Wednesday 19 June 2013

Pertandingan Gubahan Anjuran PUSPANITA DBP

Assalamualaikum,

Lama tak berblog. Entri kali cerita tentang aktiviti anjuran PUSPANITA DBP yang diadakan pada 11 Jun 2013 (Selasa) yang lalu. Banyak aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Beberapa minggu lepas diadakan pertandingan memasak masakan tradisional; yang saya menyotong tu... hehehehh... Pertandingan blog dan pertandingan sukan dalaman seperti congkak, batu seremban dan dam ular. Memang saya 'failed' la main congkak dan batu seremban.... tapi kalau dam ular, ok je. Alhamdulillah, dapatlah sagu hati. Jadilah kan? Ada juga pertandingan gubahan hantaran. Yang ni nak tergelak sebabnya pagi 11 Jun tu, pukul 9.00 pagi baru sibuk nak mendaftar dan cari barang-barang gubahan. Pertandingan mula pukul 11 pagi! Mana tak kalutnya saya....kihkihkih... Teringat kain pasang jenis nett dan kain kosong warna peach dan nett warna hitam. Peergghhh... kebetulan Kak Asiah bawa 'par' dan kain alas. Apa lagi, dengan menggoogle, saya pun cari idea. Kawan-kawan pun bagi idea dan turut membantu, maka terhasillah gubahan seperti dalam gambar ni... tang tangggg..... 
Alhamdulillah, tempat ketiga - Bowl di belakang tu! Cantik kan?

 
Alhamdulillah, gubahan yang tak ada nama ni mendapat tempat di hati juri tau... tak sangka betul. Walaupun dapat tempat ketiga, tapi yang penting semangat. Bolehlah ambil tempahan gubahan kahwin nanti ek... hahahahhh... Apapun, saya gembira sebab rupa-rupanya baru tahu yang saya ni boleh buat kalau ada semangat... ini tak, semangat kejap ada, kejap tak ada. Nak 'maintain' semangat, mesti kuat kan? Motivasi untuk diri sendiri....


No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...