Monday 21 March 2016

Wayang lagi... kali ni Kungfu Panda 3

Assalamualaikum semua... Apa khabar? Didoakan semoga semuanya sihat sejahtera. Seminggu lebih tak bersiaran. Kebetulannya minggu lepas cuti sekolah, blog saya pun bercuti jugaklah. Heheheh.. Saya bercuti dua hari Isnin dan Selasa.. Rabu kerja, Khamis dan Jumaat suami pulak yang cuti.. Ok, cerita cuti sekolah saya bawa Hakim tengok cerita Kungfu Panda 3 di Jaya Jusco Cheras Selatan. Kebetulannya dia selesema dan batuk, jadi, saya bawa ke klinik di Balakong. Singgah di JJ, alahai ramainya orang beratur di kaunter tiket. Eeemm... ibu bapa bawa anak-anak tengok wayang. Kebetulannya Boboiboy pun tengah hot masa tu... huhuuu.... kaunter tiket pulak hanya satu je... aduiiii... penat la macam ni. Dah tahu cuti sekolah, sepatutnya bukalah kaunter lebih banyak kaunter. Isshh... sabar je la... kalau ikutkan hati nak je saya ajak Hakim balik. Beli tiket untuk esok je. Tapi dia berkeras nak tengok jugak. Dekat setengah jam beratur.. lenguh kaki mak ni... nasib baik ada tayangan pukul 1.15 tengah hari... Oklah, best jugaklah cerita tu. Eemm.. cerita kartun kan. Penuh jugaklah panggung wayang dengan budak-budak. Bukan main ketawa lagi. Layan... 

Muka seposen

Coming soon... dia mesti ajak tengok ni nanti!

No comments:

Post a Comment

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...