Thursday 10 March 2016

Idea resepi daripada blog Che Mat Gebu

Assalamualaikum.. salam sejahtera dan selamat pagi. Pagi ni saya terjah blog Che Mat Gebu ni. Aduii.. terliur la pula nak makan sambal udang campur petai. Tapi saya memang tak pandai sangat buat sambal yang sedap. Eeemm... setakat nak makan untuk 3 beranak bolehlah. Nak kata sedap tu taklah. Tapi tengok resepi CMG ni meluap-luap keinginan nak buat. Tak sabar!
rsz_sup
Sumber gambar dan resepi http://www.tiffinbiru.com/

Sumber resepi dan gambar daripada blog masakan paling tip top. Saya suka tengok blog Che Mat Gebu ni (http://www.tiffinbiru.com/2016/03/sambal-tumis-udang-sama-petai.html). Macam-macam resepi tradisional dan moden. Kuih muih, lauk pauk dan yang paling best tengok aksesori pinggan mangkuknya yang klasik. Hari-hari tengok. Kadang-kadang malas nak fikir nak masak apa untuk makan malam. Nilah blog kesukaan saya. Ambil idea resepi. Suami saya suka makan di rumah dan makan masakan saya walaupun hanyalah satu lauk je. Heheheh... Ni antara resepi paling ohsem! Saya copy paste. Malasnya nak menaip. Hari ni mood ke laut. Rasa malas dah mula dah ni. Kihkihkih.... Ok,terima kasih Che Mat Gebu (http://www.tiffinbiru.com/).

BAHAN - BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1 biji bawang besar belah 6
2 papan petai
2/3 cawan cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
1 camca besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 keping hirisan halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibuang kulit, kemudian belah belakangnya dan buang urat, cuci dan toskan. Petai diambil isinya cuci dan toskan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa,
  3. Masukkan gula, jus asam jawa dan petai. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan bawang besar yang dibelah dan udang. Gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya, masak sekejap lagi dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, lempeng pekak atau roti....Selamat mencuba!!

5 comments:

  1. Buat dan muat naik gambar... jadi Minah Gebu!

    ReplyDelete
  2. nasib baik saya tak makan petai...kalau tak surte terliur...:-)

    ReplyDelete
  3. Taipan Indonesia | Taipan Asia | Bandar Taipan | BandarQ Online
    SITUS GAME KARTU ONLINE EKSKLUSIF UNTUK PARA BOS-BOS
    Kami tantang para bos semua yang suka bermain kartu
    dengan kemungkinan menang sangat besar.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    Cukup Dengan 1 user ID sudah bisa bermain 7 Games.
    • AduQ
    • BandarQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • FaceBook : @Taipanqq.info
    • No Hp : +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    Come & Join Us!!

    ReplyDelete
  4. Taipan Indonesia | Taipan Asia | Bandar Taipan | BandarQ Online
    SITUS GAME KARTU ONLINE EKSKLUSIF UNTUK PARA BOS-BOS
    Kami tantang para bos semua yang suka bermain kartu
    dengan kemungkinan menang sangat besar.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    Cukup Dengan 1 user ID sudah bisa bermain 7 Games.
    • AduQ
    • BandarQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • FaceBook : @Taipanqq.info
    • No Hp : +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    Come & Join Us!!

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...