Thursday 14 June 2012

Kalau tak sebab Abah dan Mak...

Ihsan: iluvislam.com

Pagi tadi semasa memandu kereta ke pejabat, terpandang penunggang motosikal (rasanya si ayah). Di belakangnya pula si anak memakai baju sekolah. Saya agak, dalam perjalanan menghantar si anak ke sekolah....

Air mata mengalir laju tanpa dipaksa, dan segera memori lama bermain-main dalam ingatan, tahun 1987/88... Zaman masa darjah 5 atau 6, saya bersekolah di Sek. Keb. Sungai Rokam, Ipoh, Perak. Setiap pagi arwah Mak mengejutkan saya, memandikan (walaupun dah besar...hehehehh) dan menyediakan sarapan untuk saya dan Abah. Adik-adik bersekolah sesi petang pada masa itu. Abah dengan segak beruniform Tentera Udaranya akan hantar saya ke sekolah dengan menaiki motor... masa tu Abah bekerja di Kem Tentera Udara. Saya akan, dan akan sentiasa ingat sebab Abah selalu membebel-bebel masa bawa motor tu. Eeemmm, masa tu saya rasa cengil sikit sebab selalu kena marah... "Atas motor pun nak marah-marah orang..." Saya merungut-rungut dalam hati, bila saya menjawab, cepat-cepat tangannya memulas cubit paha saya. "Adooii, sakitlah abah...janganlah cubit, malulah orang lain tengok...huhuhuuu". Saya menangis sebab menahan sakit. Sudahlah kena bangun awal pagi, dengan mata yang memang tak boleh nak buka sebab mengantuk yang amat, abah asyik marah-marah... Mesti bersebab kan... ayah dan mak mana yang tak sayangkan anak...

Saya anak sulung, memang banyak perangai yang buat abah dan mak macam bengang dengan saya. Degil semacam, banyak main, keluar dengan kawan-kawan, balik lewat dan kurang semangat nak belajar. Itu sebab, abah marah...

"Abah... kalau tak sebab Abah hantar orang pergi sekolah, marah-marah orang, cubit-cubit dan pulas telinga dan paha orang... dah tentu orang takkan berjaya hari ni...
kalau tak sebab Abah yang kerja cari rezeki untuk orang dan adik-adik, orang dan adik-adik tak jadi sebaik ini pada hari ni...
kalau tak sebab Mak kejutkan dan mandikan orang waktu pagi untuk ke sekolah, dah tentu orang dan adik-adik tak dapat menjejakkan kaki ke menara gading,
kalau tak disebabkan Mak masakkan makanan sedap-sedap untuk orang dan adik-adik, dah tentu orang dan adik-adik lapar...
dan kalau tak sebab PENGORBANAN dan KASIH SAYANG Abah dan Mak, dah tentu orang dan adik-adik tak merasa KEBAHAGIAAN hari ni....

Abah, hampir 12 tahun Abah meninggalkan orang dan adik-adik... dan Mak pula menyusul ikut Abah dan hampir 5 tahun pergi mengadap Ilahi. Tapi percayalah, demi ALLAH SWT orang tak pernah lupakan Abah dan Mak... Abah dan Maklah segala-galanya dalam hidup orang dan adik-adik... segala pesanan, nasihat dan kata-kata Abah dan Maklah yang membuatkan orang dan adik-adik bersemangat untuk meneruskan hidup... walaupun, hakikatnya orang tewas masa menyambung pelajaran peringkat Master... sebab apa? Sebab Abahlah yang menyokong dan memberi semangat supaya orang belajar lagi, dan Abahlah yang menghantar orang ke UPSI untuk sambung Master... tapi kenapa Abah 'pergi' masa orang tengah bersemangat berkobar-kobar untuk tamatkan pengajian tu? Abah, selepas Abah tak ada orang hilang tempat bergantung dan benar-benar patah semangat untuk belajar lagi... dan akhirnya, orang kalah... Bukan orang tak nak, tapi sebab penyokong kuat orang dah tak ada lagi... Orang minta ampun dan maaf sebab tidak memenuhi hasrat Abah tu... 

Hakikatnya, sunyi sungguh rasanya menjalani kehidupan ini tanpa Abah dan Mak di sisi... hanya bertemankan kenangan yang indah dan ingatan yang tak mungkin orang akan lupa... semuanya 'disimpan' sebaik mungkin dalam kotak hati dan ingatan orang... Seusai solat, orang tak lupa bacakan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk Abah dan Mak... itu sahaja yang orang mampu lakukan untuk membalas segala jasa dan pengorbanan Abah dan Mak... Hanya ALLAH SWT yang berhak memberi ganjaran-Nya.

Ihsan: Google

ALHAMDULILLAH, dengan berkat doa, asuhan, jerit perih segala pengorbanan Abah dan Mak, orang dan adik-adik berjaya dan bahagia dengan kehidupan masing-masing. Kalau Abah dan Mak masih ada, mesti Abah dan Mak berbangga sebab orang dah bekerja di sebuah organisasi kerajaan yang gah, Lini pula dah jadi peguam, Boy pun menjawat jawatan kerajaan, Nana dan Nani pula dah kerja di firma swasta yang besar...Orang pun dah ada suami yang baik dan bertanggungjawab dan Abah dan Mak dah ada tiga orang cucu pun! Anak orang namanya Luqmanul Hakim, anak Boy ada dua, Adib dan Auni... dan insya-Allah, seorang lagi cucu Abah dan Mak bakal lahir! 
Orang tahu... Abah dan Mak selalu 'jenguk' cucu-cucu kesayangan kan?....


Abah...
Mak...
Orang sangat rindukan Abah dan Mak....
Ampunkan dari hujung rambut sehingga hujung kaki segala salah silap dan halalkan susu Mak yang mengalir dalam badan orang dan adik-adik....
Al-Fatihah, semoga Abah dan Mak tenang dan damai di sisi-Nya...
Selalu-selalulah balik jenguk orang dan adik-adik... dan cucu-cucu kesayangan yang nakal tu. :)

10 comments:

  1. Sungguh, saya sebak baca kisah k.sue, tambah2 bab ibu bapa nih, sensitif sungguh! saya patut bersyukur ma dan ba saya masih ada, masa dia ada ni lah kita nak tengok dia puas2...selalu jenguk dia...al-fatihah untuk mak n abah k.sue. moga kita dapat jadi mak yang baik mcm mak-mak kita. insya-Allah....

    ReplyDelete
  2. yup... mata kte bergenang baca. jasa mak dan abah pada anak-anak sangat besar. walaupun mak dan abah kte masih ada, tetap tak pernah lupa mendoakan mereka. harap mak dan abah kak su ditempatkan dalam kalangan orang berimaan... :-)

    ReplyDelete
  3. Aduhai Sue, sebak dada membaca entri ini. Senasiblah kita. Mereka yang yatim piatu sahaja yang benar2 dapat memahami situasi kita. Walau bagaimanapun, al-Fatihah untuk ibu ayah kita, sama2lah kita doakan mereka di sana!!

    ReplyDelete
  4. Touching...tp betul ko tak lama lagi mak gn abah akan dapat cucu lagi???hehe

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah utk kedua mereka. Bahagian mereka telah sampai dan syukur kedua mereka punya anak2 yang dapat mendoakan mereka. Bagaimana pula dengan kita?

    ReplyDelete
  6. Su, kbtln entri awak ni saya baca msa saya tgh brperang dgn perasaan sama ada nk blk kg ke x. Bkn msalah besar pn, tp hti tu brbelah bhgi. Tapi bila baca entri awak ni, saya rasa nk blk kg gak minggu ni. Biar la blk sorg pn xpe. Saya rsa rindu sgt kt mak & abah saya... yelah, sementara diorg ada ni kan, klu dh xde, x guna dh nk blk kg... Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku & lembutkanlah hatinya utk blk kg. sob... sob... Al-Fatihah utk sekalian ibu bapa yang telah pergi meninggalkan anak-anaknya.

    ReplyDelete
  7. Sufi, awak balik la jenguk mereka... Kalau diberi semula peluang, saya sepenuh hati akan jaga abah dan mak saya... tapi itu tak mungkin kan? Masa dia org masih ada lagi ni, luangkanlah masa kita untuk bertanya khabar... Nasihat saya, TOLONG BALIK ye...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih pada Diana, Marwati, Mak Aji, Kak Monie, Nani dan Sufi kerana sudi membaca entri kali ni. Terima kasih juga kerana mendoakan arwah Abah dan Mak saya. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik kalian... Amin :)

    ReplyDelete
  9. Sebak hati membaca coretan awak kali ni. Dalam hati rasa bersyukur kerana saya masih mempunyai emak dan abah di sisi dan takut pun ada bila menganangkan kehidupan tanpa mereka. Huhuhuhuu...

    Saya doakan semoga mak dan abah awak sentiasa dicucuri rahmat. Al-fatihah buat kedua-duanya.

    ReplyDelete
  10. Aida, memang sedih sgt... saya kadang2 cemburu bila kawan2 balik kg jumpa mak dan ayah dia orang... time2 puasa dan raya lagilah sebak. Awk, jaga mak dan abah selagi mereka masih ada. Jaga hati sebaik mungkin... Terima kasih atas doa... :)

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...