Tuesday 12 June 2012

Geli, pengotor, dan dot dot ::::

Seharian di pejabat, sebelum berkemas nak balik, pergi dulu melepaskan 'niat kecil' kat bilik termenung. Eemmm... tertengok kat lantai, serpihan tisu sana sini... tak tahulah siapa punya kerja. Bilik air wanita, sepatutnya cantik dan bersih. Dah banyak kali terpandang, kadang-kadang ada juga tolong ambil dan buang ke dalam tong sampah. Susah sangat ke? Lepas lap, buang ikut suka hati je... pengotor la. Rasa macam nak tampal je tanda amaran.... Orang kata, kalau pengotor kat tempat kerja, macam tulah keadaannya kat rumah atau kat mana-mana je...eeeeiii... geli tau. Islam tu kan indah, kebersihan sebahagian daripada iman...

Ihsan: Google

p/s : Jagalah ia.

4 comments:

  1. kadang2 Sue, org mcm ni kat rmh dia bersih, tau jaga tp kalau tempat lain dia x peduli. Pernah tengok org yg buang sampah melalui tingkap krt? Lebih kuranglah tu, nak krt dia bersih, kat luar kotor takpa!

    ReplyDelete
  2. Awak, perkara yang sama ni berlaku juga di tempat saya. Tisu dekat atas tong belonggok2. Pelik betullah.Sanggup diorang sepah2 macam tu.
    Tapi saya setuju juga dengan kak shima. Wpun perangai macam tu kat tempat kerja tapi belum tentu rumah diorg macam tu. Sebabnya dekat rumah kene kemas sendiri tu yg jaga. Tapi dekat tempat kerja kan ada cleaner. Tu pasal diorng biar je. Sedih tu.
    Apa2 pun janganlah kita jadi sebahagian daripada diorg.

    ReplyDelete
  3. Mak Aji, setuju sangat2. Ada orang kat rumah bukan main jaga kebersihan.. kalau kat tempat lain, sampah depan mata pun boleh buat tak nampak! Teruk betul perangai...
    Aida, kalaulah boleh skodeng siapa punya kerja, nak je saya buat. Tapi tak kuasa la pulak nak buat camtu ek... geram kan. Kita jadilah orang yang pembersih luar dan dalam....

    ReplyDelete
  4. Beberapa kali kak jumpa orang buang sampah semata-mata nak bersihkan kereta mereka. Biasanya di tempat letak kereta (dalam bangunan, padang, R&R) - fikir kereta mereka sahaja yang perlu bersih. Sakit mata (geram) sebab tong sampah telah banyak disediakan...

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...