Friday 11 March 2016

Ayam masak lemak cili api 2 biji

Assalamualaikum, selamat petang dan salam Jumaat yang barakah. Hari ni cerita pasal makan lagi. Semalam beriya-iya ambil resepi dari blog Che Mat Gebu dan siap tempek gambar sambal udang petai lagi. Konon nak buatlah semalam. Hehehehh... nak jadi cerita, masa balik ambil Hakim dari sekolah KAFA, dia dok sebut nak makan nasi kuah kuning... aduiii... kalau dia sebut kuah tu maknanya nak makan masak lemak cili api la tu. Minggu ni dah dua kali buat, masuk semalam tiga kali lah! Layan je la selera anak yang seorang tu. Tak jadilah Mami nak buat sambal udang petai. Tapi kebetulannya petai memang tak ada pun. Eeemmm... nampaknya kena buat lain kalilah. Esok p pasar tani, beli petai... uhhuhuuu.... terjah gambar jom!

Ayam masak lemak cili api

Hakim dan Daddy dia tak makan sangat isinya. Kuah kena buat lebih. Jadi, saya hanya masak dua ketul ayam dipotong kecil-kecil je. Eeemmm... memang kesukaan Hakim la ni. Bertambahlah nasinya, dua tiga pinggan pun habis! Lepas tu sibuk dok komplen dia gemuk! Macam Mamilah, makan tak ingat dunia, pastu bising cakap dah makin gemuk! Hahahahh... Like Mami like son!

Ok, terima kasih sebab sudi jenguk. Jumpa lagi. Tata titi tutuuuuuuu....

2 comments:

  1. macam anak buah saya yang bertiga tu....sukam sangat makan lemak ayam ni...tapi fav diorg lemak ayam nenek...huhuhuuuu

    ReplyDelete
  2. sama pulak taste dia orang ni ye. Emmm... tapai jemu juga kalau dah selalu makan. Tapisebab Hakim suka, dan nak suruh dia makan nasi. Kalau tak memang payah sikit. Daripada dia makan benda yang bukan2, baiklah layan je apa yang dia tengah selera.

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...