Friday 20 July 2012

Perginya Menjelang Ramadhan

Esok, umat Islam akan mula berpuasa. Hati gembira dan berdoa semoga Ramadhan ini akan membawa seribu rahmat buat kita, umat Muhammad SAW. Namun, pagi ini mendengar perkhabaran sedih, seorang ibu tunggal "Kak Leha" penjual pisang goreng pergi meninggalkan anak-anak seramai 9 orang.... hati saya sedih dan pilu apabila mengenangkan nasib anak-anak tersebut. Dikhabarkan juga, bapa mereka telah lama berpisah setelah mengahwini wanita lain. Nafkah terabai dan anak-anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Namun, ibu tunggal itu tabah dan kuatkan semangatnya demi membesarkan anak-anaknya yang masih bersekolah..., dan rutin hariannya menjual pisang goreng di kawasan perumahan teman saya itu. Tetapi, Allah SWT lebih menyayanginya, dijemput Ilahi (akibat kemalangan jalan raya) tatkala umat Islam sibuk membuat persiapan Ramadhan dan bakal menjelangnya Syawal. Begitulah ujian-Nya yang diturunkan untuk menguji sejauh mana iman seseorang khalifah kepada Khalik-Nya... 

Saya tidak mengenali arwah Kak Leha dan anak-anaknya itu. Tapi, hati seorang ibu dan hanya manusia biasa, saya rasa terpanggil untuk membantu setakat yang mampu. Rakan saya itu membuat sedikit kutipan untuk didermakan kepada anak-anaknya yang malang itu. Insya-Allah, selepas ini kami bercadang untuk memberikan sumbangan barang-barang keperluan seperti beras, milo, gula dan sebagainya. Hanya itu yang mampu... Doa saya untuk anak-anak itu, semoga Allah SWT memelihara kehidupan mereka, dunia dan akhirat...
Subhanallah, Maha Suci Allah...
Al-Fatihah untuk Kak Leha, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisi-Nya.


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah. Para sahabat bertanya: ‘Jika tidak mampu ya Rasulullah?’ Baginda menyatakan: ‘Maka hendaklah dia berusaha sendiri (bekerja dengan tangannya) yang dapat memberi faedah kepada dirinya dan dengan yang demikian dia dapat bersedekah.’ Mereka bertanya lagi: ‘Jika dia masih tidak sanggup (tidak mampu bekerja)? Jawab nabi: ‘Maka hendaklah dia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan.’ Tanya sahabat lagi: ‘Jika sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian?’ Jawab nabi: ‘Maka hendakah dia (mengerjakan kebaikan dan) menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika dia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah juga dianggap sedekah.” (Riwayat Bukhari)

2 comments:

  1. Sue, macam mana nak sumbang? Boleh smskan no akaun bank Sue utk dimasukkan duitnya?? Nak minta Sue kirimkan kpd anak2 yang malang ini.

    ReplyDelete
  2. Ok Kak Shimah. Nanti Su sms no acc bank. Sebenarnya, Kak Nawal yg ceritakan ni. Alhamdulillah. Kita dpt derma lebih kurang 400 dah. Terima kasih atas keperihatinan.

    ReplyDelete

Yuuhuuuu... ciku cak!

Assalamualaikum sayang-sayang....!!!!  Apa kabor semua? Mak aaiiii... dah nak dekat setahun baru sempat menjengah rumah. Hahahahh... Mema...