Monday 18 April 2016

Layan cendol

Assalamualaikum, lama rasanya tak bersiaran. Sesekali jenguk juga rumah kawan-kawan. Terjah blog masakan je banyaknya. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Tiada cerita menarik yang nk dikongsi. Musim panas berlarutan lagi. Tapi alhamdullillah, seminggu dua ni hujan juga di KL ni. Negeri yang paling teruk terjejas El-Nino ni seperti Perlis dan Kedah pun dengan izin-Nya dah mula hujan selepas pembenihan awal dilakukan. Eeemm.. dengarnya dah mula catu air sebab beberapa empangan utama dah kekurangan air. Apapun yang berlaku tentu Allah SWT lebih tahu, ada yang tersirat dan tersurat kan... Saya dan keluarga pun apabila musim panas ni kuranglah aktiviti luar. Semalam cuti mingguan keluar jugalah ke Paradgm Mall Kelana Jaya tu. Saja nak jalan-jalan. Masa balik, singgah di Bandar Sri Permaisuri, pekena cendol. Huihhh... sejuk tekak ni... sedap betul cendol mamak ni. Layan...


Cendol biasa je. Tapi macam-macam ada..

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...