Assalamualaikum, selamat tengah hari. Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Semalam dapat cuti sakit. Hari sebelum (Isnin) datang ke pejabat tapi sakit kepala sangat. Eeemm... nak buat kerja pun terganggu. Jadi, saya balik awal. Sampai di rumah, mandi dan terus tidur. Malamnya tidur awal, dan bangun keesokannya kepala rasa berat. Nampak gayanya saya tak ke pejabat la kalau macam ni. Kebetulannya hujan agak lebat pada pagi semalam. Pukul 10.00 pagi saya ke klinik. Tekanan darah ok je. Lepas ambil ubat, balik. Ternampak buah mempelam epal yang dah 3 hari atas kabinet. Sedap juga kalau dicicah dengan kicap. Pernah dengar orang cakap kalau sakit kepala makanlah benda-benda masam... betul atau tidak, tak tahulah. Ok, layan gambar ye.
Masa beli muda lagi.. ni sebiji dah masak sikit. |
No comments:
Post a Comment