmm... saya rasa boh yugurt mcm boleh makin bam bam kan? Ok, nanti saya nak try letak nutella pulak n without yogurt pulak.

      Delete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...