Thursday 24 March 2016

Aiskrim sumi a.k.a aiskrim Malaysia

Assalamualaikum wbt, selamat pagi dan semoga semuanya sihat-sihat walafiat. Alhamdulillah, hari ni dah hari Khamis, cepat masa berlalu kan. Tak lama lagi dah nak puasa. Ikut calendar 6 Jun 2016 umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa Ramadan. Heheheh... jadinya sesiapa yang belum habis ganti puasa lagi tu.. eemmm... bolehlah buat ye. Saya puasa hari ni. Tinggal tiga hari je lagi. Semoga mudah semua urusan ya... Ok, apa nak cerita sebenarnya ni? Tak ada cerita menarik pun. Cerita pasal aiskrim sumi lah nak? Dah viral pun aiskrim ni, di blog, facebook, macam-macam dia orang buat, cara masing-masing. Ada yang campur buah-buahan, jeruk dan pelbagai lagilah. Siap ada yang jual lagi. Alhamdulillah, boleh berkongsi rezeki ye. Saya ni bukanlah peminat aiskrim sebenarnya, tapi bila dah viral tu tiba-tiba teringat pula masa zaman budak-budak dulu suka sangat makan asikrim Malaysia ni. Arwah mak selalu buat, aiskrim milo, bandung, jagung dan yang best bubur kacang hijau. Masa tu sebatang pun tak cukup. Ada pulak yang menjual aiskrim jeruk, asam boi merah tu... alamak.. sedapnya! Sekarang ni umur dah nak masuk 40 series ni taklah rasa nak makan sangat, tapi sesekali bila dah viral tu teringin pulak nak buat untuk Hakim. Jadinya, terjadilah aiskrim sumi. Eeemmm... taklah susah mana nak buat.
 
 
Aiskrim sumi

1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat
Sumi (saya guna 1 paket je dan dipotong empat)
Air masak
Secubit garam

*Masukkan semua bahan kecuali sumi ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana. Tambah air ikut keperluan. Kacau hingga menggelegak. Kemudian, sejukkan terlebih dahulu dan bolehlah masukkan jeli. Tuang susu ke dalam plastik asikrim perlahan-lahan. Simpan dalam peti ais.

Saya dapat buat 13 batang sahaja. Itupun dah 3 hari buat, tapi ada banyak lagi. Rupanya Hakim tak suka ada sumi jeli tu. Katanya susah nak makan. Aduiii... masa buat tu dialah yang paling suka. Tak sabar nak makan. Dia asingkan sumi tu. Eemmm... lain kali saya akan buat tanpa sumilah untuk dia makan. 
 
Terima kasih kerana sudi membaca entri. Tata titi tutu.... 


No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...