Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga kalian sihat dan bahagia hendaknya. Cerita apa pula hari ni ye? Wahh... bulan Jun 2013 ni sebenarnya banyak kenangan dan catatan manis untuk saya abadikan dalam blog. Sepanjang saya berkhidmat di DBP, memang jarang melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan. Mungkin disebabkan kekangan kerja-kerja harian yang agak banyak. Tapi, kalau nak diikutkan, selagi kita bekerja, memang kerja takkan habis sampai bila-bila kan? Jadi, saya mula berfikir elok juga sesekali kalau saya luangkan sedikit masa dan waktu untuk 'bersosial'. Cewahh... apa nak cerita sebenarnya ni? Membebel la pulak ye....
Sempena menyambut Hari Ulang Tahun yang Ke-57 pada 22 Jun 2013, telah diadakan Karnival DBP yang melibatkan banyak aktiviti yang diadakan. Disebabkan 22 Jun jatuh pada hari Ahad, maka ada aktiviti yang diadakan awal dari tarikh tersebut. Salah satunya ialah pertandingan Cabaran Teh Tarik. Memang berminat juga sebab saya ada 'skill' menarik teh. Mana taknya, suami saya penggemar nescafe tarik dan teh tarik. Jadi, selalu jugalah 'membikinnya' di rumah. Bolehlah sikit-sikit. Jadi, saya pun mendaftarlah! Cabarannya, saya kena bergelek sambil menarik teh itu! Tolonglah... bab mengelek ni memang 'out' lah, dan saya tak ada keberanian untuk itu. Malu tu dah satu hal, takut air teh yang banyak tumpah nanti. Jadi, tidaklah saya menggelek 'over' sangat. Cabaran saya ialah Kak Aida, memang dia sporting sangat! Kami masuk bukanlah untuk bertanding, tapi just for fun... hehehehe... Jom layan gambar...
|
Saya dan Kak Aida |
|
Sengih je yang lebihnya...hehehehh |
|
Tarik, jangan tak tarik! |
|
Diiringi dengan lagu Kopi Dangdut! hahahah.... |
|
Alhamdulillah, tempat ke-3! |
Alhamdulillah, dapat juga tempat ke-3 dari enam orang yang 'menarik'... walaupun hadiahnya hanya wang tunai yang tak seberapa lumayan, tapi yang penting saya 'happy'... ada aku kisah apa orang nak kata? Ok, sebelum tu, terima kasih kepada kawan merangkap kakak saya di pejabat iaitu Kak Monie, atas ihsan gambar-gambar di atas. Memang Kak Monie ni selalu jadi 'kakak kamera', tukang ambil gambar tetap dan berpencen. Beliau pun ada blog... menang tempat pertama Pertandingan Blog anjuran PUSPANITA DBP! Ini blog Kak Monie...
http://permata1960.blogspot.com/
Terima kasih kerana sudi membaca!
No comments:
Post a Comment