Saturday, 22 June 2013

Muhasabah Diri

Assalamualaikum,
Hidup kita dikelilingi ramai orang. Sebenarnya, watak dan perwatakan kita berbeza-beza. Hanya kita yang kenal diri sendiri. Peribahasa Melayu ada yang menggambarkan perbezaan hati masing-masing; rambut sama hitam, hati lain-lain. Seperti juga apa yang tertulis dalam gambar di bawah. Eemmm... semakin usia kita bertambah, semakin ramai orang yang kita kenal. Semakin matanglah pemikiran kita. Dan semakin kita mengenali watak-watak tersebut. Kita semua pelakon, dan layarnya ialah kehidupan ini. Saya sering berfikir, mengapa ada watak yang bersifat antagonis? Dalam setiap cerita, mesti ada watak 'penentang' ini. Lawan antagonis, ialah protagonis. Ok, tidak lengkap sesebuah jalan cerita andai tiada salah satu daripadanya. Perlu ada untuk melengkapi jalan cerita. Begitu juga dalam hidup kita ini. Ada yang bersikap antagonis dan protagonis. Sebenarnya, terpulang kepada diri kita, sama ada untuk memilih watak mana yang nak kita pegang dalam lakonan kita. Lakonan kita tiada PENGARAH. Diri sendiri yang MENGARAH! Cabaran bagi kita kan? Ok, saya bercerita tentang ini untuk diri saya sendiri. Sering saya 'mengarahkan' diri agar selalu bersikap protagonis. Cuba untuk menjadi pelakon yang terbaik. Itulah, kita memilih untuk protagonis, tetapi pasti akan ada pelakon antagonis di sekeliling kita. Tak kira di mana; rumah, pejabat atau di mana-mana sahaja. Layar kehidupan kita ini terlalu luas!

Terima kasih kepada Google

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...