Soalan yang tidak
sepatutnya ditanya, “awak dah mandi?”. Namun itulah hakikatnya bahawa tidak
ramai yang tahu apakah kebaikan mandi sebenarnya selain membersihkan di
bahagian luar fizikal badan.
Melayukini.net – Kenapa Kita Perlu Mandi ? | Kenapa ya kita perlu mandi setiap hari.
Soalan macam tak logik kan bila ditanya. Kalau anak kecil, tentu jawapannya.
”Mak suruh mandi. kalau tak nanti kena marah” . atau pun “Nanti pergi sekolah,
cikgu tanya dah mandi belum.. Malunya kalau cakap belum”. hahaha. Namun pernahkah
anda terfikir manfaatnya kepada kesihatan anda. Di dalam Islam pun kita
diwajibkan mandi wajib terutamanya bagi suami isteri selepas bersama.
Tentunya ada manfaat di sebaliknya.
Sebenarnya
pada waktu petang, badan kita menghasilkan banyak haba. Begitu juga di awal
pagi. Dan juga ketika suami isteri bersama. Oleh itu, haba ini perlu
dikeluarkan sebelum ia merosakkan organ di dalam tubuh kita. Mandi
merupakan salah satu cara terbaik mengeluarkan haba ini. Mandi bukan
sahaja menyegarkan tubuh korang, malah memberi kesihatan yang lebih baik.
Terdapat
kaedah mandi yang lebih baik dan lebih menyihatkan. Caranya mudah sahaja. Anda
perlu mula jirus air dari bawah kaki kanan. Seterusnya jirus lagi naik ke atas
sehingga ke bahagian kepala kanan. Kemudian lakukan cara yang sama di bahagian
kiri pula. Ulang lagi sekali lagi. Dan selepas itu barulah mandi seperti biasa.
Rasionalnya
kaedah ini ialah haba di tolak dari bawah ke bahagian atas. Seterusnya haba
dikeluarkan melalui lubang hidung, mulut dan telinga. Kita perlu mulakan di ebelah
kanan kerana jantung terletak dis ebelah kiri. Ok. Jangan lupa lagi mandi ya
setiap hari.
Melayukini.net - Cakap pasal mandi ini. Ada juga di kalangan kita yang tidak mandi
antaranya akibat terlewat bangun ke pejabat, ke kuliah, sekolah dan lain-lain
lagi. Mesti ada pengalaman kan? Hehe. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa
mengekalkan kesegaran tubuh dengan mandi sekurang-kurang 2 kali sehari.
saya mmg suka mandi...hahahahhahaaaa...
ReplyDelete