Assalamualaikum sahabat pembaca (iisshh, ada ke yang nak baca ni?) Lama juga tak bersiaran. Mood kejap ke laut, kejap naik ke darat.. kihkihkih. Bulan ni ulang tahun Hakim yang ke-9. Genap 9 tahun, dah besar nak jadi anak bujang dah. Terbayang-bayang masa mengandung dan melahirkan dia yang keluar ikut "tingkap"... (pembedahan). Alhamdulillah, sepanjang menjaga Hakim, memang dia anak yang baik dan tak banyak karenah. Dari sekolah tadika sampailah sekarang dah darjah 3... Satu-satunya arjuna, buah hati pengarang jantung Mami. Kasih sayang yang melimpah ruahlah. Sampaikan sekarang ni masih tidur dengan saya lagi tau! Bukan dia tak nak tidur bilik lain tapi saya ni yang tak boleh tidur tanpa dia di sebelah saya! Hahahah... poyo sangat eh Mami ni.
Hobi suka bercamping. So, Sabtu lepas (26/3/2016) Dady ajak camping di Sg. Chiling, KKB. Memang port kamilah untuk bercamping ni. Kebetulannya adik kembar saya , Che Su Nana dan Che Su Nani je yang nak ikut. Yang lain ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Saya pun buatlah persiapan, beli kek sebiji (nasib beli kek coklat yang tak byk krim, kalau tak memang cair ehhh), ayam yang dah siap perap di JJ, beras, sardin, maggi, roti dan peralatan memasak yang biasa untuk camping. Sampai Chiling, terus check in sebab dah booking seminggu sebelum tu. Jadi, ambil port yang biasa. Alhamdulillah, tak hujan. Seronok sangat. Tapi air sungai agak kering sebab cuaca panas kan. Kalau tidak di tepi-tepi tu pun air menderu laju. Macam biasa ramai juga yang bercamping, yang datang nak hiking lagi ramai, yang nak berkelah pun ramai. Memang happening sangat. So, Hakim siap dengan kek hari jadi (part 1) hehehehh... layan gambar dulu.
|
Mami & Hakim berendam tak ingat dunia! |
|
Hakim dah bulat |
|
Perut dah berlipat macam Mami |
|
Dady nak ke mana tu?
Tengoklah belakang Hakim... tak pakai baju sampai dah hitam dek panas
Ada kumpulan usrah dari Bangi
Khemah ni besar dan boleh berdiri. Jadi, tak payah terbongkok-bongkok. Boleh solat.
Kawasannya sangat lapang. Tapi kenderaan tak boleh masuk ok.
Sejuk nyaman je walau cuaca panas. Angin pun agak kuat hari tu.
Ni belum renovate sepenuhnya lagi ni.
Hammock. Dady & Hakim memang suka tidur dalam ni. Sampai pagi!
Amboi Mami... mujur pakai set hitam, kalau tak lebaq sungguh.
Aksi Hakim.
Kumpulan camping yang lain.
Cewwahh... gambar edit ni. Nampaklah Mami putih sikit.
Ok, ini cerita part 1 sempena hari lahir Hakim. Nanti ada part 2 pulak. Insya-Allah. Terima kasih sebab sudi menjenguk.
|
No comments:
Post a Comment